Undang-undang Syariah Akan Dilaksana di Kedah

Saya copy paste makumat ini yang disebarkan melalui Whatsapps.

Memang ramai tidak akan senang dengan Undang-undang ini termasuk orang Islam sendiri. Kepada mereka ini kenalah muhasabah diri, hidup untuk manusia atau hidup kerana Allah. Undang-undang Allah sudah jelas, jadi jika mengaku Islam maka, patuhlah apa yang ditetapkan.

PENTING!!!
Tahniah Negeri Kedah
Setelah etika berpakaian dan penguatkuasaan di lakukan di Kelantan dan Trengganu,Johor & Perak kini Kedah menyusul pula dengan etika berpakaian dan penguatkuasaan solat Jumaat dan perniagaan pada hari Jumaat.
Moga negeri-negeri lain segera mengikuti peraturan sedemikian sebelum undang-undang Hudud sepenuhnya di laksanakan di Malaysia,.

PEMBERITAHUAN..
Assalamualaikum wbt.
Kepada rakan-rakan terutama wanita dari luar Kedah, harap ambil maklum bahawa Kerajaan Kedah telah menguatkuasakan satu arahan baru tatacara berpakaian bagi wanita.

Diharap jika tidak mahu dikenakan tindakan, elaklah dari berpakaian seksi dan menjolok mata kerana jika anda kurang bernasib baik anda akan ditahan oleh pihak Jabatan Agama dan Penguat kuasa serta diperintahkan untuk mendengar kaunseling dari jabatan agama (MAIDAM).

Kepada sahabat dari luar, arahan sudah bermula cuma masih belum diwartakan lagi.

Setiap kali tiba waktu solat jumaat, kedai makan atau apa-apa sahaja premis perniagaan yang berkenaan di arahkan tutup dari pukul 12.30 tgh hingga pukul 2.30 petang bagi memastikan kaum lelaki menunaikan solat Jumaat dan tidak melepak di kedai atau di tempat awam ketika waktu solat.

Mohon sebarkan.

..Tidak Memakai Tudung Denda Permulaan RM80.00
..Membonceng Lelaki & Perempuan bukan muhrim ..Perempuan RM 100.00 / Lelaki RM80.00
..Memakai Seluar Ketat RM120.00.

Undang-undang Kecil Agama Islam Negeri Kedah

KENAPA GST HARAM?

Ini merupakan artikal yang telah dipost dalam facebook hasil pandangan Zaharudin Muhammad. Saya petik sepenuhnya tulisan beliau.

KENAPA GST HARAM?
(Hujah kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dan YADIM).

Zaharudin Muhammad 15 November 2013.
Mukadimah

Artikel ini memberikan penjelasan kepada umum kenapa GST adalah haram dan tidak bertepatan dengan sistem ekonomi Islam. Pihak Jakim dan YADIM melaluli pengarahnya, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi telah menyebut bahawa GST adalah halal tanpa mengemukakan hujah yang kuat dan jelas. Di dalam syariat, hukum asal cukai adalah haram, maka pihak yang mendakwa halal mestilah mengemukakan hujah yang kuat bagi menunjukkan ianya halal dan harus. Maka pihak YADIM dan Majlis Fatwa bertanggungjawab mengemukakan dalil dan bukti harus mengambil wang orang ramai atas nama GST.

Ia tidak sama dengan hukum makanan, di mana hukum asalnya yang halal, maka pihak yang mendakwa haram bertanggungjawab mengemukakan dalil dan bukti haram.

Justeru, Islam mempunyai sistem cukainya yang tersendiri. Sumber kepada sistem percukaian Islam ialah al-Quran, Sunnah Rasulullah SAW, ijmak dan kias. Ia telah diturunkan bukan sahaja adil bagi manusia keseluruhan, tetapi ia juga merupakan sistem yang mengstabilkan ekonomi, khususnya keseimbangan antara kuasa modal dan kuasa beli rakyat sebagai penjana produktivi.

ASAS UKURAN KEHARUSAN CUKAI.

Sesuatu hukum dirujuk kepada hukum asal yang telah dinaskan oleh sumber al-Quran dan al-Hadis. Hukum asal berkaitan harta orang lain adalah haram diambil melainkan mempunyai sebab yang dibenarkan syariat. Ini berpandukan kepada firman Allah SWT, bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.”- (An-Nisa’: 29).

Di antara dalil yang lain ialah pesanan Rasulullah sewaktu Haji Wada’ (Haji Selamat Tinggal), antara lain nabi SAW berpesan, bermaksud:

“Wahai orang ramai, sesungguhnya orang yang beriman adalah saudara, tidak halal bagi seseorangpun (mengambil) harta saudaranya melainkan dengan kerelaannya.” – Riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis ini memaksudkan selain daripada zakat dan perkara-perkara yang dinaskan harus atau wajib diambil seperti zakat, yakni zakat bukan milik si pemunya harta bahkan ia adalah milik si fakir, miskin dan asnaf-asnafnya. Begitu juga tidak termasuk isteri atau anak dibawah tanggungannya kerana ia dianggap sebagai seakan-akan sekutu pemilikan. Adapun selainnya, maka ia adalah milik si pemunya dan tidak boleh diambil melainkan degan kerelaannya oleh sesiapapun termasuk kerajaan.
Dan sabda nabi SAW, Maksudnya:

“Apabila mereka melakukan demikian (Islam) maka darah dan harta mereka mereka adalah terpelihara melainkan (harta boleh diambil) dengan cara-cara yagn dibenarkan oleh Islam.” – Riwayat Bukhari.

Di dalam kitab Fathul Bari, Syarah Sahih Bukhari menyebut, zakat adalah salah satu cara pengambilan yang dibenarkan oleh Islam (sekalipun tuannya tidak merestuinya).

Ayat di atas menegaskan memakan harta orang lain adalah haram dan dikategorikan bentuk memakannya adalah batil. Ayat tersebut seterusnya menyenaraikan bentuk pengecualian yang mengharuskan mengambil harta orang, salah satunya ialah perniagaan.

Berdasarkan ayat ini, hukum asal memakan, mengambil dan memiliki harta orang lain tanpa sebab yang dibenarkan syariat adalah haram sehinggalah ada sebab dan dalil yang diharuskan syariat. Ia berbeza dengan hukum asal makanan, minuman dan bentuk muamalat, di mana hukum asal bagi semua perkara tersebut adalah harus kecuali ada tanda-tanda yang menunjukkan haram.

Justeru, apabila kita bertransaksi atau memakan sesuatu makanan yang tiada dalil dan bukti halal atau haram, maka hukum transaksi dan makanan itu adalah halal justeru merujuk kepada hukum asalnya yang harus. Tetapi berbeza dengan pengambilan harta atau wang milik orang, yakni hukum asalnya haram berdasarkan ayat di atas, kecuali ada dalil dan bukti halal. Justeru, apabila kita mengambil wang milik orang, jika tiada dalil dan bukti halal atau haram, maka hukumnya adalah haram justeru merujuk kepada hukum asalnya yang haram.

Sebagai contoh, kita boleh mengambil wang RM50,000 daripada Ahmad sebab kita jual kereta kepadanya. Sebab keharusan ialah jual beli (Al-Bai’). Kita boleh ambil wang daripada Ali sebanyak RM10,000 kerana kita membuat ubah suai rumahnya. Sebab keharusan ialah upah (ujrah). Kita boleh mengambil jam milik Ah Chong selepas kita membayarnya wang. Sebab keharusan ialah jual beli. Kita boleh mengambil wang daripada Abu kerana agihan keuntungan perniagaannya yang bermodalkan wang kita. Sebab keharusan ialah pelaburan (Mudharabah).

Apabila kita berjalan dan jumpa wang RM50,000, maka kita tidak boleh mengambilnya kerana tiada jual beli, tiada upahan kerja, tiada pengeluaran modal, tiada sebab-sebab yang membolehkan, maka hukumnya haram diambil dan RM50,000 tersebut dianggap sebagai harta laqatah (barang ciciran).

Maka hendaklah kita bertanya berkenaan GST, apakah sebab yagn membolehkan kerajaan mengambilnya daripada rakyat? Jika tiada sebab ‘sebenar’, maka hukumnya kembali kepada asal, iaitu haram dan termasuk di dalam kategori batil. begitu juga jika pemindahan hak berlaku dengan sebab, tetapi sebab itu tidak diiktiraf oleh Islam, maka ia juga adalah batil. Contohnya seperti pemenang judi yang mengambil bahagian pemain judi yang kalah, sekalipun judi adalah sebab pemindahan milik, tetapi ia tetap dikategorikan sebagai baatil kerana judi itu sekalipun sebab pengambilannya wujud, tetapi ia tidak diiktiraf oleh syarat.

ADAKAH HUKUM INI TERLAKSANA JUGA KE ATAS KERAJAAN KETIKA MENGAMBIL WANG DARIPADA POKET RAKYAT?

Selepas kita memahami bahawa hukum asal harta orang adalah haram kecuali dengan sebab yang dibenarkan syariat, maka persoalan keseterusnya adakah hukum ini terpakai atau terlaksana hanya ke atas individu dengan individu, manakala kerajaan terkecuali dengan dibolehkan ambil harta dan wang poket rakyat berhujahkan maslahah?

Di dalam mazhab ahlu sunnah wal jamaah, hukum ini bukan sahaja terlaksana antara individu dengan individu, tetapi ia juga terlaksana antara kerajaan dengan rakyat. Dalilnya cukup jelas daripada realiti berikut:

1. Pesanan nabi kepada Muaz bin Jabal sewaktu beliau diutuskan ke Yaman sebagai Gabenor. Baginda memberikan pesanan kepada beliau dengann kata-kata berbunyi: “Awasilah harta-harta suci yang dimiliki oleh orang Yaman”. Harta-harta suci yang dimaksudkan ialah harta yang dimiliki bukan bahagian zakat atau jizyah. Dalam riwayat Bukhari menyebut dengan lafaz: takutilah (daripada mengambil) harta-harta mereka yang suci.

2. Arahan Umar Abdul Aziz (Khalifah dari tahun 99H-101H) kepada semua gabenor supaya menghapuskan semua cukai kecuali ia mempunya nas daripada al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Cukai-cukai zalim ini telah dikenakan sebelum ini khususnya pada zaman Hajjaj Yusof At-Thaqafi yang terkenal dengan kezaliman pemerintahannya di Syam, Iraq, Mekah dan Madinah dari tahun 70H – 95H.

SEJARAH PENDIRIAN KHULAFA AR-RASYIDUN DAN CUKAI.

Di dalam kitab Al-Bidayah wa An-Nihayah karangan Imam Ibnu Kathir menceritakan, tatkala Saidina Umar Abdul Aziz menjadi Khalifah, beliau memerangani pemimpin-pemimpin zalim sebelumnya yang telah mengenakan pelbagai cukai kepada rakyat. Antara salsilah pemerintah sebelum ini yang sangat dibenci oleh Umar Abdul Aziz ialah Yazid bin Mahlab, iaitu ipar kepada Hajjaj bin Yusof As-Thaqafi. Yazid bin Mahlab telah ditangkap oleh Adi bin Arthoh dan menyifatkan Yazid dan keluarganya (Mahlab dan Hajjaj) sebagai: “Mereka adalah pemerintah kuku besi dan aku bencikan mereka”. Saidina Umar Abdul Aziz memerintahkan supaya Yazid dipenjarakan sehingga semua harta orang ramai yang dikutip sebelum ini dikembalikan semula. (Al-Bidayah: m/s666). Pernah anak kepada Yazid bernama Makhlad meminta kelonggaran hukuman untuk ayahnya Yazid, tetapi Umar bertegas menyatakan bahawa ia tidak akan meringankan hukuman sehingga Yazid menyerahkan semua harta rakyat.

Begitu juga Saidina Umar Abdul Aziz telah menghantar kepada Gabenor Khurasan Al-Jarah bin Al-Hukmi yang telah mengenakan cukai Jizyah ke atas non-muslim yang telah memeluk Islam dengan alasan mereka memeluk Islam kerana ingin lari daripada Jizyah. Saidina Umar Abdul Aziz memecat Gabenor tersebut dengan menulis, maksudnya:

“Sesunggunyanya Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai pendakwah bukan sebagai pengutip cukai.”

Di dalam satu riwayat yang lain, Saidina Umar juga memerangi Gabenor di Mesir yang telah mengenakan cukai pelabuhan dan mempertikaikan tindakan Umar Abdul Aziz untuk menghapuskan semua cukai yang tiada nas.

Itulah antara sebab menjadi ‘purchasing power’ rakyat pada zaman Umar Abdul Aziz meningkat, seterusnya memenuhi Baitul Mal. Kesannya tiada lagi penerima zakat dan pemberian selepas itu sehingga harta melimpah ruah. Velocity of Money terbaik berbanding sistem-sistem yang lain daripada Islam.

Itu antara contoh tindakan dan pendirian Khulafa ar-raasyidun yang diiktiraf oleh nabi sebagai ikutan (perbuatan mereka adalah hujah), tidak mengenakan cukai-cukai yang tidak dinaskan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Semua dalil di atas adalah berkait dengan kerajaan mengambil wang rakyat. Jika pengharaman memakan harta orang lain tanpa sebab hanya diharamkan ke atas individu dan bukan kerajaan, nescaya kisah di atas tidak akan timbul dalam sejarah.

Apabila kita meneliti pendapat yang mengharuskan pengambilan harta rakyat tanpa bersumberkan kepada nas, kita dapati mereka keliru antara pendapat ahlu sunnah wal jamaah dan syiah. Ya, sebahagian syiah membenarkan pemimpin-pemimpin mereka mengambil harta rakyat sekalipun tanpa sebab kerana fiqh mereka bersumberkan akidah bahawa Imam (pemimpin) adalah maksum. Berbeza dengan Ahlu Sunnah wal jamaah, yakni akidah kita pemimpin tidak maksum, maka pemimpin tidak boleh mengambill harta orang lain tanpa sebab dan berasaskan maslahah akal semata-mata tanpa dipandu oleh nas.

Tuntasnya, hujah maslahah seterusnya membolehkan pemimpin negara mengutip wang rakyat sesuka maslahah, maka itu adalah amalan dalam fiqh syiah, bukan fiqh sunni.

KENAPA KAEDAH FIQH SEPERTI KAEDAH MASLAHAH DAN LAIN-LAIN TIDAK BOLEH DIJADIKAN HUJAH DALAM ISU INI?

Antara hujah yang agak masyhur digunapakai oleh gologan yang membolehkan kutipan cukai sesuka hati ialah kaedah maslahah tertutamanya kaedah yang berbunyi (maksudnya):

“Tindakan pemimpin terhadap rakyat adalah berdasarkan maslahah.”

Golongan yang berhujahkan dengan kaedah ini melakukan kesilapan dari tiga sudut:

1. Dari segi mengguna pakai kaedah di tempat yang ada nas yang terang.

2. Kaedah bukan hujah, tetapi ia adalah garis panduan memahami nas dan hukum furu’. Oleh itu, kaedah hanya digunapakai ditempat yang tiada nas bukan ditempat yang berlawanan dengan nas.

3. Golongan yang mengguna pakai kaedah tadi bagi mengharuskan tindakan pemimpin mengutip cukai seolah-olah memahami bahawa kaedah tersebut bermaksud: ‘tindakan pemimpin negara semuanya adalah demi maslahah’ walhal sudut kaedah tersebut ialah tindakan pemimpin mestilah dipandu oleh maslahah, jika tidak, maka ia tidak boleh dilaksanakan.

ADAKAH DARURAT MEMBOLEHKAN CUKAI DIKUTIP?

Dari segi hukum, boleh dikatakan ijmak ulama terdahulu mengenakan cukai ke atas rakyat tanpa sebab yang dibenarkan syariat adalah haram. Persoalan yang tinggal ialah, adakah darurat boleh mengharuskan cukai dikutip?

Pertamanya, maksud difahami maksud dan makna darurat. Darurat bermaksud sesuatu yang tanpanya akan menyebabkan manusia hilang agama, nyawa, harta, akal dan keturunan. Jika tidak sampai ke tahap itu, maka ia bukan darurat membolehkan kutipan cukai yang haram. dengan maksud lain, jika setakat ingin menambahkan pendapatan negara, maka ia bukan darurat yang dimaksudkan syariat.

Jika kita perhatikan, kutipan GST bukan bagi menampung sesuatu keperluan darurat yang dimaksudkan oleh Syariat, bahkan ia lebih bersifat memenuhi dan menampung keperluan sistem konvensional, di mana sistem itu sendiri adalah bercanggah dengan Islam kerana bersifat ‘memusingkan harta sesama golongan kaya’.

Darurat yang di maksudkan syariat seperti negara yang sedang terdesak untuk dapatkan wang membeli senjata bagi mempertahankan negara yang sedang diserang oleh musuh seperti berlaku pertembungan antara Sultan Mamalik dengan Imam Nawawi untuk kenakan cukai ke atas rakyat justeru Mesir pada masa itu berada pada saat genting justeru hendak diserang oleh tentera Monggol yang tidak terkalah.

Dalam keadaan darurat perang beginipun masih lagi berlaku khilaf dalam kalangan ulama adakah cukai yang tidak bersumberkan nas boleh dikutip?

Al-Dhohhak dan lain-lain berpendapat, cukai tidak harus dikenakan dalam apa keadaan sekalipun, manakala imam Juwaini, Al-Ghazali dan lain-lain berpendapat harus mengenakan cukai bagi keperluan-keperluan tertentu (darurat).

Jika diperhatikan khilaf ini, ia sebenarnya khilaf dari sudut keadaan dan suasana, bukan khilaf dari sudut dalil dan nas. Khilaf ini kita dapat simpulkan bahawa, jika zakat dan sumber lain mencukupi, maka ulama bersepakat bahawa cukai tidak harus dikutip daripada rakyat. Khilaf hanya berlaku jika sistem cukai Islam sumber lain tidak mengcukupi untuk keperluan Negara.

Bagi pendapat yang menyatakan harus mengutip cukai darurat, mereka telah meletakkan syarat-syarat yang mengharuskan kutipan cukai. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

1.Negara mestilah berpegang teguh dengan ajaran Islam. Dalam erti kata lain, negara mestilah menjalankan sistem ekonomi Islam termasuk sistem percukaian Islam sepenuhnya seperti zakat sebagai sistem cukai utama Negara.

2.Hajat kepada percukaian hendaklah benar-benar berlaku.

3.Baitul Mal benar-benar telah kekeringan sehingga tidak dapat memenuhi hajat dan keperluan rakyat.

4.Meminimakan seboleh mungkin tekanan terhadap individu rakyat dengan cara-cara yang selain cukai. Oleh itu, sebelum mengutip cukai daripada rakyat, kerajaan disarankan supaya mengutip sumbangan ikhlas serta menggalakkan rakyat memberikan derma dalam menyelesaikan sesuatu keperluan sebelum cukai dikenakan.

5.Kutipan cukai hendaklah diputuskan hasil perbincangan golongan fuqaha dan profesional berkait dengan isu tertentu.

6.Cukai hendaklah dikenakan ke atas orang-orang yang kaya sahaja dan ia langsung tidak harus dikenakan ke atas orang-orang miskin.

7.Cukai hendaklah dalam bentuk sementara. Ia akan terhapus dengan hilangnya hajat dan keperluan. Cukai tidak boleh dikenakan secara berterusan dan dijadikan pendapatan utama berbanding zakat.

8.Wajib meraikan keadilan di dalam perwartaannya dan pemungutannya. Maka kadarnya hendaklah sekadar keperluan. Keperluan ini tidak boleh dijadikan alasan untuk mengutip cukai lebih daripada rakyat.

Sebahagian ulama seperti Imam Nawawi meletakkan syarat bahawa cukai apabila dikatakan darurat dan perlu, maka hendaklah terlebih dahulu ia dibayar oleh pemimpin tertinggi, jika tidak cukup maka ia baru diturunkan ke bawah dan ke bawah, tetapi tidak boleh sampai dikutip daripada golongan miskin. Beliau berkata kepada Sultan Zaher Bebrus: “Aku tahu bahawa engkau dulunya seorang hamba kepada Gabenor di Bendaqar dan engkau tiada harta satu pun. Kemudian Allah memberi peluang kepada engkau dengan diberikan pangkat raja. Aku dengar engkau mempunyai seramai 1,000 hamba dan setiap hamba tali pengikat kuda disaluti emas. Engkau ada 200 hamba perempuan dan setiap seorangnya ada emas. Apabila engkau keluarkan semua itu (sebagai pembayaran cukai) sehingga hamba-hamba engkau memiliki baju daripada kapas biasa berbanding memiliki perhiasan emas seperti sekarang, maka baru aku fatwakan engkau harus mengambil cukai daripada orang ramai.” – Al-Bidayah Wa An-Nihayah.

KESIMPULAN DAN PENUTUP:

Dari sini kita dapat simpulkan hukum cukai moden adalah haram menurut Islam berdasarkan sebab-sebab yang dinyatakan di atas. Sebagai seorang muslim (sama ada dalam bentuk individu atau kerajaan) tidak sepatutnya mengambil harta orang lain melainkan tempat-tempat dan keadaan yang dibenarkan oleh Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh nas dan dalil-dalil syarak.

Cara ini adalah cara-cara sistem ekonomi yang sama sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Khulafa Ar-Raasyidin seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Osman dan Saidina Ali, di samping cara Saidina Umar Abdul Aziz di atas.

Hari ini ada pemimpin yang cuba menonjolkan mereka juga adil seperti Khalifah Umar Abdul Aziz. Persoalanya, adakah mereka memahami bagaimana cara pemerintahan beliau? Sebagaimana pepatah arab menyebut: “Kamu mahukan kejayaan sedangkan kamu tidak melalui jalannya. Sesungguhnya kapal tidak akan berjalan di atas daratan.”

Bermaksud, jika anda mengkagumi keadilan Umar Abdul Aziz dan gah dengan Baitulmalnya melimpah ruah. Kemudiannya anda melaksanakan cara yang bukan ekonomi Islam yang

telah ditelusuri oleh Saidina Umar Abdul Aziz, maka mustahil keadilan yagn sama akan terlaksana.

– Zaharudin Muhamamad.

Namun haram ke tak, ia tetap akan dilaksanakan. Hukum kepada pelaksana?…………….

Al Fatihah Buat TGNA

Posting ini walaupun sudah dianggap ketinggalan, tetapi saya tetap juga merakamkannya di sini sebagai mengenang Allahyarham. Photo ini saya perolehi dari Facebook Saya Anak Melaka.

Al Fatihah kepada Tok Guru Nik Aziz dan Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham

fatihah1

Kredit Imej 

keTGnA Nik Aziz

Maulidur Rasul 1436

12 Rabiulawal tahun ini jatuh pada 3 Januari2015 dan sudah pastiya cuti umum untuk seluruh negara.

Grafik dari internet
Grafik dari internetTahun ini tema sambutan ialah Perpaduan Nadi Transformasi Negara.

Pastinya berbagai tempat di seluruh negara diadakan berbagai bentuk sambutan khususnya perarakan sambil berselawat.

Namn apa yang penting mengingati Nabi Muhammad S.A.W bukan aktiviti bermusim tetapi amalan yang menjadi tabiat. Kita perlu ingat Nabi setiap masa seperti mana kita ingat pada Allah setiap detik. Jika Allah tempat kita memohon keampunan dan perlindungan di kala susah, Nabi Muhammad ialah tempat kita memohon syufaat ketika di Mahsyar kelak. Oleh itu bagiamana kita hendak memohon pertolongan dari Baginda jika di dunia pun kita tidak pernah mengingatinya.

Bukan susah sangat nak memperingati Baginda, Bila-bila masa kita boleh selawat ke atas Baginda.

Satu lagi cara untuk mengingati Baginda ialah dengan mengikut sunnahnya. Apabila cakap pasal mengikut Sunnah Rasl ni, ramai juga orang akan bercakap sinis tentangnya. Namun jika azam kita cukup kuat untuk mengharapkan syufaatnya di akhirat, akan tetap berusaha melakukannya dengan istiqamah.

Nak ikut Sunnah pun bukan susah sangat. Ikut sahaja mana yang kita mampu dan perlahan-lahan tambahkan.

JOM…………………..kita bersalawat……

Selamat Menyambut Aidil Adha

Selamat menyambut Hari Raya Aidul Adha kepada semua umat Islam di mana sahaja berada. Kepada mereka yang membuat ibadah Qurban selamat berkorban kerana Allah telah memberikan rezeki kepada anda untuk melakukan ibadah tersebut. Yang tak buat Qurban tu tolong-tolonglah melapah daging ye, dapat juga pahala sikit-sikit daripada tak dapat langsung.

Kalau tahun sebelum ini waktu ini aku dan keluarga mungkin sedang berada di atas lebuhraya dalam perjalanan balik kampung. Kali ini tidak ada lagi balik kampung kerana aku sudah berpindah balik kampung. Tidak perlu lagi fikir bila masa nak bertolak balik dan menghabiskan masa di jalanraya dan lebuhraya.

Kepada mereka yang masih perlu berulang alik antara tempat kerja ke kampung, semoga selamat di perjalanan dan berhati-hati di jalanraya.

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA

putrajaya (20) 900x600

Sedapnya Bacaan Al Quran Hufaz Yang Terpenjara

Mula tu nak buat posting pasal MH17 di mana salah seorang crew tu bekas atlet aku semasa di Kedah dulu. Semasa scroll kat Facebook untuk mendapat maklumat, terjumpa kembali satu psting tentang Mohammad Jamaluddin, seorang hafiz Al Quran 30 Juz. Beliau kini ditahan kerana tidak memilikki dokumen sah.

Mohammad Jamaluddin, mengikut penerangan dalam posting itu berasal dari Burma tetapi pasportnya sudah lama tamat tempoh. Mengikut posting itu lagi, beliau dikenali ramai di Kelantan kerana sering menjadi Imam. Beliau juga pernah menjadi pelajar di Mesjid Jamek Seri Petaling, Kuala Lumpur. Mesjid tersebut adalah sebuah Ma’ahad yang melahirkan ramai hufaz bukan sahaja anak-anak tempatan tetapi juga dari luar negara. Bagi masyarakat Seri Petaling ia lebih dikenali sebagai Mesjid Tabligh kerana merupakan pusat perhimpunan jemaah Tabligh terbesar di Malaysia.

Saya tidak tahu bagaimana hendak muat naik video clip tersebut tetapi saya berikan LINK POST itu yang dimuatnik oleh Pen Merah [dot] Com.

mohamad jamaludin

Tidak pernah saya mengulang menonton dan mendengar video clip dalam Facebook berulang kali tetapi yang ini saya tidak pasti berapa kali saya ulang. Merdu dan sedap sungguh bacaannya dan apabila memandangkan beliau membacanya dalam tahanan, itu yang membuatkan terasa sebak dan bergenang air mata saya. Apa lagi membaca komen-komen yang positif dan ramai yang ingin membantu untuk mencari jalan bagaimana untuk membebaskan beliau mengikut lunas undang-undang.

Apa yang lebih mengharukan ialah pembaca bukan Islam pun turut bersimpati dengan adik Muhammad Jamaluddin seperti ini:

AngeL BeaR Hopefully someone can help him out. not all illegal immigrants coming here are bad people..but it’s sad that the good ones always in trouble while the troublemakers let loose 

Eric Mok Walaupun i bukan beragama islam tapi i trrharu dan merasa sedih terhadap kajadiannya… I turut berdoa untuk nya…

Ada juga peguam yang menawarkan diri untuk memberikan khidmat guaman jika diperlukan:

Azlan Abdul Razak Kalau dia takda peguam, minta sapa2 yang kenal dia hubungi saya, insyaAllah saya atau rakan rakan peguam yang lain boleh fikirkan cara yang sesuai utk bantu dia. 

Dalam posting itu, video yang beliau baca ialah Surah Qalam Ayat 10-16. 

ApEk JiJie Zyzam saya copy paste dari seseorang tentang surah ini…Mari Kita Faham Ayat Yang Di Baca Adik Ini … 

Tadabbur Quran : Surah Al Qalam ayat 10 – 16 – Al Quran menyifati manusia dengan sembilan sifat tercela antaranya

1) Pertama, Hallaf iaitu banyak bersumpah. Tidak ada yang banyak bersumpah kecuali orang yang tidak jujur,

2) Kedua, mahiin, iaitu Hina. Tidak menghormati dirinya. Masyarakat pun tidak menghormati perkataannya.

3) Ketiga, Hammaz, iaitu, Banyak Mencela. Yang suka mencela dan mencaci manusia dengan perkataan dan isyarat, baik di hadapan yang bersangkutan maupun di belakangnya.

4) Keempat, Masysyaa-in bi namiim iaitu kesana kemari menghambur fitnah. Berjalan kesana kemari di antara manusia dengan menyampaikan hal-hal yang merusak hati mereka, memutuskan hubungan di antara mereka, dan menghilangkan kasih sayang sesama mereka.

5) Kelima, manna’in lil khairi, iaitu Sangat enggan berbuat Baik. Enggan berbuat baik terhadap dirinya sendiri dan orang lain.

6) Keenam, mu’tadin, iaitu melampaui batas. Melampaui batas kebenaran dan keadilan secara mutlak. Kemudian dia juga melampaui batas terhadap Nabi saw dan terhadap kaum muslimin.

7) Ketujuh, atsii, iaitu Banyak Dosa. Suka melakukan kemaksiatan-kemaksiatan.

8) Kelapan, ‘utull, iaitu Selain itu semua, dia juga kaku dan kasar.

9) Kesembilan, zaniim, iaitu terkenal kejahatannya. Ini adalah penutup sifat-sifat tercela dan dibenci yang terhimpun pada setiap musuh Islam. Tidak ada yang memusuhi Islam dan terus memusuhinya kecuali manusia-manusia yang bersifat tercela seperti ini.

Terima kasih

Now Cadbury Is Halal Again

Its HALAL. Thats the latest development about the status of two Cadbury products that has been a hot discussion topics among Muslims in Malaysia. The issue surfaced when Ministry of Health discovered that there are traces of porcine in the product and the news spread on social media.

Latest development JAKIM confirmed that Cadbury is Halal. Even with that confirmation, I will still avoid.

I reserve my decision whether its halal or not since there is still the sense of doubt. In Islam if you doubt the status of food whether its halal or not then take the safer option, avoid it.

This screen capture was posted on facebook. What do you think? The U Turn is to save the cronies?

10441295_670700176312881_2977114889332365441_n