LAGENDA GUNONG KERIANG- KENA SUMPAHAN SANG GEDEMBAI

Kali kedua mendaki Gunong Keriang yang terletak bagaikan sebuah pulau di tengah-tengah dataran sawah padi yang meluas. Gunong ini ialah sebuah bukit batu kapur yang pernah menjadi sumber pencari baja tahi kelawar dari gua-gua yang bertaburan di atasnya.

Kini Gunong Keriang tidak menjadi pengeluar baja tahi kelawar yang utama lagi, mungkin kerana bercambahnya baja yang dihasilkan dari bahan kimia dan juga generasi yang mengusahakan pengambilan baja itu sudah tidak ada. Gunong ini kini terkenal pula sebagai sumber untuk merndapatkan baru kristal yang cantik yang diusahakan oleh beberapa pengusaha tempatan.

Pengunjung ke Taman Rekreasi Gunong Keriang boleh melihat dan membeli batu-batu kristal untuk dijadikan hiasan yang cantik di rumah.

Selain mempunyai Taman Rekreasi, pengemar sukan yang mencabar boleh meneroka gua yang terdapat dalam perut Gunong Keriang ini. Saya sendiri pernah mengalami sendiri meneroka ke dalam gua-gua yang gelap dan diberikan beberapa nama.

Gunong Keriang juga menjadi salah satu lokasi rekreasi untuk mereka yang gemar hiking mendaki gunong. Walaupun laluannya tidak begitu mencabar tetapi dapat memberikan kepuasan kepada pendaki. Berada di puncak setinggi 217 meter dari paras laut, anda dapat melihat pemandangan yang indah dataran negeri Kedah yang menghijau di musim penanaman padi dan menguning pada ketika musim padi masak.

Gunong ini sebenarnya mempunyai Lagenda tersendiri. Ia dikatakan berasal dari sebuah kapal yang membawa rombongan seorang Puteri Raja untuk dikahwin dengan Putera Raja yang lain, tetapi Sang Gedembai yang meminati dan ingin merperisterikan puteri tersebut marah lalu menyumpah kapal itu menjadi batu.

Pernah mengikut cerita orang tua-tua, masyarakat sekitar Gunong Keriang meminjam peralatan seperti pinggan mangkuk dan lain-lain peralatan untuk buat kenduri dari salah satu gua di situ. Namun ada orang yang tidak bertanggungjawab seperti tidak jujur atau tidak memulangkan peralatan yang dipinjam yang menyebabkan semua peralatan tersebut telah bertukar menjadi batu. Wallahu A’lam.

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: