Tentu ramai dah menyedari bahawa semakin banyak muncul video clip karaoke di wall facebook sekarang. Video yang dimuatkan dalam You Tube itu berupakan nyanyian para peminat karaoke secara berduet dengan rakan facebook atau rakan pilihan dari senarai yang disediakan oleh smule.
Saya pun tak berapa mahir dengan kegilaan baru ini yang muncul selepas aplikasi dubmash yang pernah menghiasi media sosial. Saya hanya tertarik hendak meneroka smule ini selepas melihat satu video clip yang agak melucukan lalu membuat Google searh SMULE.
Aplikasi smule boleh dimuat turun dari Google play atau App store dengan percuma.

Sebelum menggunakan aplikasi smule, peminat dikehendakki mendaftar akaun dahulu dan seperti aplikasi lain ia boleh didaftar dengan menggunakan akaun facebook yang sedia ada.
Smule seperti aplikasi media sosial lain juga mempunyai beberapa ciri persamaan seperti menghantar mesej kepada rakan, menghantar mesej private atau kepada kumpulan. Disamping itu ada juga ruang untuk chat.
Rasanya dengan adanya aplikasi baru ini semakin banyak bakat baru akan muncul. Jika dahulu hanya You Tube menjadi medan menampilkan bakat, tetapi kini muncul pula smule.
Selepas click apps di phone akan keluar page ini. Anda diberikan ua pilihan sama ada untuk ikut seorang menyanyi atau membuat recording sendiri. Join someone else for free, rasanya adalah muat naik rakaman yang akan diputar semula selepas anda buat request sementara create your recording ialah anda menyanyi, rakam dan muat naik rakaman tersebut.
Sekiranya anda ingin mengikuti orang lain menyanyi page ini akan muncul. Anda boleh pilih siapa yang anda hendak join dan click JOIN itu.
Sebaliknya jika hendak menyanyi secara LIVE ini bayarannya
Setelah click join maka akan muncul pula page ini. Smule akan setup studio rakaman sebelum anda boleh mula menyanyi dengan penyanyi pilihan anda.
Sarikata akan dipaparkan dengan menggunakan tiga warna. Teman nyanyian anda dalam tulisan kelabu, nyanyian anda biru dan oren untuk nyanyian bersama.
Selesai nyanyian, Smule akan ulang semula untuk anda dengar dan buat adjustment sebelum anda hendak save rakaman tersebut atau delete. Rakaman yang anda save akan dipaparkan dalam smule dan rakan nyanyian anda itu akan tahu siapa yang menyanyi bersama dengannya.
Saya tak naklah tulis panjang-panjang tentang smule ni sebab saya bukan pakar pun. Semasa menulis posting ni pun baru dua hari je saya meneroka aplikasi ini. Mungkin ada info lebih jelas di BLOG mereka. Lihat Yout tube ni bagaimana cara nak BERSMULE.
Sebagai penutup kita berhibur dulu dengan smule yang ni