SIARAN TV TERESTERIAL DIGITAL

Sejak siaran televisyen disiarkan di negara kita, hingga hari ini pengguna masih lagi menonton siaran berbentuk analog.

MYTV (1)

Apa itu analog? Ia adalah satu cara bagaimana isyarat dihantar menggunakan gelombang magnetik dari pemancar kepada pengguna. RUJUK  Kebanyakan gajet elktronik di rumah kita menggunakan gelombang analog untuk berhubung. Antaranya termasuklah alat kawalan jauh, radio analog, telefon dsb.

Bagi pengguna televisyen tanpa ASTRO sekarang kita sedang menikmati siaran dalam bentuk analog secara Free To Air merupakan siaran TV Teresterial.

analog_digital

Perbezaan gelombang Analog dan Digital

Apabila zaman berubah dengan meningkatan teknologi, maka terhasillah pula gelombang analog yang pada satu hari kelak mungkin menjadikan penggunaan gelombang analog sebagai obsolete.

Apa itu gelombang digital? Ia merupakan hasil teknologi yang dapat mengubah signal menjadi kombinasi urutan bilangan 0 dan 1 (juga dengan biner), sehingga tidak mudah terpengaruh oleh derau, proses informasinya pun mudah, cepat dan akurat, tetapi transmisi dengan signal digital hanya mencapai jarak jangkau pengiriman data yang relatif dekat. Biasanya signal ini juga dikenal dengan signal diskrit. RUJUK.

Kelebihan gelombang digital ialah:

  • Ia mampu mengirim isyarat dengan kecepatan cahaya dan isyarat dhiantar dengan kelajuan yang tinggi.
  • Penggunaan yang berulang-ulang terhadap informasi tidak mempengaruhi kualiti dan kuantiti informasi yang hendak disampaikan.
  • Informasi yang dihantar mudah diproses ke dalam bentuk lain untuk tujuan penyimpanan atau mengolah kemudian.
  • Mampu memproses informasi dalam jumlah yang sangat besar dan dapat dikirimkan secara interaktif.

Contoh penggunaan digital kini ialah komputer, video, kamera, pencetak, peralatan menyukat dan sebagainya.

Dalam bidang penyiaran ramai diantara kita  sudah mengalami pengunaan digital dalam hidup dan siaran ASTRO itu adalah dipancarkan secara digital. Sebab itu kadang-kadang apabila berlaku gangguan pada siaran TV kita akan nampak kesan seolah-oleh kotak-kotak kecil pada skrin TV yang merupakan pixel. MEASAT juga telah menggunakan gelombang digital dalam menyiarkan siaran radio mereka.

Pada tahun 2015 satu pengumuman telah dibuat bahawa kerajaan akan mula menukar siaran TV daripada analog kepada digital dan pada tahun 2018, siaran TV analog akan ditamatkan terus. Kita juga telah mendengar pengumuman bahawa mulaj Jun 2016, siaran yang disebut sebagai MyTV akan mula menyiarkan saluran TV terestrial iaitu RTM1 &2, Siaran TV dari Media Prima dan juga Berita BERNAMA dalam bentuk digital.

Rajah di bawah menunjukkan bagaimana TV Digital berfungsi

how digital tv works

Siaran TV terestrial secara digital ini akan dikendalikan oleh MYTV Broadcasting Sdn. Bhd. yang telah diberikan lesen untuk menyediakan infrastruktur dan fasiliti jaringan bagi menyiarkan perkhidmatan Digital Terrestrial TV (DTT)

Bagaimana siaran Digital berbeza dari siaran Analog. tonton video di bawah

Tonton video di bawah

Sebagai persediaan untuk menerima siaran secara digital, pengguna hendaklah menggunakan peralatan yang dinamakn sebagai decoder. Decoder ini akan menukar isyarat yang diterima dari pemancar sebelum menghantar isyarat tersebut ke peti televisyen anda. Tak perlu tukar peti televisyen sedia ada walaupun ianya bukan TV flatscreen. Tonton klip video di bawah cara untuk sambungkan decoder ke peti TV lama anda.

Sebenarnya ramai diantara kita sudah pun menikmati siaran digital walaupun tidak melanggan ASTRO. Ramai sudah membeli set decoder untuk mendapatkan siaran satelit seperti Skybox, Android box Mbox dan sebagainya. Beza siaran MyTV dan decoder untuk dapatkan siaran satelit ialahnya ia tidak memerlukan sambungan internet untuk mendapat siaran dan ianya pula adalah percuma. Pengguna hanya perlu membeli set top box atau decoder itu sahaja tanpa membuat apa-apa bayaran bulanan.

Walaupun siaran MyTV masih dalam fasa percubaan, tetapi pengguna sudah boleh membeli decoder MyTV sama ada secara online mahupun di kedai-kedai eletronik. Pastikan anda hendak membeli set yang betul kerana jika anda membeli set untuk MyTV dan bukan untuk TV satelit.

Decoder untuk MyTV hanya menggunakan antenna tulang ikan yang sedia ada di rumah atau antenna mudahalih di dalam rumah. Ia tidak memerlukan piring seperti piring ASTRO itu.

Rajah di bawah bagaimana menyambung alat decoder ke antenna dan ke TV. KREDIT  Baca juga cara-cara memilih antenna yang sesuai dan cara meletakkan antenna DI SINI.

1

Di bawah ialah set decoder yang digunakan dalam ujian siaran

mytv test unit

Di bawah satu contoh decoder yang terdapat di pasaran

Decoder untuk menerima MyTV

Peta di bawah menunjukkan stesen-stesen pemancar yang digunakan sewkatu Fasa ujian siaran MyTV.

Stesen Pemancar MYTV

Pengguna ada masa sehingga tahun 2018 untuk mendapatkan set decoder digital sebelum siaran secara analog ditamatkan sepemuhnya. Sekiranya tidak TV anda tidak akan mendapat siarang dan hanya warna hitam sahaja akan dipaparkan. Tapi mungkin pada masa itu TV pun sudah ada built in decoder kot untuk menerima siaran digital. Dalam kemajuan teknologi ini semua boleh.

Dengan digital TV gambar yang dipaparkan pada layar TV akan menjadi lebih jelas dan tajam dan mana-mana kawasan yang tidak berupaya menerima siaran analog sebelum ini mungkin akan dapat menerimanya.

Advertisements

One Comment Add yours

  1. wan says:

    hahaha..dulu hempas pulas pusing ariel tv,,,nk dpt channel,,patut la tak dapat sbb seluruh dunia nk tutup gelombang analog,,,nk taknak terpaksa gak melanggan astro,,sbb diaorg kata astro tangkap gelombang tv sedia ada…akhirnya terjawab jugak sbb apa payah sgt dapat channel ngan ariel…….baru la bersih sikit nama astro…

    sayangnya aku tak dapat decoder percuma…huhuhuhu..melayang gk rm200~rm300 sbb aku nk gk decoder tu…walau aku dh langgan astro…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s