CENDOL

Kali ini nak cerita pasal cendol.

Cendol adalah merupakan sejenis minuman manis yang menyegarkan kerana ia diminum atau makan dalam keadaan sejuk. Tak pasti pula adakah cendol panas? Jika Cendol Bakar tentu boleh didapati jika penjualnya bernama Bakar.

Asalnya cendol hanyalah mengandungi cendol, kacang merah, jagung dan ais yang diparut. Ia dimaniskan biasanya dengan air Gula Melaka atau gula kabung dan ditambah santan untuk membangkitkan rasa lemaknya.

cendol tradisi

Ais untuk dimasukkan ke dalam cendol dahulu disagat menggunakan peralatan yang direka khus untuk menyagat ais sama ada untuk cendol, ais kacang (ABC), ais kepal dan sebagainya. Kredit gambar di atas kepada Motormouth from Ipoh- Asian Food and Travel Blog  .

Dalam arus perniagaan berdaya maju, penjual cendol mula menambah kreativiti rasa dengan membuat modifikasi, menambahkan pulut dan Cendol Pulut menjadi begitu popular pada sekitar tahun 80an dan seterusnya.

Peniaga tidak berhenti setakat itu, kini Cendol dijual dalam berbagai variasi dengan menambahkan durian, mempelam, tapai dan juga aiskrim.

EzyWatermark170122095518118

Atas: Cendol pulut aiskrim di Ady Cendoi Jitra.

Cendol Pulut Durian 1

Cendol Pulut Durian

KREATIF ATAU JALAN MUDAH?

Nasi Lemak Panas

Gambar ini hanya hiasan

Tak tahulah sama ada kreatif atau ambil jalan mudah dan jimat. Macam Nasi Lemak Pondan tu, namanya pun satu kreativiti yang menarik perhatian orang ramai walaupun ada yang mengutuk. Namun dia telah cipta satu identiti sehingga ada juga yang ujudkan Nasi Lemak Gay yang sebenarnya dia bukan Gay tetapi akronim namanya.

Ramuan dalam sebungkus atau sepinggan nasi lemak basic ialah Nasi Lemak (yang sudah tidak rasa lemaknya lagi), Telur Rebus atau Telur mata, Mentimun, sambal bilis, kacang tanah goreng. Namun setengah penjual Nasi Lemak sudah tidak masukkan kacang tanah goreng dan/atau mentimun. Mungkin nak cut cost lah kot.

Apa yang saya nak tulis dalam posting ini bukan tentang nak cut cost tu. Alkisah maka keluarlah tengah malam nak makan kerana lapar. Makanan paling murah di zaman GST dan nilai Ringgit Malaysia jatuh ini ialan Nasi Lemak. Lain-lain makanan paling murah pun RM4.50.

Nasi Lemak panas kononnya, yang dah suam-suam panas dan hampir sejuk di kawasan Jitra ni dalam RM2.00 sepinggan (basic). Satu gerai ni, ikan bilisnya cukup lembut dan mudah sangat untuk dimakan, berbeza dari ikan bilis di tempat lain. Aku rasa ikan bilis tu bukan sambal ikan bilis yang dimasak atau goreng fresh, tetapi ikan bilis dalam tin. Selalu sangat makan nasi lemak ni memang kita dapat rasa (selalunya) susah sangat nak gigit malah tak dapat gigit langsung. Ikan bilis pun rasa rangup sebab ia digoreng berasingan dari sambalnya.

Ikan bilis tin tentunya lebih murah berbanding ikan bilis “segar” yang digoreng tu. Itulah yang aku nak timbulkan di sini, adakah ianya satu kreativiti atau nak ambil jalan mudah?