Sebut saja pasar karat pastinya kita akan terus terbayang susunan barangan antik yang dipamerkan untuk dijual kepada peminat barang antik. Banyak pasar karat sudah muncul dan beroperasi di merata bandar di negara ini dan berbagai barangan antik yang menjadi “collectors item” yang ditawarkan untuk jualan mahupun barang lama yang boleh dijadikan sparepart untuk barangan harian yang sudah rosak.
Di Alor Setar, Pasar Karat yang popular ialah di Kampung Berjaya yang beroperasi pada hari Jumaat bersamaan dengan pasar basah. Ia beroperasi pada setiap pagi Jumaat.
Baru-baru ini pula saya berkesempatan meninjau pula satu lagi pasar karat di Kubang Pasu, Jitra yang dibuka di Taman Tunku Sarina, Bandar Darulaman. Ia beroperasi setiap pagi Sabtu.
Untuk ke pasar karat PSTTS amat mudah kerana ia terletak di laluan untuk masuk ke Taman Tunku Sarina. Dari lebuhraya PLUS pengunjung boleh keluar di Exit Bandar Darulaman dan hala ke Taman Tunku Sarina atau Tasik Darulaman. Pandu terus sehingga melepasi tasek dan bulatan di Lakehomes.
Saya rasa agak keciwa juga kerana tidak banyak barangan antik diperdagangkan berbanding Pasar Karat Kg Berjaya. Selain daripada beberapa orang peniaga barangan antik, majoriti peniaga menjual barangan biasa dan lebih nampak ala pasar malam. Mungkin kerana ianya masih baru, ramai peniaga barangan antik mungkin terpaksa mengatur semula jadual perniagaan mereka.