Buang Masa Je Hadir #SBB2016

on

Dah selesai denga jayanya #SBB2016 #MDeC2016 yang diadakan di Dewan Campbell, Hotel Grand Campbell, Kuala Lumpur pada 16 April 2016 lalu. Nak bagi tau aku hadir, la ni.

SBB2016-promo

Syukur dapat menjadi salah seorang peserta dan sedikit sebanyak menyaksikan perkembangan #SBB sejak mula menyertainya pada #SBB2013 yang diadakan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Pada masa itu penyertaan kali pertama dapatlah bawa balik sebuah iPad mini yang masih boleh digunakan sehingga hari ini walaupun skrin dah retak-retak.

Posting kali ini boleh kira 2 in 1 sebab nak cerita pasal perjalanan dan semasa di #SBB2016. Jika dulu menghadiri #SBB hanya pergi dengan LRT tetapi tahun ini perjalanan lebih jauh dan memakan masa.

STORY 1

Bangun awal pagi 15 April 2016 dan selepas solat subuh bersiap untuk bertolak ke Stesen Keretapi Anak Bukit dan menaiki tren ETS ke Kuala Lumpur. Ni kali ketiga naik ETS.

Tren bertolak jam 8.16 pagi. Aku pilih untuk naik tren kerana ianya lebih selesa berbanding menaiki Bas Ekspress dan jadual perjalanannya tepat. Jika lewat pun dalam beberapa minit sahaja. Selain itu sebagai warga emas aku mendapat tambang diskaun 50% yang menjadi lebih murah dari tambang bas ekspress juga. Dalam tren pun kalau boring duduk di kerusi atau rasa terlalu sejuk boleh bangun dan jalan-jalan ke mana sahaja di dalam tren atau berdiri di ruang antara koc.

Kelajuan tren ETS ialah 140 Kmh. Perjalanan memang lancar dan selesa sebab dalam ETS segala kemudahan asas disediakan.  Kalau lapar, ada Bistro di Koc C untuk menjamu selera. Walaupun bistro tetapi janganlah mengharapkan seperti bistro biasa di mall yang ada macam-macam pilihan makanan. Jika nak makan bihun goreng, Nasi Lemak atau Nasi Goreng adalah disediakan disamping sandwich. Minuman panas juga boleh dibeli. Boleh makan di Bistro atau boleh juga take away.

Selain Bistro ada juga surau di koc C yang boleh muat dua orang jika hendak bersolat berjemaah. Jangan risau hendak mencari arah kiblat kerana kompas arah kiblat disediakan.

Kompas Kiblat

Tren ETS ni ada beberapa Kelas mengikut waktu perjalanan Platinum, Gold dan Silver. Tren yang aku naik ialah Kelas Premium dan berhenti di beberapa stesen terpilih sahaja iaitu Alor Setar, Sungai Petani, Parit Buntar, Taiping, Kuala Kangsar, Ipoh, Tanjung Malim, Kuala Lumpur hinggalah ke KL Sentral sebelum diteruskan dan berakhir di Gemas.

Jika ikutkan tambang ETS agak mahal, malah kadang-kadang tiket penerbangan tambang murah pun boleh jadi lebih murah. Tambang Dewasa bagi ETS Gold antara Alor Setar dan KL Sentral ialah RM73.00. Tambang bagi Kanak-kanak ialah RM41. Bagi Kelas Platinum pula tambang Dewasa ialah RM 98 dan RM 53.00 bagi Kanak-kanak.  Namun bagi pesara kerajaan, warga emas dan pelajar yang memegang kad konsesi tambangnya kira berbaloilah kerana ada konsesi diskaun sehingga 50% bagi warga emas dan OKU sementara pesara kerajaan 40%.

So, tak nak lah cerita tentang perjalanan balik sebab sama saja. Cuma masa balik tu naik Platinum Class dan stesen yang disinggah hanyalah seperti di dalam foto di bawah. Tren ETS Kelas ni tidak singgah di stesen Butterworth.

IMG_20160417_134814

STORY 2

Buang masa je hadir #SBB2016 ? Nak dikira, penyertaan pun bukan percuma, dah tu perjalanan semua kena tanggung sendiri. Aku dan isteri menginap di hotel pn kena bayar sendiri.

Bagi aku (dengan izin) I bet to differ.….Bagi aku pastinya TIDAK jika kita ada matlamat yang positif untuk hadir.

Sebenarnya menghadiri #SBB ni tujuan utama bagi aku ialah menjalinkan hubungan silatulrahim sama ada dengan  bloggers yang sudah lama dikenali dan disamping itu dapat mengenali dan menjalin hubungan baru dengan bloggers yang belum dikenali. Usaha untuk nenghubungkan tali silatulrahim ini amat di sukai oleh Nabi besar kita Muhammad S.A.W.

Apa lagi sejak berpindah balik ke Kedah, seolah-olah pertemuan dengan rakan-rakan bloggers bagaikan terputus kerana sudah tidak dapat berjumpa lagi di event-event. Berada di luar Kuala Lumpur seolah-olah terkeluar dari arus utama kegiatan blogging.

Jika nak kira perbelanjaanku dan masa untuk hadir #SBB2016 tu memanglah tak berbaloi, (dahlah tak dapat cabutan bertuah, hahaha) tetapi bersilatulrahim tu tidak dapat dinilai dengan masa dan wang ringgit kerana ia membawa hingga ke akhirat. Itu yang lebih mahal.

#SBB juga bukan sekadar datang jumpa kawan, huha- huha, usik mengusik dan balik tetapi sebenarnya ia diisi dengan majlis ilmu. Jangan ingat ilmu itu ilmu akhirat sahaja seperti menghadiri ceramah-ceramah agama di surau dan masjid, tetapi ilmu dunia juga kena cari. Ini kerana ilmu dunia adalah jambatan untuk ke akhirat jika digunakan dengan jalan yng betul.

Hidup untuk memberi, itu tagline Denaihati. Jadi selepas menimba ilmu dari #SBB2016 dan setelah dipraktikkan boleh juga dikongsi dengan orang lain juga. Bukankah ia menfaat sepanjang hayat kerana selagi ilmu yang kita kongsi itu dipraktikkan, selama itu juga pahala akan berterusan. Jadi jangan lokek ilmu, sebaliknya kongsi dan halalkan.

Event kali ini pula memberi tumpuan kepada menjana pendapatan secara online. Ilmu menjana pendapatan ini InsyaAllah mampu melahirkan usahawan-usahawan online baru atau meningkatkan rezeki usahawan sedia ada dan sudah pastinya apabila mereka berjaya kelak mereka akan membayar zakat. Zakat itu adalah saham akhirat.

Jadi jika dikatakan menghadiri event seperti #SBB2016 itu hanya membuang masa, adalah meleset sekali. Jika buang masa pasti aku tidak akan jadi salah seorang pesertanya sejak tahun 2013 dulu.

Majlis bermula dari jam 8.00 pagi dengan pendaftaran dan berakhir jam 5.00 petang diiringi hujan rahmat di Kuala Lumpur di pengakhirnya.

Dapat meja no 9 bersama-sama bloggers muda. Boleh kata majoriti bloggers yang hadir adalah bloggers muda dan kadang-kadang rasa macam out of place juga berada di kalangan mereka yang sebahagiannya boleh dianggap sebagai anak.

Sesi bertukar-tukar kad nama, salah satu kaedah networking dan marketing begitu rancak di awal majlis tetapi malangnya name card aku tidak siap, tidak dapatlah nak tukar dengan bloggers lain. Hanya kumpul beberpa kad yang diberikan sahaja.

IMG_20160418_193245
Kad nama, Buku sumbangan Richworks karangan Dr Azizan dan Codi Cafe antara cenderahati yang aku bawa balik dari event tersebut

IMG_20160418_084328

Mug ephyra cenderahati dari #MDEeCSBB2016 #SBB2016

Di bawah ni senarai penaja yang turut menaja dan memeriahkan #MDeCSBB2016.

header-sbb-2016

 

Advertisements

2 Comments Add yours

  1. Amran says:

    Tahniah atas kesungguhan. Haritu segan sgt sebab first time hadir #sbb sampai terlepas peluang berkenalan dgn semua blogger.

  2. zaharibb says:

    Lumrah sesuatu yang dilakukan kali pertama ada berbagai perasaan. Saya pun masa kali pertama hadir di #SBB2013 rasa rendah diri juga kerana jadi “budak baru” di kalangan bloggers yang berpengalaman. Bukan itu, usia saya juga membuatkan saya tertanya, “Adakah dengan usia ini sesuai aku join mereka? Adakah aku akan diterima oleh mereka?” Ketika itu saya hanya kenal secara peribadi Broframestone sahaja sementara yang lain tu cuma kenal sebab pernah baca blog mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s