CIT CAT KRIPTO

on

TELEMMGLPICT000084440620-large_trans_NvBQzQNjv4BqqVzuuqpFlyLIwiB6NTmJwe1cjL4FqbBkljPDgQ6U0lk

Image credit BLOOMBERG

Semakin banyak orang memperkatakan tentang Bitcoin sekarang.  Dulu masa mula-mula ia dikeluarkan pada tahun 2009 rasanya ramai yang akan memandang serong sebagai satu lagi bentuk scam yang akan menjerat ramai orang khususnya di internet.

Bitcoin yang dikeluarkan pada Januari 2009 dan sehingga Mac 2010, tidak ada apa-apa nilai dalamnya kerana tidak ada perdagangan dalam pasaran. Ia hanya digunakan sebagai satu hobi sahaja tanpa apa-apa nilai di dalamnya

Hanya pada 22 Mei 2010 seorang yang bernama Laszlo Hanyecz membuat transaksi pertama di dunia menggunakan Bitcoin (BTC) apabila beliau membeli dua biji pizza di Jacksonville, Florida sebanyak 10,000 BTC. Pada ketika itu nilai 1 BTC baharu bernilai USD 0.003 dan pada masa posting ini ditulis (31 Julai 2017) nilainya sudah menjadi USD 2,721.98 dalam Cryptocurrency market. Jika sesiapa yang hari ini memegang 10 Bitcoin yang pada masa beli Julai 2010 dengan nilai hanya USD 0.07 cent, hari ini bernilai USD 272,198.00. Tukarkan je ke matawang MYR.

Bitcoin adalah merupakan satu cryptocurrency iaitu aset digital yang boleh diperdagangkan di pasaran bebas ciptaan Satoshi Nakamoto.

Walaupun ia baru muncul pada tahun 2009 tetapi kewujudan bentuk matawang krypto sudah bermula dan digunakan sebelum itu lagi seperti ecash dan hashcash.

Kryptocurrency ialah matawang dalam bentuk digital yang dicipta menggunakan kod open source  dengan ciri-ciri keselamatan dan dalam banyak perkara adalah anonymous. Ianya lahir daripada hasil terciptanya teknologi  pada masa Perang Dunia Kedua, iaitu satu keperluan komunikasi yang selamat. Cryptograhpy berkembang diera digital menggunakan elemen teori matematik dan sains komputer sebagai satu bentuk komunikasi, informasi dan matawang dalam talian.

Persoalan sekarang sejauh mana Cryptocurrency akan menjadi matawang antarabangsa di era digital? Sejauh mana ianya selamat digunakan sebagai nilai pertukaran kerana cryptocurrency ini adalah matawang yang amat rapuh. Kemajuan teknologi dan ilmu internet biasa sahaja mengundang hacker untuk menceroboh ke dalam sistem dan menghancurkan segala data yang ada menjadikan cryptocurrency ini tidak bernilai.

Cryptocurrency pada mata kasar kita hanyalah halimunan. Kita tahu ianya ada tetapi tidak dapat disentuh, dirasa dan dilihat seperti matawang Fiat yang kita sedang gunakan sekarang. Cryptocurrency tidak bersandar pada apa-apa berbanding matawang Fiat yang bersandar kepada Emas.

Walaupun sejak ianya dicipta hingga ke hari ini, Cryptocurrency tidak bersandarkan kepada apa-apa logam bernilai, tetapi pada suku pertama tahun 2017, 1 BTC sudah pun melepasi harga 1 auns emas buat pertama kalinya.

Apa pun mahu tidak mahu kita mungkin “dipaksa” menggunakan cryptocurrency sebagai medium jual beli dan kegiatan ekonomi pada masa depan. Asasnya kita lihat pada evolusi matawang sejak ianya lahir dari sistem perdagangan “barter” kemudian penggunaan logam sebagai medium pertukaran sehinggalah terciptanya matawang Fiat iaitu matawang kertas. Apabila teknologi semakin berkembang dan era digital dibangunkan, maka wang Fiat semakin diambilalih oleh kad plastik iaitu penggunaan kad kredit dan kad debit. Jadi tidak salah jika kita hendak katakan bahawa lambat laun wang plastik ini pun akan diambilalih oleh matawang Crypto. Ini berdasarkan semakin banyak urusan perniagaan sudah menerima Bitcoin sebagai menggantikan wang Fiat.

Keyakinan penggunaan matawang crypto ini akan menjadi kenyataan ialah berasaskan hari ini banyak urusan perniagaan sudah tidak lagi melibatkan pertukaran wang fizikal dari satu tangan ke satu tangan, sebaliknya menggunakan medium internet untuk melakukannya tanpa melihat dan memegang sebarang wang dalam bentuk fizikal. D Jepun, pada bulan Januari 2017, NHK melaporkan bahawa terdapat peningkatan 4.6 kali berbanding tahun 2016 dari segi kedai-kedai dalam talian menerima Bitcoin.

Cuma mungkin sebelum matawang crypto dapat digunakan, modalnya masih lagi memerlukan wang fizikal untuk membelinya sebelum ia membiak dalam pasaran Cryptomarket yang akhirnya menjadikan matawang fizikal tidak diperlukan lagi oleh seseorang.

money-evolution

.Kredit Imej : http://onecoinpelaburbijak.blogspot.my/

Apa yang kita harapkan sekarang kerajaan negara-negara di dunia akan menjadikan penggunaan matawang Crypto sebagai satu legal tender seiring dengan mata kertas. Ini kerana matawang Crypto tidak boleh dicetak sesuka hari seperti matawang kertas yang boleh dicetak apabila lebih banyak wang diperlukan dan mengakibatkan berlakunya inflasi.

Berapa banyak Bitcoin kah yang boleh dimasukkan ke dalam pasaran?   Mengikut satu informasi dalam internet akan ada hanya 21 juta Bitcoin dan apabila jumlah itu sudah dicapai, plat mencipta Bitcoin akan musnah dengan sendirinya. Apakah ni bermaksud ia akan mengawal inflasi masa depan?

Once it was released into the wild, the bitcoin currency ecosystem operated on a public, inalterable schedule. We know exactly how many bitcoins there are in existence today (12,446,725) and how many there will eventually be in total: when the 21 millionth bitcoin is minted, the plates automatically self-destruct.Mar 5, 2014

Dalam pasaran Cryptocurrency hari ini sudah terdapat ratusan cryptocurrency yang membolehkan pengguna membeli Bitcoin.

10 Cryptocurrency yang popular (semasa blog post ini ditulis 31 Julai 2017) ialah:

  1. Bitcoin
  2. Ethereum
  3. Litecoin
  4. Monero
  5. Ripple
  6. Dogecoin
  7. Dash
  8. Siacoin
  9. Zcash
  10. EOS

Rujukan: CoinGecko

Sementara itu di negara kita antara yang populas ialah Bitcoin, Ethereum dan Dogecoin. Namun ada satu lagi Cryptocurrency yang dijangka menambah arus dalam pasaran Cryptocurrency ialah LCFHC yang berpusat di Shenzen, China yang akan mengeluarkan LCF Coin atau Phoenixcoin. Buat masa ini mereka belum lagi membuat apa-apa pelancaran dan dicadangkan pada bulan September 2017.

Baca juga maklumat tentang Cryptocurrency DI SINI.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s