Aku ni sebenarnya sudah lama sedentary. Dulu time kerja bila stay hotel yang ada kolam renang ada jugalah turun berenang sebagai senaman.
Rasanya 6-7 tahun juga hidup secara sedentari ni tapi mungkin rezeki bagi aku Allah berikan rezeki dari aspek kesihatan. Metabolic rate badan tinggi sebab itu makanan tanpa kawalan pun tidak menyebabkan penambahan berat badan atau membuncitkan perut.
Angan-angan empat tahun lepas nak berbasikal mengantikan jogging, belilah sebuah basikal. Entah silap ke tak tak pastilah kerana beli MTB tapi menggunakannya untuk road. Dari segi penggunaan mesin, memanglah tak kena.
OKlah hari ini 4 Disember 2015 ada satu event sambutan Hari Kesihatan Sedunia peringkat Daerah Kubang Pasu bertempat di tapak hiking Bukit Malau, Jitra.

Awal-awal lagi lepas subuh bertolak ke lokasi dengan basikal. Ingat tu nak ikut Fun Ride tapi rupanya Fun Ride kena daftar dulu. So just ikut panjat bukit je lah.
Trek hiking Bukit Malau memang dah tak asing lagi sebab dan beberapa kali naik. Mula-mula naik lebih kurang sebulan lalu, memang terasa mengahnya. Beberapa kali terpaksa berhenti rehat untuk sampai ke puncak yang hanya setinggi 130 meter dari paras laut itu.
Bukan apa dah ada pengalaman masa hiking di Bukit Maxwell bersama seorang rakan dulu. Selepas separuh jalan berhenti rehat dan aku sandar pada pokok. Sekali sedar kawan aku sedang mengipas. Entah bila masa aku blackout. Insiden itu kini menjadi penanda aras tahap kemampuan untuk aku bersenam.
Setelah beberapa kali memanjat Bukit Malau itu dapat dirasakan perbezaan keupayaan memanjat. Sekarang sudah mampu memanjat dengan kelajuan yang lebih tinggi dan kurang masa rehat sehinggalah sampai ke atas.
Event hari ini adalah anjuran Pejabat Kesihatan Kubang Pasu dan Persatuan Diabetes Cawangan Kubang Pasu. Tema event ialah Hidup Sihat Tanpa Alkohol. Disamping itu sempat juga turunkan tanda tangan sebagai sokongan kataka Tidak pada Vape, e-cigarette dan Rokok.
Event diresmikan oleh Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan yang juga ADUN Jitra. Beliau telah melepaskan peserta Fun Ride dan juga Peserta Hiking.



Bukit Malau kira-kira 7 km dari bandar Jitra boleh dijadikan sebagai salah satu lokasi untuk pelancung/pelawat ke daerah ini jika mereka mencari aktiviti yang berbentuk cabaran.
YB Aminuddin yang merupakan ADUN Jitra dan telah hadir di tapak hiking tersebut boleh mencadangkan kepada Jawatankuasa Pelancungan Negeri untuk menyenaraikannya ke dalam tempat-tempat cadangan untuk dilawati.
Apa yang dibimbangi ialah Bukit yang asalnya kebun getah ini mempunyai aktiviti kuari di kakinya dan kemungkinan di ratakan di masa hadapan.