KOS MENGHANTAR MOTORSIKAL DARI KEDAH KE KL

Kali ini aku nak share jugalah sikit pengalaman menghantar motorsikal anak aku dari Jitra ke Kuala Lumpur. Sebelum ini pun aku ada buat rujukan kat internet bagaimana caranya nak hantar motorsikal menggunakan perkhidmatan courier, PosLaju atau KTM, nak survey mana yang lebih murah. Kena buat persediaan jugalah sebelum membuat urusan penghantaran.

Di samping itu juga buat perkiraan juga adakah lebih murah dan jimat jika aku sendiri yang menunggang motorsikal itu dan hantar terus kepadanya. Tapi Jitra ke Melaka bukannya dekat. Buat tracking analisis menggunakan Google Map menunjukkan jaraknya hampir 500 kilometer.

Aku pun buat analisis lagi antara menghantar menggunakan bas dan aku pergi sendiri, aku dapati lebih murah menghantar menggunakan bas Ekspress.

Hantar guna bas? Ya! guna bas. Mungkin ramai dah tahu tentang perkhidmatan menghantar motorsikal menggunakan bas dan ramai juga yang masih tidak mengetahui perkhidmatan ini. Tetapi aku rasa bukan semua bas ekspress memberikan perkhidmatan courier seperti itu.

Kisahnya begini : Mulanya aku nak beli tiket secara online saja tetapi belian secara online kena tambah RM2.00 untuk Online Service Charge. Dah aku nak beli 3 seat jadi kenalah tambah RM6.00. Mujurlah tak ada GST.  Then aku terfikir kalau pergi beli sendiri kat kaunter aku dah jimat RM6.00. Lagipun bukan jauh mana dan naik motor berapa sen sangatlah duit minyak.

Ternyata lintasan untuk menjimatkan RM6.00 itu memberikan aku penjimatan yang lebih lagi. Kadang-kadang kita tidak sedar Allah menjentik hati kita untuk melakukan sesuatu yang baik tetapi kita anggap ianya negatif. Macam kes aku nilah, tentu ada yang menyindir, “Ala RM6.00 pun nak berkira.” Tunggu, baca seterusnya posting aku ni.

Mulanya aku ke kaunter Cosmic ia menjadi pilihan pertama apabila terfikir untuk naik bas Ekspress selepas dulunya Ekspress Jelita menjadi keutamaan. Aku pilih Cosmic kerana telah mengalami keselesaan bas baru dan adanya punca eletrik di dalam bas. Jadi bolehlah caj telefon dalam perjalanan tanpa bergantung pada power bank. Malangnya seat yang ada ketika itu baris belakang sekali. So aku ambil keputusan mencuba syarikat lain terlebih dahulu.

Second choice aku ialah Ekspress Pancaran Matahari, tapi harga tiketnya RM50.00 sebab ikut kerani kaunter seatnya lebih besar. Aku tidak jadi nak ambik dan kerani itu aku anggap dia baik hati kerana mencadangkan pula aku mencuba Inter City. Nota: Ini rasanya lorongan yang Allah tentukan untuk rezeki aku.

Courier Service Inter CitySememangnya rezeki itu rahsia Allah untuk hambanya yang bersabar dan berusaha. Di kaunter Inter City aku dapat beli tiket dengan harga diskaun lagi sebanyak RM3.00 untuk satu tiket sebab kerani itu mendaftar aku sebagai ahli. Di samping itu aku membeli 3 hari lebih awal dari tarikh perjalanan. Inter City ni menawarkan diskaun sehingga RM5.00 jika membeli tiket 5 hari lebih awal dari tarikh perjalanan dan RM4.00 jika empat hari awal. Harga satu seat Dewasa (Jitra-Kuala Lumpur) ialah RM47.00 dan aku hanya dikenakan RM44.00 sahaja.  Aku dah jimat lagi RM9.00.

Sewaktu di kaunter itu aku bukan sahaja dapat beli tiket dengan harga diskaun tetapi dapat info bahawa Inter City juga memberikan perkhidmatan menghantar motorsikal di bawah 130 cc.

Kos untuk menghantar motorsikal hanya RM120.00 jika diiringi dengan penumpang dalam perjalanan bas yang sama. Sekiranya hanya menghantar motorsikal sahaja tanpa penumpang harganya RM150. Jika menghantar dengan perkhidmatan courier pun kosnya lebih kurang sama tetapi dengan penghataran melalui bas bersama dengan penunggang, tidak ada lagi masalah untuk mendapatkan pengangkutan selepas tiba di destinasi.

Akhirnya dengan tindakan aku hendak menjimatkan RM6.00, aku telah mendapat pulangan yang lebih banyak lagi. Syukur Allah telah mendetikkan hati aku untuk dan itu adalah rezeki dariNya.

 

Author: atok zaha

I am just a small blogger writing about sports, travel and lifestyle and turned into a social media influencer. Will undertake to accept write up invitations. to blog and to share on my social media platforms,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: