JOM, CENDUL PULUT DURIAN

Dah semakin jadi sebutan pula Cendol Pulut Durian sebelah kawasan aku ni. Tak pastilah area lain. Mungkin ada juga. Tapi yang nampak dalam facebook just kawasan Utara Kedah je.

Cendol Pulut Durian ni hanya modifikasi dari cendol pulut, tapi dah ditambah dengan seulas dua durian menjadikan makanan ini mendapat sambutan. Disamping itu ada juga cendol pulut memlepam, tapi mcm kurang disebut-sebut pula. Ada lagi satu modifikasi cendol ni iaitu ada yang tambah dengan tapai. Namun tapai bukan semua orang suka makan, jadi kuranglah sambutannya.

Selepas melihat foto yang dipost oleh seorang kawan tentang cendol pulur curian, timbul rasa teringin nak rasa juga, walaupun harganya mahal sedikit tetapi memang berbaloilah juga.

 

Mula dulu pergi ke sebuah restoran berhampiran dengan rumah dengan tujuan nak rasa, ambil gambar dan buat posting dalam blog. Tetapi selepas Cendol Pulut Durian itu sampai, tengok presentation dia tidak membangkitkan ummph untuk post gambar itu.

Seterusnya pergi cari di sebuah restoran lain yang agak jauh.

Cendol Pulut Durian ni memang rasanya enak dan menyejukkan apa lagi di musim panas di kawasan Utara sekarang. Walaupun durian itu sendiri panas tetapi cendol, pulut dan ais itu mengimbanginya.

Salah sebuah Restoran yang ada menyediakan Cendol Pulut Durian ialah di Kepala Batas, Kubang Pasu, Kedah. Restoran ni juga menyediakan sajian lain berasaskan pulut seperti pulur durian dan mempelam.

Cendol Pulut Durian Head Road

 

 

 

Hilang Tapi Tetap Untung

TEKNOLOGI

Dilaporkan Maxis kehilangan lebih 1 juta pengguna sejak 12 bulan lalu dan lebih 400,000 dalam 3 bulan pertama tahun ini. Baca selanjutnya di SINI.TMR-Maxis-1million-exit-1

Salah satu faktor yang disebutkan dalam laporan tersebut mungkin sekali Customer Relation oleh pihak penyedia perkhidmatan tersebut. Satu lagi sebab ialah keangkuhan pemiliknya yang juga pemilik stesen TV berbayar ASTRO ialah keangkuhan beliau yang mengatakan bahawa beliau tidak hirau dengan orang Melayu kerana dia tidak bergantung kepada mereka. Namun yang lari dari Maxis itu bukanlah orang Melayu sahaja.

13087536_242027799485687_7747148214937329008_n

Melalui media sosial kita banyak dengar rungutan tentang Maxis ni. Apa lagi dengan munculnya syarikat penyediaan perkhidmatan yang baru yang memberikan tawarab yang lebih rendah dan lebih kompetetif.

 

Buang Masa Je Hadir #SBB2016

Dah selesai denga jayanya #SBB2016 #MDeC2016 yang diadakan di Dewan Campbell, Hotel Grand Campbell, Kuala Lumpur pada 16 April 2016 lalu. Nak bagi tau aku hadir, la ni.

SBB2016-promo

Syukur dapat menjadi salah seorang peserta dan sedikit sebanyak menyaksikan perkembangan #SBB sejak mula menyertainya pada #SBB2013 yang diadakan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Pada masa itu penyertaan kali pertama dapatlah bawa balik sebuah iPad mini yang masih boleh digunakan sehingga hari ini walaupun skrin dah retak-retak.

Posting kali ini boleh kira 2 in 1 sebab nak cerita pasal perjalanan dan semasa di #SBB2016. Jika dulu menghadiri #SBB hanya pergi dengan LRT tetapi tahun ini perjalanan lebih jauh dan memakan masa.

STORY 1

Bangun awal pagi 15 April 2016 dan selepas solat subuh bersiap untuk bertolak ke Stesen Keretapi Anak Bukit dan menaiki tren ETS ke Kuala Lumpur. Ni kali ketiga naik ETS.

Tren bertolak jam 8.16 pagi. Aku pilih untuk naik tren kerana ianya lebih selesa berbanding menaiki Bas Ekspress dan jadual perjalanannya tepat. Jika lewat pun dalam beberapa minit sahaja. Selain itu sebagai warga emas aku mendapat tambang diskaun 50% yang menjadi lebih murah dari tambang bas ekspress juga. Dalam tren pun kalau boring duduk di kerusi atau rasa terlalu sejuk boleh bangun dan jalan-jalan ke mana sahaja di dalam tren atau berdiri di ruang antara koc.

Kelajuan tren ETS ialah 140 Kmh. Perjalanan memang lancar dan selesa sebab dalam ETS segala kemudahan asas disediakan.  Kalau lapar, ada Bistro di Koc C untuk menjamu selera. Walaupun bistro tetapi janganlah mengharapkan seperti bistro biasa di mall yang ada macam-macam pilihan makanan. Jika nak makan bihun goreng, Nasi Lemak atau Nasi Goreng adalah disediakan disamping sandwich. Minuman panas juga boleh dibeli. Boleh makan di Bistro atau boleh juga take away.

Selain Bistro ada juga surau di koc C yang boleh muat dua orang jika hendak bersolat berjemaah. Jangan risau hendak mencari arah kiblat kerana kompas arah kiblat disediakan.

Kompas Kiblat

Tren ETS ni ada beberapa Kelas mengikut waktu perjalanan Platinum, Gold dan Silver. Tren yang aku naik ialah Kelas Premium dan berhenti di beberapa stesen terpilih sahaja iaitu Alor Setar, Sungai Petani, Parit Buntar, Taiping, Kuala Kangsar, Ipoh, Tanjung Malim, Kuala Lumpur hinggalah ke KL Sentral sebelum diteruskan dan berakhir di Gemas.

Jika ikutkan tambang ETS agak mahal, malah kadang-kadang tiket penerbangan tambang murah pun boleh jadi lebih murah. Tambang Dewasa bagi ETS Gold antara Alor Setar dan KL Sentral ialah RM73.00. Tambang bagi Kanak-kanak ialah RM41. Bagi Kelas Platinum pula tambang Dewasa ialah RM 98 dan RM 53.00 bagi Kanak-kanak.  Namun bagi pesara kerajaan, warga emas dan pelajar yang memegang kad konsesi tambangnya kira berbaloilah kerana ada konsesi diskaun sehingga 50% bagi warga emas dan OKU sementara pesara kerajaan 40%.

So, tak nak lah cerita tentang perjalanan balik sebab sama saja. Cuma masa balik tu naik Platinum Class dan stesen yang disinggah hanyalah seperti di dalam foto di bawah. Tren ETS Kelas ni tidak singgah di stesen Butterworth.

IMG_20160417_134814

STORY 2

Buang masa je hadir #SBB2016 ? Nak dikira, penyertaan pun bukan percuma, dah tu perjalanan semua kena tanggung sendiri. Aku dan isteri menginap di hotel pn kena bayar sendiri.

Bagi aku (dengan izin) I bet to differ.….Bagi aku pastinya TIDAK jika kita ada matlamat yang positif untuk hadir.

Sebenarnya menghadiri #SBB ni tujuan utama bagi aku ialah menjalinkan hubungan silatulrahim sama ada dengan  bloggers yang sudah lama dikenali dan disamping itu dapat mengenali dan menjalin hubungan baru dengan bloggers yang belum dikenali. Usaha untuk nenghubungkan tali silatulrahim ini amat di sukai oleh Nabi besar kita Muhammad S.A.W.

Apa lagi sejak berpindah balik ke Kedah, seolah-olah pertemuan dengan rakan-rakan bloggers bagaikan terputus kerana sudah tidak dapat berjumpa lagi di event-event. Berada di luar Kuala Lumpur seolah-olah terkeluar dari arus utama kegiatan blogging.

Jika nak kira perbelanjaanku dan masa untuk hadir #SBB2016 tu memanglah tak berbaloi, (dahlah tak dapat cabutan bertuah, hahaha) tetapi bersilatulrahim tu tidak dapat dinilai dengan masa dan wang ringgit kerana ia membawa hingga ke akhirat. Itu yang lebih mahal.

#SBB juga bukan sekadar datang jumpa kawan, huha- huha, usik mengusik dan balik tetapi sebenarnya ia diisi dengan majlis ilmu. Jangan ingat ilmu itu ilmu akhirat sahaja seperti menghadiri ceramah-ceramah agama di surau dan masjid, tetapi ilmu dunia juga kena cari. Ini kerana ilmu dunia adalah jambatan untuk ke akhirat jika digunakan dengan jalan yng betul.

Hidup untuk memberi, itu tagline Denaihati. Jadi selepas menimba ilmu dari #SBB2016 dan setelah dipraktikkan boleh juga dikongsi dengan orang lain juga. Bukankah ia menfaat sepanjang hayat kerana selagi ilmu yang kita kongsi itu dipraktikkan, selama itu juga pahala akan berterusan. Jadi jangan lokek ilmu, sebaliknya kongsi dan halalkan.

Event kali ini pula memberi tumpuan kepada menjana pendapatan secara online. Ilmu menjana pendapatan ini InsyaAllah mampu melahirkan usahawan-usahawan online baru atau meningkatkan rezeki usahawan sedia ada dan sudah pastinya apabila mereka berjaya kelak mereka akan membayar zakat. Zakat itu adalah saham akhirat.

Jadi jika dikatakan menghadiri event seperti #SBB2016 itu hanya membuang masa, adalah meleset sekali. Jika buang masa pasti aku tidak akan jadi salah seorang pesertanya sejak tahun 2013 dulu.

Majlis bermula dari jam 8.00 pagi dengan pendaftaran dan berakhir jam 5.00 petang diiringi hujan rahmat di Kuala Lumpur di pengakhirnya.

Dapat meja no 9 bersama-sama bloggers muda. Boleh kata majoriti bloggers yang hadir adalah bloggers muda dan kadang-kadang rasa macam out of place juga berada di kalangan mereka yang sebahagiannya boleh dianggap sebagai anak.

Sesi bertukar-tukar kad nama, salah satu kaedah networking dan marketing begitu rancak di awal majlis tetapi malangnya name card aku tidak siap, tidak dapatlah nak tukar dengan bloggers lain. Hanya kumpul beberpa kad yang diberikan sahaja.

IMG_20160418_193245
Kad nama, Buku sumbangan Richworks karangan Dr Azizan dan Codi Cafe antara cenderahati yang aku bawa balik dari event tersebut

IMG_20160418_084328

Mug ephyra cenderahati dari #MDEeCSBB2016 #SBB2016

Di bawah ni senarai penaja yang turut menaja dan memeriahkan #MDeCSBB2016.

header-sbb-2016

 

Amna Home Sediakan Homestay Di Eropah

Sebelum ni dah buat post pasal nak pergi ke #SBB2016, kali ketiga aku hadir untuk perjumpaan para bloggers. #SBB2016 anjuran Denaihati.com telah menjadi aktiviti tahunan untuk menghimpunkan para blogger dari Malaysia dan juga ada penyertaan bloggers dari negara-negara lain Asia Tenggara.

SBB2016

Tapi posting ni bukanlah nak cerita pasal penyertaan di #SBB2016 ni, sebaliknya nak cerita pasal salah satu penaja utama untuk #SBB2016 yang telah memberikan sumbangan agak besar  dan mewah jugalah- #AmnaHomeSBB2016

Apa taknya hadiah utama penajaan percutian Full Board 4 hari 3 malam ke Amsterdam atau Paris untuk dua orang pada bulan September 2016 nanti. Pemenang akan menginap di #Anna Homestay@AnnaHome

Amna home

Amna Home milik Amna Capital Sdn. Bhd. adalah merupakan sebuah syarikat yang menyediakan homestay di Bandaraya-bandaraya terkemuka di merata tempat seperti London, Auckland, Tokyo, Melbourne, Perth selain di Kuala Lumpur sendiri dan menariknya ialah homestay mereka terletak di kawasan tumpuan atau  Central Business District dengan harga mampu sewa.

Amna home2

Gambar-gambar yang aku petik dari laman facebook mereka ini menunjukkan antara property mereka di beberapa tempat.

Antara lokasi Amna Home homestay di Melbourne dan Amsterdam

Jadi, jika ada rancangan nak melancung ke bandaraya-bandara di mana #Amna Home memilikki homestay, mengapa tidak terus hubungan mereka di laman-laman sosial #Amnahomeofficial  di Facebook atau Instagram  #AmnaHome juga ada channel di YouTube Anda juga boleh mengikuti perkembangan di blog mereka #AmnaHome

Dengan #AmnaHome anda sudah boleh menjimat masa untuk mencari tempat penginapan yang selesa di luar negara jika tempat yang ingin dilawati itu ada homestay di bawah kendalian mereka. Biar gambar berbicara……………

Amna4Amna3Amna2Amna1AMNA

Dalam Channel You Tube #AmnaHome pula boleh dilihat beberapa preview Homestay mereka. Jom lihat beberapa preview lagi di You Tube.

Amna home3

Kredit Foto: Kecuali banner #SBB2016 gambar-gambar lain dipetik dari Facebook AmnaHomeOfficial

Ready Untuk #SBB2016

Kali pertama menghadiri pertemuan Sepetang Bersama Blogger ialah pada tahun 2013 yang diadakan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya pada 26 Januari 2013. Aku hadir sebagai orang baru kerana tidak mengenali blogger-blogger yang rata-ratanya adalah kenalan antara satu sama lain. Kira aku ni newbies lah dalam #SBB walaupun sudah menceburi dunia blogging sejak tahun 2005 dulu.

Waktu pertama kali hadir tu memang kira bertuah lah sebab boleh bawa balik sebuah iPad Mini melalui cabutan bertuah. Selepas tu hadir #SBBYeos2014 tidak dapat apa-apa. Hahaha, kurang bertuah kot masa tu. Tetapi bawa balik sedikit pengalaman kurang enak dan tak payahlah nak ulang cerita sebab sudah blog tentangnya selepas balik itu.

#SBB2015 aku tidak dapat turut serta sebab sudah pindah balik ke Kedah dan untuk turun ke Kuala Lumpur agak sukar sedikit kerana kos dan tarikh #SBB2015 tidak mengizinkan. Rasa terkilan jugalah tidak dapat berkenalan dengan blogger-blogger baru.

Tika itu aku mula nampak bahawa tidak menjadi warga KL terasa agak tersiseh dan ketinggalan kerana majoriti aktiviti melibatkan blogger tertumpu sekitar Bandaraya KL. Peluang untuk menghadiri event-event anjuran pihak-pihak tertentu banyak sudah tidak dapat diikuti kerana faktor jarak dan masa.

Syukurlah pada 2016 ini Allah berikan rezeki untuk hadir semula ke #SBB2016 yang akan diadakan di Dewan Campbell, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur. Awal-awal lagi sudah daftar sebaik sahaja keluar maklumat tentangnya. Rasanya dalam first 50 lah kot sebab tidak ada list nama siapa yang dah daftar.

Semasa tulis posting ni semuanya dah siap diatur. Perjalanan ke Kuala Lumpur dan balik dah urus dengan pembelian tiket ETS. Naik ETS sebab dah dapat diskaun 50% sebagai warga emas. Hotel pun sudah booking dan bayar melalui Agoda.

Menghidiri perhimpunan seperti #SBB2016 itu sebenarnya ialah medan untuk menjalinkan hubungan silatulrahim. Tak kiralah mengeratkan lagi silatulrahim dengan mereka yang sudah dikenali atau menjalin silatulrahim dengan blogger yang baru. Selain itu ia juga merupakan medan menimba ilmu dan berkongsi ilmu daripada mereka yang dikira otai dan berbisa dalam dunia blogging.

SBB2016

Kepada Team Denaihati didoakan majlis akan berlangsung dengan suasana meriah, mesra dan jayanya.

Nasi Lemak Panas Ke?

Nasi Lemak macam juga Roti Canai yang bukan lagi sekadar menu sarapan pagi tetapi telah naik statusnya sebagai makanan sepanjang hari. Tak kira pagi, petang, malam atau tengah malam, nagi lemak adalah antara menu kegemaran. Salah satu sebab ialah ianya murah berbanding makanan lain yang rata-rata bermula dari RM4.00.

Aku tak tahulah berapa harga makanan bergoreng di KL dan tempat lain sekarang. Di Jitra ni pun harga makanan bergoreng ni dah bermula dengan RM4.00. Susah sangat nak cari yang harganya masih RM3.00 atau RM3.50.

Sarapan malam aku sekarang ialah Nasi Lemak panas. Ye ke sarapan malam? Boleh tak ganti perkataan supper?

Kalau sebelah pagi memang ramai penjual Nasi Lemak dan jika awal, ianya memanglah masih panas dan segar. Rata-rata harganya sama ada telur dengan bilis, Ikan, daging atau ayam dijual dengan harga RM1.00 sahaja sebungkus. Apa yang beza ialah kuantiti. Ada yang sekali makan boleh kenyang sampai tengahari dan ada juga dua bungkin baru sama dengan sebungkus di tempat lain.

Tadi aku dah sebut pasal Nasi Lemak untuk sarapan malam, sudah pastinya Nasi Lemak Panas lebih enak berbanding Nasi Lemak bungkus. Sememangnya sebelah malam sukar sikit hendak mencari Nasi Lemak Panas.

Kat Jitra ni setahu akulah ada dua tempat yang jual Nasi Lemak Panas. Tetapi masalahnya nasi lemak panas yang ada tu pun dah jadi Nasi Lemak sejuk. Dah tak panas lagi.

Apa boleh buat, tak ada pilihan dah untuk dapatkan makanan murah tengah-tengah malam.

Nasi Lemak Panas

Sepinggan Nasi Lemak biasa iaitu Telur rebus separuh sejemput ikan bilis keras dan sambal harganya RM 1.00 di Medan Selera Seafood Harmoni di Pekan Jitra Lama. Satu lagi tempat yang dulu selalu pergi untuk Sarapan Malam ialah di Taman Suria, persimpangan masuk Kampung Gelam. Sama juga Nasi Lemak panas yang dah sejuk.

Di Taman Suria tu ada tambahan dua atau tiga keping papadom. Sambalnya tidak banyak kecuali request sambal lebih. Sini tidak ada telur rebus tetapi telur goreng mata lembu atau dadar. Di kedu-dua tempat tidak ada mentimun yang melengkapkan resipi Nasi Lemak.

Di Medan Selera Bandar Darulaman Jaya ada satu gerai Nasi Lemak Kukus. Tak pernah makan lagi di situ sebab setiap kali pergi Nasi sudah habis. Lagi pun slot yang dia orang berniaga tu, pembuat airnya lembab sangat-sangat. Dua kali pergi makan di situ sudah cukup untuk buatkan tak nak pergi lagi kat slot hujung paling dekat dengan Yawata tu. Kali pertama pergi, sampai habis makan, tidak ada sesiapa pun datang ambik order air. Kali kedua dah order air, hingga habis makan air tak sampai-sampai.

 

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: