Pernahkah menerima panggilan dari nombor seperti ini? Saya dah beberapa kali menerimanya tetapi mengabaikan sahaja panggilan tersebut. Malah saya juga ada menerima panggilan dari nombor +442038680657 sejak 19 Mei 2016 .
Hari ini tergerak di hati untuk menyemak nombor tersebut di internet dan menjumpai kisah di sebaliknya.
Dah ramai orang menerima panggilan dari nombor tersebut dan ramai yang komen mengatakan mereka mengesyakki nombor penerima panggilan itu diambil dari Linked In.
Saya tak nak tulis panjang tetapi nak share screen capture dari mereka yang pernah menerima panggilan dari nombor berkenaan.
BERHATI-HATILAH jika menerima panggilan dari luar negara atau missed call dari nombor yang tidak dikenali kerana anda mungkin akan tertipu ipel sindiket-sindiket luar negara, malah mungkin juga dalam negara sendiri.
Jika menerima missed call ada ruang untuk menyemak nombor itu dari mana. BERHATI-HATILAH DENGAN PENIPUAN ONLINE