PRODUK MINUMAN BERACUN

Tak naklah sebut keluar kat Berita stesen mana sebab tak nak promot stesen yang tidak digemari ramai tu. Ni pasal kopi segera atau yang popular dengan 3 in 1 tu. Aku pun memang suka kopi minum kopi 3 in 1 itu sebab senang, Gunting bucunya, tuang isi ke dalam cawan dan campur dengan air panas. Dapatlah secawan kopi panas.

Pernah keluar nasihat agar jangan minum terlalu banyak kopi yang macam ni kerana dikatakan kandungan gulanya tinggi. Hmmmm………

Berbalik ke isu yang ditimbulkan oleh stesen TV itu malam ini rupanya ia ditumpukan pada minuman “KUAT” tu. Memanglah banyak minuman yang disasarkan kepada kaum lelaki sebab lelaki nilah yang memang amat peka sangat dengan “KUAT”.

Minuman yang majoritinya berasaskan kopi (semestinya kopi Arabicalah) diadunkan pula dengan herba-herba seperti tongkat ali, goji, ginseng dan sebagainya. Sudah semestinya bila lelaki nampak ada tongkat ali tentu akan terpengaruh untuk minumnya. Setengah minuman itu yang dibuat ujian makmal ada juga mengandungi sildenafil. Sildenafil ni adalah ubat terkawal dan preskripsinya hanya diberikan oleh doktor.

Menurut penerangan seorang pegawai farmasi yang ditemuramah mengenai isu itu, beliau menyebut sebenarnya yang berkesan itu adalah daripada steriod yang terdapat dalam persediaan minuman-minuman tersebut.  Cuba lihat SENARAI BERIKUT yang didapati mengandungi bahan terlarang dan dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jadi jika anda hendak minum kopi paket minta je kopi biasa yang tidak mendakwa boleh meningkatkan boleh meningkatkan tenaga lelaki anda sebelum anda semak sama ada ia mengandungi bahan merbahaya atau tidak.

El Nino ? Strok Haba?

Ramai diantara kita mula mempelajari istilah baru setelah Allah turunkan bala sebagai peringatan.

Kita tahu apa itu jerebu sejak kali pertama negara menghadapinya pada tahun 1997 lalu dan jerebu pun masuk ke dalam senarai istilah orang awam. Kemudian semasa MH370 hilang, kita juga belajar istilah baru seperti doppler, dopler effect dan dopler shift dan beberapa istilah yang berkaitan dengan aviasi.

Sekarang Allah turunkan lagi bala dengan memberikan kita cuaca panas yang ekstrim sebagai kesan dari El nino. El Nino ni pun dah berlaku beberapa kali sebelum ini, tetapi kita tidak begitu terkejut dengan cuaca panas yang bibawanya. Hasil dari El Nino ini kita mula mengenali pula apa itu stroke haba.

Apa itu El Nino

Menurut laman web MetMalaysia, ia adalah fenomena lautan yang berlaku setiap dua hingga tujuh tahun di mana arus laut yang panas akan mengantikan arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai barat Peru, Amerika selatan. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang lebih luas meliputi Pasifik Tengah dan Timur serta mempunyai kaitan dengan peristiwa cuaca luar biasa yang ketara di tempat-tempat tertendu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, belaku keadaan cuaca lebih kering dari normal sementara di Pasifik Tengah dan Timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya mengalami keadaan lembab.

elnino
Fenomena El Nino

Kesan El Nino terhadap cuaca di Malaysia ialah keadaan kering luar biasa serta jumlah hujan berkurangan di Sabah dan Sarawak. Cuaca yang panas boleh menyebabkan cuaca menjadi lebih panas dan kering dan mudahnya berlaku kebakaran hutan yang boleh mengakibatkan jerebu tebal.

Beberapa bandar di Semenanjung telah mencatat suhu yang agak tinggi sehingga ada yang mencapai 39.7 darjah selsius.

Kementerian Pendidikan juga telah mengumumkan penangguhan aktiviti pengajaran dan pembelajaran selama dua hari pada 22 dan 23 Mac 2016

Cuaca panas yang sedang melanda negara sekarang (khususnya kawasan Utara) telah memberi beberapa kesan terhadap kesihatan seperti Heat Stroke (juga disebut Sun Stroke), Heat Exhaustion dan Heat Cramp.

Semua masalah tersebut berlaku disebabkan suhu badan meningkat terlalu tinggi sama ada dari kesan luaran seperti kepanasan yang melampau atau dari dalam ialah badan tidak cukup air atau dehidrasi.

Grafik berikut (yang dipetik dari internet dan perkongsian aplikasi Whatsapp) adalah pandaun kepada pembaca untuk memahami lebih mendalam tentang apa yang sedang menjadi perbualan masyarakat berkaitan keadaan cuaca panas.

IMG-20160319-WA0209

heat-stress-prevention-a-case-study-dr-divyang-shah-occupational-health-medical-services-6-638

heat-illness-prevention-protection-and-recovery-18-638

heat-related-illness-and-injuries-8-638heat-emergencies

 

Anda boleh dalam info lebih lanjut dengan menonton presentation BERIKUT

Baca juga INFO INI dari Bahagian Info Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia

 

 

Explorasi Gua Gunung Keriang

Aku tidak sangka akan melalui satu pengalaman menjelajah gua yang sebenarnya kerana pada mula sangka akan mendaki Gunung Keriang hingga ke puncak. Menjelajah gua yang aku ikuti ini bukanlah berjalan meniti laluan yang dibina khusus untuk pengunjung seperti apa yang terdapat di Gua Kelam, Perlis atau lain-lain gua yang dibangunkan oleh pihak berkuasa sebagai tarikan pelancung. Apa yang aku lalui ialah meneroka ke dalam gua yang gelap gelita walaupun ianya adalah laluan peneroka yang lepas.

Gunung Keriang adalah merupakan sebuah bukit batu kapur yang terletak lebih kurang 7 kilometer dari bandaraya Alor Setar. Gunung ini mempunyai lagenda tersendiri kerana dikatakan menjadi batu setelah disumpah oleh Sang Gedembai. Ceritanya Gunung ini asal sebuah kapal yang sedang belayar dan di dalamnya ada seorang puteri yang jelita. Sang Gedembai berkenan dengan puteri berkenaan dan meminta untuk mengahwininy tetapi ditolak. Marah dengan penolakan itu dia menyumpah kapal itu dengan isinya menjadi batu.

Keyakinan penduduk sekitar bahawa asal Gunung Keriang adalah sebuah kapal yang terkena sumpah ialah adanya tempat-tempat yang menyerupai bahagian dalam kapal. Salah satunya ialah di Gua Buaya dan Dataran Buaya. Berada di Dataran tersebut rasa seolah-olah berada di atas dek kapal dengan ngin segar dan dingin menyapa.

Kami diberitahu bahawa Dataran Buaya itu mungkin sebuah ruang balai yang di huni oleh Puteri. Lanskap di Dataran Buaya itu sememangnya nampak bagiakan berada di balai rong kerana satu ruang persada yang tinggi dan dindingnya bagikan diselimut oleh tabir dari kain jarang seperti mana-mana hiasan persada di Balai Rong.

Angin yang meniup begitu dingin dan terasa segar. Mengikut ceritanya bertentangan dengan persada itu terdapat ruang yang dikatakan sebagai dapur dan di kawasa situlah dahulu masyarakat sekitar Gunung Keriang sering meminjam pinggan mangkok dan peralatan jika hendak buat kenduri. Kini semua itu tinggal kenanagan kerana dipercayai ramai yang melanggar pantang larang ketika meminjam peraltan-peralatan berkenaan.

Kami berhenti berehat di Dataran Buaya tersebut untuk mengisi perut dengan bekalan Nasi Lemak yang di bawa.

Selepas itu kami meneroka lagi ke beberapa gua shinggalah akhirnya keluar melalui pintu selatan di mana Kerajaan Negeri Kedah telah membina laluan-lauan bertiti untuk memudahkan pelancung menikmati keindahan Gua Gunung Keriang. Pelancung doleh naik menggunakan lif setinggi 8 tingkat untuk ke pintu gua. Semuanya sudha siap tetapi sayang, ia menjadi gajah putih dan terbengkalai begitu sahaja. Segala infrastruktur yang dah siap dan menanti pengunjung sahaja tetapi terbengkalai.

Penerokaan ke dalam Gua Gunung Keriang begitu mencabar tetapi hasilnya menyeronokkan. Masa tidak mengisinkan kami untuk meneroka lebih jauh lagi dan aku berasam untuk datang semula. Masih banyak gua yang belum dimasuki. Posting ini saya juga buat dalam blog Bahasa Inggeris saya mykembara

Gua Gunung Keriang South Gua Gunung Keriang

Gua Gunung Keriang Abandoned