Mencari Ilmu Tidak Ada Noktahnya

Jika difikirkan buat apa lah lagi aku buang masa hadir kelas-kelas yang berkait dengan Facebook sedangkan aku dah mula gunakan Facebook sejak tahun 2007 lagi, dua tahun selepas Mark Zuckerberg ujudkan aplikasi ini secara tak sengaja hasil dari putus cinta.

Ramai yang beranggapan mereka yang sudah berusia 6 series ni patut dok rumah dan jaga cucu atau pergi dok masjid dan bersedia untuk ke alam seterusnya. Lagi pun Facebook ni tidak baik, dipenuhi dengan fitnah memfitnah, caci mencaci, benci membenci, menimbulkan perasaan buruk sangka, lubuk maksiat, dan macam-macam lagi keburukan.

Itulah manusia, ramai yang hanya berfikiran negatif dan kalau kita membaca artikal-artikal di akhbar, majalah atau mendengarnya di radio atau menonton di TV, yang sering kita dengan ialah media sosial khususnya facebook ni ialah cerita berkaitan yang negatif sahaja. Media sosial sebenarnya membawa lebih banyak kebaikan berbanding keburukan. Bergantunglah pada niat dan cara penggunaannya untuk tujuan apa. Jika menggunakan untuk kebaikan, jadilah ia baik, jika guna kemarah kejahatan dan negatif jadilah ia tidak baik.

Pada 27 Jun 2016, aku berpeluang hadir ke satu majlis menimba ilmu bagiamana menggunakan Facebook untuk pemasaran perniagaan. Walaupun aku pun menjadi tenaga pengajar untuk kursus berkaitan media sosial dalam sukan termasuklah penggunaan Facebook, tetapi aku masih menganggap diriku tidak sempurna lagi dengan penggunaan Facebook.

BIDU

Bagi mereka yang tidak tinggal di luar Lembah Klang, peluang menimba ilmu seperti ini jarang-jarang diperolehi. Aku dapat merasakan kesan kekurangan peluang itu selepas berhijrah balik ke Kedah. Misalnya Denaihati Network sering menganjurkan kursus-kursus berkaitan media sosial tetapi peluang untuk hadir tipis kerana jarak dan masalah-masalah sampingan yang lain.  Jadi bila ada kesempatan seperti yang diberikan oleh KEDA itu, cepat-cepat aku merebut peluang. Tidak rugi menimba ilmu, jika tidak dapat digunakan untuk diri sendiri pun, boleh kongsi dengan sahabat handai dan masyarakat dan jika mereka menggunakan ilmu yang baik yang aku kongsikan itu, untuk tujuan yang baik, adalah ganjaran berterusan selepas mati kelak.

Banyak perkara baru yang dipelajar dalam kursus selama 6 jam itu yang dikendalikan oleh seorang pakar perniagaan online dan offline yang telah meraih beberapa anugerah kejayaan sehingga mendapat pengiktirafan KEDA dan  untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya dengan pengusaha sedia ada dan pengusaha baru teknik-teknik pemasaran online menggunakan Facebook.

Seramai 40 orang peserta telah hadir dalam kursus yang diberikan secara percuma oleh pihak KEDA (Kedah Economic Development Authority)

KEDA kursus
Sebahagian dari peserta yang merupakan usahawan baru dan lama, tekun mendapatkan ilmu pemasaran menggunakan Facebook

Peserta telah diajar teknik-teknik dan bagaimana menggunakan tips and trick dalam Facebook untuk memasarkan produk perniagaan masing-masing. Peserta juga didedahkan dengan cara-cara dan langkah penggunaan poster, imej dan video dalam membantu memperkenalkan produk masing-masing di Facebook. secara percuma.

Salah satu lagi cara marketing  menggunakan Facebook ialah dengan peniaga menyediakan sedikit peruntukan untuk pemasaran menggunakan Fbads. Peserta yang hadir beruntung dapat mempelajari teknik FBads secara percuma kerana kursus-kursus seperti itu selalunya mengenakan yuran penyertaan hingga ratusan ringgit.

Selaku peserta saya mengucapkan terima kasih kepada KEDA atas usaha mereka menganjurkan kursus tersebut dan juga penceramah  En Mohd Fairose bin Mohd Yaakob atau lebih dikenali sebagam Tam Tam yang pernah menjadai usahawan burger online pada satu ketika dahulu. Beliau juga seorang pengusaha syarikat percetakan yang berjaya di kawasan Sungai Petani. Kedah dan kejayaan beliau memasarkan syarikat percetakan beliau secara online menggunakan marketing Tips & Trick di Facebook melayakkan beliau menjadi sifu kepada usahawan-usahawan baru (dan juga lama).

Kepada mereka yang bercita-cita untuk menjadi usahawan khususnya di negeri Kedah bolehlah menadaftar dalam Direktori Usahawan anjuran KEDA secara e-Daftar di USAHAWANKEDA

KEDA E Daftar

Dalam perniagaan, jika seseorang itu hendak berjaya kenalah ada mentor untuk membimbing. Tak kiralah siapa mentor anda, setiap dari mereka ada kelebihan dalam bidang masing-masing.

Sebagai langkah permulaan kepada bakal usahawan ataupun usahawan yang sedia ada jom lik page USAHAWAN KEDA di Facecook.

KEDA usahawnan

iklan utk motor
http://www.facebook.com/zbest.resource
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s