NAIK UBER KAT PENANG

Kalau kat KL nama uber dah menjadi sebutan sebab rasa dengki pemandu teksi dengan perkhidmatan baru yang lebih murah, selesa dan efisyen. Selama ini pun aku sangka di Malaysia ni  hanya di KL saja ada uber. Rupanya kat Penang pun ada dah perkhidmatan uber ni.

Kebetulan aku hadir satu seminar 3 jam di YMCA Pulau Pinang dan sewaktu hendak balik ke Jeti hujan turun dan sukar untuk aku ke perhentian bas untuk mendapatkan perkhidmatan rapidpenang. Lagi pun besar kemungkinan perhentian bas tidak ada tempat berteduh.

Ketika menanti di lobby aku berbual dengan salah seorang peserta seminar dan pada masa itulah dia bertanya mengapa tak panggil uber. Barulah aku teringat pasal perkhidmatan itu dan rupanya dah ada di Pulau Pinang. Dia sendiri adalah pemandu yang berdaftar dengan uber.

Lalu aku pun buka google playstore dan install apps untuk uber. Pengalaman pertama menggunakan perkhidmatan uber memang mudah.

Paparan akan menunjukkan peta lokasi dan kedudukan ikon beberapa kereta yang berhampiran yang memberikan perkhidmatan uber ni. Ikut sahaja arahan yang dipaparkan dan anda akan mendapat respons tentang kereta, pemandu, lokasinya serta berapa lama ia akan sampai ke tempat kita tunggu. Pengguna kli pertama pun akan akan merasa mudahnya untuk dapatkan perkhidmatan uber.

uberuber-1

  uber-2

Peta perjalanan yang juga sebahagian dari resit untuk penumpang, selepas menggunakan perkhidmatan uber akan dihantar ke email yang didaftarkan pada apps uber sewaktu mula install. Mudah kan untuk membuat claim perjalanan kelak. Malah ianya adalah lebih sah dengan unsur rasuah yang paling minima khususnya bagi kakitangan kerajaan yang menggunakan perkhidmatan awam semasa bertugas.

uber3

uber5uber4

JALAN-JALAN PASAR KARAT

Sebut saja pasar karat pastinya kita akan terus terbayang susunan barangan antik yang dipamerkan untuk dijual kepada peminat barang antik. Banyak pasar karat sudah muncul dan beroperasi di merata bandar di negara ini dan berbagai barangan antik yang menjadi “collectors item” yang ditawarkan untuk jualan mahupun barang lama yang boleh dijadikan sparepart untuk barangan harian yang sudah rosak.

Di Alor Setar, Pasar Karat yang popular ialah di Kampung Berjaya yang beroperasi pada hari Jumaat bersamaan dengan pasar basah. Ia beroperasi pada setiap pagi Jumaat.

Baru-baru ini pula saya berkesempatan meninjau pula satu lagi pasar karat di Kubang Pasu, Jitra yang dibuka di Taman Tunku Sarina, Bandar Darulaman. Ia beroperasi setiap pagi Sabtu.

Untuk ke pasar karat PSTTS amat mudah kerana ia terletak di laluan untuk masuk ke Taman Tunku Sarina. Dari lebuhraya PLUS pengunjung boleh keluar di Exit Bandar Darulaman dan hala ke Taman Tunku Sarina atau Tasik Darulaman. Pandu terus sehingga melepasi tasek dan bulatan di Lakehomes.

Saya rasa agak keciwa juga kerana tidak banyak barangan antik diperdagangkan berbanding Pasar Karat Kg Berjaya. Selain daripada beberapa orang peniaga barangan antik, majoriti peniaga menjual barangan biasa dan lebih nampak ala pasar malam. Mungkin kerana ianya masih baru, ramai peniaga barangan antik mungkin terpaksa mengatur semula jadual perniagaan mereka.

pasar-karat-tts-1 pasar-karat-tts-2 pasar-karat-tts-4 pasar-karat-tts-5