MENARA JAM BALING- KENANGAN KEMERDEKAAN

on

Semasa dalam perjalanan ke Ulu Legong Hotsprings, van yang kami naiki telah singgah sebentar di Pejabat Majlis Daerah Baling dan ketika itulah saya ternampak menara jam ini yang terletak di perkarangan Masjid Jamek Baling. Memandangkan menulis tentang menara jam menjadi salah satu kegemaran saya untuk berblog, saya meredah suasana senja ketika azan sedang berkumandang di Masjid berkenaan.

Laman web  Memori telah membuat sedikit catatan tentang  Menara Jam Baling ini yang juga dikenali sebagai Balai Jam Merdeka. Boleh dikatakan di beberapa bandar di Malaya telah dibina menara jam sebagai kenangan Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dari panjajahan British pada tahun 1957.

Menara Jam Baling ini telah dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada hari Rabu 25 Februari 1959 bersamaan 17 Syaaban 1378,  manakala batu asasnya telah disempurnakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Ogos 1957.

Menara ini dibina sebagai persiapan menyambut hari kemerdekaan Tanah Melayu. Kini jam tersebut dilihat sebagai simbol kemerdekaan yang terdapat di daerah Baling. Menara jam ini telah disenaraikan sebagai tempat bersejarah untuk Daerah Baling.

 

Foto ini diambil dari http://www.panoramio.com/photo/78972494
Foto ini diambil dari http://www.panoramio.com/photo/78972494
Menara Jam Balingg
Maklumat-maklumat pembinaan yang terdapat pada Menara Jam Baling ini

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s