Telok Bayu Pulau Pinang

Pada 17 Mac 2023 merupakan kali kedua camping di Pantai Telok Bayu, Telok Kumbar, Pulau Pinang. Kali ini camping selama 3 hari 2 malam dan di lokasi yang hampir sama dengan sebelumnya. Ini kerana kawan-kawan camper lain sudah sampai terlebih dahulu sudah park camper masing-masing di situ.

Lokasi yang kami camp itu agak dekat juga dengan tandas yang diusahakan oleh individu secara persendirian, bukan yang disediakan oleh pihak Majlis Kerajaan Tempatan. Untuk sekali mandi dikenakan bayaran RM1.00 sementara menggunakan tandas 50 sen.

Para camper jika hendak menggunakan tandas pada waktu malam kenalah beritahu pengusaha berkenaan kerana dia akan kuncinya pada waktu malam.

Pantai Telok Bayu yang terletak di bahagian Selatan Pulau Pinang adalah merupakan antara pantai yang menjadi tumpuan orang ramai untuk bersantai dihujung minggu dan juga para campers untuk camping. Walaupun agak sukar untuk mendapat bekalan air dan kemudahan tandas ia masih lagi dikunjungi kerana view yang menarik.

Memandangkan ia berdekatan dengan Lapangan Terbang Bayan Lepas, pengunjung berpeluang untuk melihat kapalterbang mendarat atau berlepas. Pengunjung juga dapat melihat nelayan-nelayan pantai keluar ke laut atau balik dengan bot laju masing-masing.

Pada sebelah petang pula jika cuaca mengizinkan, dapat dilihat matahari terbenam diufuk Barat.

Sememangnya apabila menyebut untuk camping di Telok Bayu akan ada org ceritakan tentang tempat itu yang kononnya keras. Mungkin bagi mereka yang tinggal di situ tahu cerita sebenarnya.

Kami berpeluang sembang dengan pengusaha tandas pada pagi hari ketiga. Dia memberitahu keadaan sekarang tidak lagi seperti sebelumnya. Jika dulu memang ada gangguan-gangguan makhluk alam ghaib tetapi kini ianya sudah berlalu. Mungkin kerana semakin ramai yang mengunjungi pantai pada waktu siang dan bermalam di situ, keadaannya mula berubah.

Sambut Ambang Tahun Baru 2023 di Campsite

Setelah sekian lama tidak menyambut tahun baru, pada peralihan tahun 2022 ke 2023, aku dan family menyambutnya di hutan. Kami camping di Hujan hujan Campsite, Gua Kelam, Perlis.

Ketika itu kami menyertai campmeet iaitu Hooligan Camp mulai 31 Disember 2022 dan Checkout pada 1 Januari 2023. Ia merupakan kali kedua aku menyertai campmeet di mana ramai campers berkampung. Kali pertama ialah ketika menyertai Penang Camper Rally di Pantai Robina Eco Park, Telok air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang.

Berkhemah di Hujan hujan Campsite ni sebenarnya kali kedua di mana yang pertama ialah semasa Nature & Bushcraft Adventure anjuran Tourism Malaysia Northern Region dengan kerjasama Tourism of Perlis dan diuruskan oleh unicastana holidays, Perlis. Ketika itu cuma overnight satu malam sahaja sebab aktiviti seterusnya ialah menikmati sunrise di Wang Kelian Viewpoint.

Perjalanan ke Campsite memang mencabar khususnya bila hampir-hampir hendak sampai ke simpang masuk. Jalan mendaki sehingga campervan buruk aku terpaksa guna gear satu je untuk naik. Selepas itu dari simpang masuk sebelum sampai kawasan landai pun jalannya menurun agak curam juga. Ini kerana semasa balik ada tempat yang terpaksa guna gear satu dan lebih mencabar ianya selekoh yang curam. Apa pun Alhamdulillah selamat semuanya.

Hooligan Camp memang meriah. Dikhabarkan hampir 400 campers yang turut serta, ada yang datang sejauh Pantai Timur dan Selatan tanah air. Mereka terdiri dari camper biasa, motor camper can campervan. Cuma yang tidak kelihatan ialah camperhome.

Hujan Hujan Campsite ni adalah di bawah kendalian Gua Kelam. Jadi sesiapa yang hendak camping di situ hendaklah menghubungi Pengurusan Gua Kelam di pejabatnya.

Kalau anda hendak lihat suasananya boleh pergi ke YouTube Channel saya.

BERAPA BANYAK QUOTA SPACE YOUTUBE BERIKAN UNTUK SATU CHANNEL ANDA?

Pernah tak seseorang bertanya berapa banyak space yang seorang creator ada untuk channel Youtubenya. Sebagai contoh Gmail memberikan ruang 15GB dan jika memerlukan lebih dari itu maka perlulah langgan space tambahan.

YouTube tidak ada quota seperti itu dan seseorang creator boleh upload sebanyak mana video yang dia mampu. Namun seseorang creator hanya boleh upload sebuah video sehingga berkapisiti 256GB atau 12 min. sahaja. Dasar upload video dalam YouTube adalah berasaskan limitasi untuk setiap video. Jadi anda boleh upload sebanyak mana video yang anda mampu asalkan setiap video itu tidak melebihi 256GB.

MELANTIK YOUTUBE MANAGER UNTUK URUS CHANNEL ANDA

Jika anda sibuk dan tidak ada masa untuk menguruskan channel YouTube disebabkan kekangan masa untuk kerjaya, bersama keluarga dan sebagainya, anda masih boleh menggunakan khidmat saudara-mara, kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang anda harapkan untuk membantu agar channel YouTube sentiasa ada update dan diurus dengan kemas.

Dalam YouTube ada satu fungsi yang disebut sebagai YouTube Manager. Ianya berbeza dengan Youtube Partner Manager. Yang kedua itu adalah melalui jemputan dari YouTube sahaja untuk channel yang sudah capai 100k Subscribers.

YouTube Manager ni sudah lama ujud cuma ramai creator tidak menyedarinya. Ianya sama dengan fungsi lantikan Editor untuk Facebook Page.

Dalam YouTube Manager ada 4 pilihan yang kita boleh guna iaitu :
1. Manager
Boleh tambah atau buang orang lain, boleh edit segalanya dalam channet cuma tidak boleh delete channel. Jadi mungkin juga dia boleh remove anda sebagai pemilik channel.
2. Editor
Boleh edit semuanya tetapi tidak boleh tambah atau remove orang lain, tidak boleh delete video atau channel atau membuat apa-apa perjanjian dengan pihak lain.
3. Viewer
Boleh lihat semua data/info dalam Channel (YouTube Studio) tetapi tidak boleh edit apa-apa
4. Viewer (Limited)
Boleh lihat semua datan dalam channel kecuali maklumat berkaitan Revenue. dia juga tidak boleh edit apa-apa.
#youtubetips

MACAM MANA NAK JADI YOU TUBER

Platform video sharing terbesar di dunia, You Tube kini semakin mendapat perhatian. Ramai org mula nampak You Tube sebagai satu wadah baru hiburan memandangkan ia boleh diakses melalui telefon pintar di mana-mana sahaja yang ada pautan internet.

You Tube bukan sahaja platform untuk berkongsi video tetapi juga merupakan ruang lonjakan ke arah kejayaan. Ramai artis-artis tercungkil bakat mereka setelah video nyanyian mereka dimuat naik ke You Tube. Begitu juga bakat-bakat dalam bidang lain pun secara tidak sengaja tercungkil.

Hari demi hari semakin ramai pula You Tuber pemula lahir mungkin kerana cita-cita yang tersendiri melalui channel You Tube mereka. Suka atau tidak kita harus terima ramai yang mula membuka channel untuk buat duit.

You Tube mula membuka peluang menjana pendapatan mulai 2012 melalui program You Tube Partner Program atau YPP. Apabila YPP dilaksanakan makna ada pula syarat-syarat yang ditetapkan sebelum seseorang You Tuber pemula dapat menjana pendapatan.

YouTube Partner Program ialah untuk membolehkan Content Creator (You Tuber) menjana pendapatan (monetise) melalui penghasilan video serta berkongsi hasil yang diperolehi You Tube melalui siaran iklan pada channel individu berkenaan.

Syarat semasa untuk menyertai YPP adalah seperti berikut:

1. Mendapatkan 1,000 Subscriber
2. Mengumpul 4,000 jam masa tontonan (Watch Hour) yang terkumpul dalam tempoh 12 bulan yang lepas.
3. Video adalah asli iaitu bukan muat naik video dari channel-channel You Tube yang lain. Ia akan dikategorikan sebagai Reused Content.
4. Video tidak ada unsur-unsur kekejaman sama ada kepada haiwan atau manusia.
5. Video tidak mengandungi unsur-unsur “hate speech”, keganasan, promosi produk tembakau dan dadah, DIY senjata dan peralatan yang merbahaya.
6. Video tidak mengandungi content-content berunsur lucah dan bahawan untuk dewasa.
7. Ada akaun Adsense untuk tujuan pembayaran pendapatan.

Untuk mendapat penjelasan lebih lanjut berkaitan larangan-larangan di You Tube sila lawat Community Guideline You Tube

MASA SESUAI UNTUK PUBLISH VIDEO

Dalam You Tube masa terbaik untuk publish video ialah pada bila-bila masa. Pelik bukan? You Tube tidak sama dengan media sosial yang lain seperti Facebook atau Instagram. Dalam media sosial pelawat memasukki mengikut masa-masa tertentu kerana dia ingin mendapatkan maklumat atau kemaskini terkini sesuatu perkara. Sesuatu isu itu akan menjadi basi kemudiannya.

You Tube pula orang akan menonton pada bila-bila masa kerana ia lebih kepada bahan berunsur hiburan walaupun ada maklumat yang dipaparkan dalam video-video.

Namun ada disiplin juga tentang bila-bila masa iaitu masa yang konsisten. Anda hendaklah publish hasil anda pada masa yang sama setiap kali kerana subscriber atau viewer anda akan masuk setiap kali pada masa yang anda biasa publish.

Walau bagaimanapun, ada strategi tertentu untuk memudahkan anda buat posting video.

PERTAMA : Kita di Malaysia, ramai orang biasa masuk untuk tonton You Tube pada waktu pagi semasa dalam perjalanan pergi kerja dan waktu petang apabila mereka balik dari kerja. Satu cara mudah untuk mengetahui masa yang sesuai di mana paling ramai viewer menonton channel anda ialah dengan menyemak dalam analisis masa tontonan di Malaysia

 

KEDUA : Publish hasil anda beberapa jam sebelum masa puncak viewer masuk ke channel setiap hari atau setiap minggu. Anda boleh rujuk pada analisis Real time views dalam analyctic channel anda. Anda juga boleh sambungkan channel anda ke Google analyctic untuk tujuan ini.

YOU TUBE LANCAR REELS

Perkembangan terbaru di You Tube ialah adanya Tab baru yang dinamakan Reels. Ia adalah sama dengan Stories di Facebook dan Instagram dan Whatsapp.

Buat masa ini, ianya masih dalam Beta dan boleh digunakan oleh Creator yang layak. Kelayakan untuk menggunakan Stories ialah 10k Subs. Apabila seseorang Creator mencapai jumlah subs tersebut, ia akan mengambil masa sehingga 4 minggu sebelum Tab Stories muncul dalam channel.

Stories akan membolehkan Creator membuat video pendek sehingga 30 saat sebelum menambah filter, musik, teks dan sebagainya termasuklah stiker “You tube-y”. Lihat contoh REELS.

Apabila seseorang Creator berkongsi Storynya yang belum anda tonton, akan muncul lingkaran berwarna pada foto profilenya. Tap gambar profil untuk menonton. Tap kiri atau kanan peranti untuk skip story. Tekan skrin berterusan untuk pause.

NAK JADI YOU TUBER?

Sekarang You Tube bukan sekadar sumber hiburan tetapi semakin menjadi sumber rujukan untuk membuat sesuatu. Kalau kita tanya macam mana nak buat sesuatu, kemunginan besar jawapan yang kita akan dapat ialah “Ko tengok kat You Tube” atau “Dalam You tube ada tu

Memang benar, apa yang anda ingin ketahui kebarangkalian besar jawapannya ada dalam You Tube. You Tube dah menjadi laman web video yang terbesar di dunia. Berdasarkan ranking Alexa, You Tube menduduki ranking kedua selepas Google dan mengambil alih kedudukan Facebook sebagai laman web paling popular di dunia. You Tube dah menjadi household word dalam kehidupan manusia.

Jika satu ketika dahulu seseorang boleh jadi Instafamous melalui aplikasi Istagram, sekaran ramai boleh jadi You Tuber dan jadi popular melalui laman perkongsian video ini. YouTube adalah merupakan sebuah laman perkongsian video yang berpusat di San Bruno, California. Ia dibangunkan oleh tiga orang bekar pekerja PayPal iaitu Chad HurleySteve Chen, and Jawed Karim pada bulan February 2005. Selepas itu Google membeli laman ini pada bulan November 2006 pada nilai US$1.65 billion. Kini YouTube beroperasi sebagai anak syarikat Google.

Hari ini nak jadi seorang You Tuber amat senang kerana majoriti pengguna internet yang ada akaun email Gmail. Apabila anda ada akaun Gmail sudah mudah untuk menjadi You tuber kerana automatik anda akan dapat akaun You Tube jika anda sudah Sign In ke Gmail dan klik pada laman You Tube. Itulah langkah pertama anda untuk menjadi seorang You Tuber.

Semua orang boleh jadi You Tuber sebab hampir semua org ada handphone yang ada fungsi merakam video. Bila anda rakam video di mana anda simpan video-video tersebut? Hanya dalam gallery di handphone? Mungkin anda akan pindahkan ke dalam komputer. Bila storan di handhandphone anda dah penuh, apa anda lakukan? Pastinya memadam mana-mana file yang dianggap tidak perlu. Bagaimana jika phone anda hilang? Segala isi dalam handphone juga akan turut hilang. Sayangkan, galeri anda yag penuh dengan memori indah, hilang terus.

Jadi cara yang paling selamat ialah dengan memuatnaik video-video anda ke internet dan ia akan kekal sehingga anda padam akaun anda di internet. Video yang anda rakam mungkin mengandungi ilmu, pengalaman dan teladan yang berguna untuk orang lain. Ilmu yang berguna akan menjadi jariah, walaupun anda sudah tidak ada lagi di alam dunia.

Jadi anda hendak jadi You Tuber kah?

LAGENDA GUNONG KERIANG- KENA SUMPAHAN SANG GEDEMBAI

Kali kedua mendaki Gunong Keriang yang terletak bagaikan sebuah pulau di tengah-tengah dataran sawah padi yang meluas. Gunong ini ialah sebuah bukit batu kapur yang pernah menjadi sumber pencari baja tahi kelawar dari gua-gua yang bertaburan di atasnya.

Kini Gunong Keriang tidak menjadi pengeluar baja tahi kelawar yang utama lagi, mungkin kerana bercambahnya baja yang dihasilkan dari bahan kimia dan juga generasi yang mengusahakan pengambilan baja itu sudah tidak ada. Gunong ini kini terkenal pula sebagai sumber untuk merndapatkan baru kristal yang cantik yang diusahakan oleh beberapa pengusaha tempatan.

Pengunjung ke Taman Rekreasi Gunong Keriang boleh melihat dan membeli batu-batu kristal untuk dijadikan hiasan yang cantik di rumah.

Selain mempunyai Taman Rekreasi, pengemar sukan yang mencabar boleh meneroka gua yang terdapat dalam perut Gunong Keriang ini. Saya sendiri pernah mengalami sendiri meneroka ke dalam gua-gua yang gelap dan diberikan beberapa nama.

Gunong Keriang juga menjadi salah satu lokasi rekreasi untuk mereka yang gemar hiking mendaki gunong. Walaupun laluannya tidak begitu mencabar tetapi dapat memberikan kepuasan kepada pendaki. Berada di puncak setinggi 217 meter dari paras laut, anda dapat melihat pemandangan yang indah dataran negeri Kedah yang menghijau di musim penanaman padi dan menguning pada ketika musim padi masak.

Gunong ini sebenarnya mempunyai Lagenda tersendiri. Ia dikatakan berasal dari sebuah kapal yang membawa rombongan seorang Puteri Raja untuk dikahwin dengan Putera Raja yang lain, tetapi Sang Gedembai yang meminati dan ingin merperisterikan puteri tersebut marah lalu menyumpah kapal itu menjadi batu.

Pernah mengikut cerita orang tua-tua, masyarakat sekitar Gunong Keriang meminjam peralatan seperti pinggan mangkuk dan lain-lain peralatan untuk buat kenduri dari salah satu gua di situ. Namun ada orang yang tidak bertanggungjawab seperti tidak jujur atau tidak memulangkan peralatan yang dipinjam yang menyebabkan semua peralatan tersebut telah bertukar menjadi batu. Wallahu A’lam.

PULAU BUNTING DAN BRIDGE TO NOWHERE

Hujung Minggu Youtuber Tamtam ajak pergi buat shooting kat Daerah Yan. Perancangan kilat. So bertolaklah pada itu menuju ke Yan dan destinasi pertama ialah ke Pulau Bunting. Pulau Bunting ni lain tau dengan Pulau Dayang Bunting di Langkawi

Pulau ini adalah pulau paling ke utara sekali diantara pulau-pulau yang terdapat di pesisir pantai Yan dan satu-satunya pulau yang dihubungkan ke daratan dengan sebuah jambatan sepanjang 2.3 kilometer yang siap dibina pada tahun 2005 setelah dimulakan pada tahun 2002.

Jambatan Pulau Bunting pada Koordinat: 5°52′43.7″N 100°20′45.8″E / 5.878806°N 100.346056°E / 5.878806 mempunyai kelebaran 13 meter. Pada bahagian tengahnya terdapat  bahagian yang ditinggikan dari paras laut menggunakan kaedah arch cable-stayed  sepanjang 80 meter setinggi 30 meter dari paras permukaan laut. Jambatan ini di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan dibina oleh Gamuda Berhad.

Pulau Bunting masih belum berpenghuni sebab itulah pada ketika jambatan dibina media mengelarkannya sebagai Bridge to Nowhere.

Kini jambatan tersebut telah disambungkan ke laluan utama seperti Jalaranraya Persekutuan Route 1 yang juga disambungkan ke Lebuhraya PLUS.

Pihak yang berkenaan seperti Pejabat DUN Sungai Limau dan Majlis Daerah Yan mempunyai perancangan untuk membangunkan Pulau Bunting sebagai salah satu lagi produk pelancungan untuk Daerah Yan. Usaha telah bermula dengan satu program gotong royong yang telah dilaksanakan untuk membersihkan sampah-sampah yang ditinggalkan oleh pengunjung yang tidak bertanggungjawab.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Bunting ialah memancing, sukan rekreasi air, island hopping, mandi manda dan hiking menjelajah pulau.

Semoga dalam masa terdekat Pulau Bunting akan dapat dibangunkan sebagai sebuah destinasi Pelancungan Rekreasi untuk Daerah Yan khususnya dan Kedah amnya.

 

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: