TUANKU SULTAN KEDAH MASIH SIHAT

Bermula dari surat inilah ada pembaca yang pandai-pandai menambah dan sebarkan yang Tuanku Sultan Kedah sedang gering. Sememangnya setiap rakyat negeri Kedah akan rasa sedih dan dukacita jika DYMM Sultan mereka tidak sihat.

WhatsApp Image 2017-04-07 at 12.17.16 AM

Salinan surat dan tulisan tambahan salah tafsir oleh individu yang menjadi viral di media sosial tersebar luas sehingga menyebabkan Ketua Setiausaha Sulit Tuanku Sultan terpaksa mengeluarkan kenyataan memberikan penjelasan keadaan sebenar Tuanku.

BERNAMA Sutltan Kedah

Atas: screencopy berita BERNAMA

Surat yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah hanya meminta imam-imam Masjid di seluruh negeri Kedah mengadakan solat hajat selepas selesai solat Jumaat bagi memohon Allah berikan kesejahteraan dan kesihatan kepada Tuanku. Tidak langsung disebut bahawa Baginda dalam keadaan gering. Individu yang mula menyebarkan berita tersebut telah salah tafsir kerana mungkin tiba-tiba ada permintaan seperti itu.

Seluruh rakyat Negeri Kedah sentiasa mendoakan Baginda berada dalam keadaan sihat dan sejahtera kerana Baginda adalah Sultan kesayangan rakyat.

Fuh!! fuh!! fuh!!

Bukan apa nak buang habuk.

#YouCanDuit nak galakkan masyarakat negara ini mencari pendapatan tambahan diera IT dan ICT.

IMG-20170330-WA0045d

#YouCanDuit bukan sekadar nak galak rakyat, khususnya orang Melayu, cari DUIT tetapi faksafah di sebaliknya (pada pandangan saya) ialah “Killing Two Birds With One Stone” Ceh!!!! kena minta izin kan?

Mengapa saya kata begitu? Pertama membuka peluang kepada rakyat, khususnya orang Melayu cari “duit poket” tambahan. Kedua “memaksa” rakyat tanpa mengira usia untuk mengenali, mempelajari dan menggunakan IT/ICT.

Di zaman mendatang, IT/ICT akan menjadi satu perkara yang wajib diketahui oleh setiap orang. Malah sekarang pun semakin banyak aktiviti harian dah menggunakan teknologi IT/ICT.

Jika rakyat tidak mula berjinak dengan IT/ICT dari sekarang, bila lagi?

Kita dah nampak, Atuk, Nenek, Opah, Wan kita semakin ramai dah pandai menggunakan telefon bimbit. Ini satu kemajuan peribadi bagi mereka kerana mahu tidak mahu kena ikut arus perkembangan teknologi. Sama jugalah dengan teknologi komputer ni. Akan tiba satu hari, jika usia dunia panjang, semua aktiviti harian menggunakan hujung jari untuk berfungsi.

#YouCanDuit adalah inisiatif #MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation) anak syarikat di bawah #MCMC untuk menjana transformasi ekonomi digital untuk rakyat.

Pada 1 dan 2 April 2017 #MDEC telah mengadakan satu karnival #YouCanDuit bertempat di Dewan Seri Mentalon, Alor Setar dan dihadiri oleh ribuan rakyat dari segenap lapisan untuk mengetahui apa itu #YouCanDuit.

IMG-20170329-WA0038

Karnival dua hari diisi dengan penerangan-penerangan untuk mengalakkan rakyat tentang cara-cara menjana pendapatan tambahan menggunakan platform PERCUMA yang disediakan oleh #MDEC iaitu #eRezeki dan #eUsahawan. eReseki untuk menjana pendapatan sampingan sementara eUsahawan untuk mentransformasikan usahawan-usahawan offline kepada usahawan online sejajar dengan perkembangan dan kemajuan teknologi eCommerce kini dan masa akan datang.

P_20170401_101007_BF

Kehangatan karnival #YouCanDuit diserikan dengan penampilan beberapa artis yang berjaya dalam bidang keusahawanan iaitu Datuk Rosyam Nor, Mok Cun (Erma Fatimah), Rozita Che Wan dan Fizo Omar.

Jika anda baru mengetahui tentang program ini setelah terjumpa blog ini, masih boleh daftarkan saja online di  eRezeki dan eUsahawan. Kerajaan berkehendakan seberapa rmai mungkin rakyat Malaysia menyertainya kerana peluang mencari pendapatan tambahan terbuka luas bagi mereka.

 

FIESTA BERENDOI BALING

Pada tahun 2014 saya telah berkesempatan untuk bersama rombongan FAM Trip Tourism Malaysia ke Negeri Sembilan dan menyaksi satu adat yang berkaitan dengan keagamaan dalam Masyarakat Melayu iaitu mencukur jambul bagi bayi yang baru dilahirkan.

Tahun 2016 saya dapat menyaksikan pula Berendoi adalah merupakan antara budaya Melayu yang semakin ditinggalkan oleh masyarakat atas beberapa sebab.

Berendoi berasal dari perkataan “endoi” yang merupakan buaian yang digunakan untuk menidurkan bayi atau kanak-kanak.

Menurut Wikipedia, berendoi diktakan berasal dari negeri Perlis di sekitar tahun 1930an dan ianya berkembang sehingga ke Kedah memandangkan kedua-dua negeri itu berjiranan. 

Peralatan untuk endoi ialah buaian yang digantung di tengah-tengah rumah, satu jag air dan juga sirih pinang yang diletakkan di dalam tepak sireh. Upacara berendoi ini boleh diadakan pada siang atau malam hari.

Satu kumpulan endoi biasanya berjumlah empat atau lebih. Upacara berendoi akan dimulakan dengan bacaan Maulud dan lagu yang didendangkan ialah Selawat Nabi sebelum diikuti dengan lagu-lagu lain. Isi lagu-lagu berendoi berupa puji-pujian kepada nabi dan juga nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa. Jumlah lagu yang didendangkan pada setiap kali persembahan bergantung pada kehendak tuan rumah.

Untuk pakaian persembahan, selalunya kaum lelaki memakai baju Melayu, bersongkok putih atau berserban dan berkain. Jika kumpulan berendoi itu terdiri daripada kaum wanita sahaja, maka pakaiannya adalah seperti mana yang lazim dipakai oleh wanita hari ini, iaitu berbaju kurung dan bertudung. Berendoi berfungsi alat hiburan dan pengajaran serta nasihat supaya anak mendengar nasihat ibu bapa. Nasihat bercorak agama disampaikan melalui lagu-lagu Nabi Muhammad dan Rukun Islam yang menceritakan sejarah nabi dan kehidupan nabi.

Setengah ibu bapa mengadakan upacara berendoi ini bersama-sama dengan acara aqiqah dan cukur jambul.

Sempena Hari Ibu 2016, Pergerakan Puteri UMNO Baling telah menganjurkan satu Fiesta Berendoi dan Sambutan Hari Ibu di Dewan Kenangan Baling, Kedah. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Pelancungan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermeiyati bt Samsudin.

Berendoi

Seramai lebih daripada 100 orang bayi dari seluruh Daerah Baling telah dikumpulkan dan dirai dalam Fiesta tersebut.

Semasa Fiesta Berendoi tersebut selain dari berendoi beramai-ramai, juga diadakan pertandingan menghias pulut kuning untuk kaum ibu. Pulut kuning juga adalah salah sajian istimewa bagi orang-orang Melayu khususnya ketika ada acara yang berkaitan dengan adat istiadat.

Pulut kuning  dimasak dengan sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna dan biasanya ia dimakan dengan gulai ayam, atau daging pada hari-hari istimewa, seperti hari perkahwinan, dan lain-lain keramaian.

Pada suatu masa dahulu, ia merupakan kemestian bagi upacara menyembah acak, tetapi kini tidak dilakukan lagi.

pulut kuning

Memandangkan sambutan yang diberikan oleh masyarakat sekitar Baling, acara seperti Fiesta Berendoi ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu produk tarikan pelancung ke Daerah Baling. Ia bolehlah digandingkan dengan populariti Kolam Air Panas Ulu Legong di mana terdapat banyak homestay di situ. Mengikut YDP Majlis Daerah Baling, hasil daripada tiket masuk ke Kolam Air Panas Ulu Legong itu sahaja dapat mengatasi hasil cukai pintu yang dibayar oleh penduduk daerah tersebut.

Jika ianya dirancang dan dimasukkan ke dalam kalendar pelancungan, besar kemungkinan bukan sahaja menambahkan produk pelancungan malah dapat mengekalkan budaya Melayu yang semakin ditinggalkan ini.

 

LAFAZ NIAT PUASA

Post ini sengaja nak kumpul lafaz niat untuk berbagai jenis puasa. Harap mendapat teguran jika ada yang silap, kurang dan ketinggalan. Adalah dimaklumkan semua lafaz niat ini saya kumpul berdasarkan jumpaan dalam Google Search dan bukan ciptaan saya sendiri.

Post ini juga bukan bertujuan nak dapatkan trafik dan ranking tetapi hanya untuk memudahkan merujuk di kemudian hari dan saya akan update dari semasa ke semasa.

Screen Shot 2012-08-22 at 8.18.27 AM

NIAT PUASA RAMADHAN

niat-puasa-sebulan-dan-esok-hari1

NIAT PUASA ENAM 

Puasa enam boleh dilakukan sebanyak 6 hari dalam bulan Syawal dan tidak semestinya berturut-turut. Seseorang yang berpuasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal selepas berpuasa dalam bulan Ramadhan seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.

puasa-enam

puasa enam syawal

niat puasa enam

NIAT PUASA HARI ISNIN DAN KHAMIS

NIAT PUASA senin-kamis

NIAT PUASA HARI ARAFAH

puasa Arafah

NIAT PUASA HARI ARAFAH

NIAT PUASA HARI TASU’A (HARI KE9 MUHARRAM)

Puasa-Asyura-IDC

niat-puasa-hari-tasu_a HARI KE 9 MUHARRAM

NIAT SOLAT AIDIL FITRI

niat-solat-sunat-aidil-fitri-rumi

 

Pelancungan Di Baling

Baling bukan hanya sekadar sebuah pekan kecil berhampiran sempadan Kedah-Perak dan Thailand tetapi pekan ini menyimpan satu sejarah yang harus diingati oleh generasi sekarang dan akan datang. Perjanjian Baling, yang dadakan pada 28-29 Disember 1955 itu, di mana pihak kerajaan Persekutuan Tanah Malayu yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra mengadakan Perundingan Damai dengan Parti Komunis Malaya, diketuai oleh Chin Peng untuk pihak PKM meletakkan senjata dan menyerah kalah. Perjanjian itu diadakan di Baling English School yang sekarang ialah Sekolah Kebangsaan Tunku Putra Baling.

 

Kini lokasi perjanjian itu di Sekolah Kebangsaan Tunku Putra dijadikan sebagai salah satu lokasi pelancungan yang perlu dilawati apabila sampai ke Baling.

Saya share satu posting You Tube untuk tontonan anda

Saya menulis posting ini setelah bersama-sama dengan Tourism Kedah yang telah mengatur satu lawatan media tetapi kemudiannya tepaksa dipinda jadual atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.  Walau bagimana pun untuk mengetahui tentang tempat-tempat pelancungan yang terdapat di Daerah Baling anda boleh membaca blog blog sahabat media saya Ruggedmom .

Lawatan Media oleh Tourism Malaysia Kedah adalah bersempena Fiesta Berendoi dan Sambutan Hari Ibu Daerah Baling yang diadakan di Dewan Kenangan Tun Abdul Razak, Baling.

Kami bertolak dari perkarangan pejabat Tourism Kedah di Alor Setar, pada sebelah petang 30 Mei 2016 dan tiba di Baling lebih kurang dua jam kemudian dan terus ke Ulu Legong Hotsprings 

Sewaktu di Ulu Legong Hotsprings Timbalan Menteri Pelancungan dan Kebudayaan Malaysia, YB Datuk Mas Emeiyati bt Samsudin telah diberi taklimat oleh  Tuan Pegawai Daerah merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Baling Y.H Dato’ Dzohir Bin Md. Zain   tentang perancangan pembangunan pelancungan di daerah tersebut oleh Majlis Daerah Baling.

Ulu Legong Hot Springs MDB

NID:SIZE:743K
Bawah : Kadar Bayaran masuk ke Ulu Legong Hotsprings.

NID:SIZE:1.02M

Ulu Legong hotsprings ni biasanya dikunjungi ramai pada waktu malam dan ada juga yang membawa portable tent mungkin utuk overnight. Erm, siapa nak mandi dalam air panas di bawah terik matahari kan?

Tuan YDP telah menerangkan secara panjang lebar akan perancangan untuk memajukan Daerah tersebut dalam bidang pelancungan. Satu-satunya produk pelancungan yang tidak terdapat di negeri lain di Malaysia ialah Terowong Komunis yang dibina semasa zaman darurat dan boleh menembusi sehingga 2 kilometer ke dalam negeri Thailand. Beliau merancang untuk menjadikan terowong tersebut sepertimana terowong komunis yang terdapat di Vietnam yang menjadi salah satu tempat tumpuan pelancung. Produk ini diletak di bawah Military Tourism.

terowong komunis baling
Foto ini diambil dari Facebook Kupang Baling Kedah

terowong komunis MDB

Terowong Komunis tersebut akan digandingkan juga dengan satu lagi kawasan prospek pelancungan iaitu Gua Jepun. 13001095_1691375287792620_6269089896107460009_n gua Jepun MDB

Kredit: Gambar di atas dipetik dari Laman Web Majlis Daerah Baling memandangkan perancangan kami untuk ke lokasi telah dibatalkan di saat-saat akhir.

Explorasi Gua Gunung Keriang

Aku tidak sangka akan melalui satu pengalaman menjelajah gua yang sebenarnya kerana pada mula sangka akan mendaki Gunung Keriang hingga ke puncak. Menjelajah gua yang aku ikuti ini bukanlah berjalan meniti laluan yang dibina khusus untuk pengunjung seperti apa yang terdapat di Gua Kelam, Perlis atau lain-lain gua yang dibangunkan oleh pihak berkuasa sebagai tarikan pelancung. Apa yang aku lalui ialah meneroka ke dalam gua yang gelap gelita walaupun ianya adalah laluan peneroka yang lepas.

Gunung Keriang adalah merupakan sebuah bukit batu kapur yang terletak lebih kurang 7 kilometer dari bandaraya Alor Setar. Gunung ini mempunyai lagenda tersendiri kerana dikatakan menjadi batu setelah disumpah oleh Sang Gedembai. Ceritanya Gunung ini asal sebuah kapal yang sedang belayar dan di dalamnya ada seorang puteri yang jelita. Sang Gedembai berkenan dengan puteri berkenaan dan meminta untuk mengahwininy tetapi ditolak. Marah dengan penolakan itu dia menyumpah kapal itu dengan isinya menjadi batu.

Keyakinan penduduk sekitar bahawa asal Gunung Keriang adalah sebuah kapal yang terkena sumpah ialah adanya tempat-tempat yang menyerupai bahagian dalam kapal. Salah satunya ialah di Gua Buaya dan Dataran Buaya. Berada di Dataran tersebut rasa seolah-olah berada di atas dek kapal dengan ngin segar dan dingin menyapa.

Kami diberitahu bahawa Dataran Buaya itu mungkin sebuah ruang balai yang di huni oleh Puteri. Lanskap di Dataran Buaya itu sememangnya nampak bagiakan berada di balai rong kerana satu ruang persada yang tinggi dan dindingnya bagikan diselimut oleh tabir dari kain jarang seperti mana-mana hiasan persada di Balai Rong.

Angin yang meniup begitu dingin dan terasa segar. Mengikut ceritanya bertentangan dengan persada itu terdapat ruang yang dikatakan sebagai dapur dan di kawasa situlah dahulu masyarakat sekitar Gunung Keriang sering meminjam pinggan mangkok dan peralatan jika hendak buat kenduri. Kini semua itu tinggal kenanagan kerana dipercayai ramai yang melanggar pantang larang ketika meminjam peraltan-peralatan berkenaan.

Kami berhenti berehat di Dataran Buaya tersebut untuk mengisi perut dengan bekalan Nasi Lemak yang di bawa.

Selepas itu kami meneroka lagi ke beberapa gua shinggalah akhirnya keluar melalui pintu selatan di mana Kerajaan Negeri Kedah telah membina laluan-lauan bertiti untuk memudahkan pelancung menikmati keindahan Gua Gunung Keriang. Pelancung doleh naik menggunakan lif setinggi 8 tingkat untuk ke pintu gua. Semuanya sudha siap tetapi sayang, ia menjadi gajah putih dan terbengkalai begitu sahaja. Segala infrastruktur yang dah siap dan menanti pengunjung sahaja tetapi terbengkalai.

Penerokaan ke dalam Gua Gunung Keriang begitu mencabar tetapi hasilnya menyeronokkan. Masa tidak mengisinkan kami untuk meneroka lebih jauh lagi dan aku berasam untuk datang semula. Masih banyak gua yang belum dimasuki. Posting ini saya juga buat dalam blog Bahasa Inggeris saya mykembara

Gua Gunung Keriang South Gua Gunung Keriang

Gua Gunung Keriang Abandoned

 

 

 

Tak Habis-habis Masalah Pos Laju

Pernah DS Samy Velu cakap dalam Parlimen tentang Pos Laju,

“Esok pos Hari ini sudah sampai”

Dulu pernah hantar satu consignment dari Jitra kepada anak di Subang Jaya, Baca betul-betul SUBANG JAYA bukannya LONG PASIA atau LONG BANGA di Pedalaman Sarawak tu. Satu minggu baru sampai. Bila barang sampai semua isi sudah hancur menjadi sampah. Memang teruk betul.

Kali ini pasal beli satu barangan secara online. Lokasi penjual itu pun bukan di LONG PASIA atau BA’KELALAN tapi BALAKONG dekat KL saja. Dan aku duduk di Bandar JITRA, yang PPL Pos Laju hanya 1km dari rumah.

Buatlah tracking untuk mengesan di mana sudah barangan yang di hantar itu berada. Lihat print screen di bawah. Ambil perhatian pada kotak hitam (bukan mengesan mengapa MH370 hilang)

Item sampai PPL Jitra 9.59 pagi. 7.08 minit petang hari yang sama ia dihantar balik ke Balakong.

POS LAJU

Sepatutnya item itu dihantar kepada penerima, jika penerima tidak ada di rumah mungkin cuba buat penghantaran kedua pada hari berikutnya, Setidak-tidaknya berikan notis untuk collect item di PPL seperti selalunya dalam tempoh 7 hari. Ini tidak tk sampai 12 jam item dah dihantar balik semula kepada pejabat asal. Tak kah banggang punya kerja mcm tu.

Bagaimanalah jika item itu sesuatu yang amat mustahak dan perlu diperolehi dengan segera? Sekarang proses penghantaran semula item tersebut akan berulang dan mengambil masa 3-4 hari lagi.

Dengan perkhidmatan yang teruk itu pun masih ada hati nak dakwa National Courier. Rasanya Mangement Pos Laju ni kena pergi berkursus dengan DHL, Fedex atau pun Ta Q Bin yang lagi efisyen dari Pos Laju. Malah Mat Despatch pun lagi efisyen.

 

 

 

 

 

Vape & Shisha : Haram Di Kedah

Sebelum ini Kedah telah pun mengisytiharkan Ketum Haram. Ini kerana ketum, walaupun telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Ketum diharamkan kerana menimbulkan kesan ketagihan dan penyingkiran (withdrawal). Baca Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah.

Kini Vape yang menjadi isu mutakhir juga dikategorikan sebagai haram di Kedah. Shisha juga difatwa sebagai haram di Kedah. BACA.

Vape

Walaupun telah difatwakan sebgai haram namum memang masih ramai yang akan terus menggunakannya sama seperti rokok yang telah difatwakan sebagai haram.

Saya suka membaca komen Sdr Peter Zammy dalam post yang berkaitan di Facebook. Berikut saya copy apa yang beliau tulis:

Ada 2 istilah “haram” yg kita kena faham.
1. Haram dari sisi agama islam.
2. Haram dari sisi undang2 pemerintah.

Contoh haram dari sisi agama islam.
— Haram disisi agama bermaksud melakukan sesuatu perbuatan yg mengundang dosa. Meninggalknnya dpt pahala.

Contoh haram dari sisi undang2 pemerintah.
— Haram disisi undang2 bermaksud melakukan sesuatu perbuatan yg ditakrifkn sebagai jenayah oleh kerajaan dan boleh diambil tindakan undang2.

***Kedua2 perkara ni mungkin boleh berkaitan dan mungkin tidak.

Contoh haram disisi agama tetapi halal disisi undang2 kerajaan.

1. Rokok dan arak difatwakan haram oleh majlis fatwa kebangsaan, jadi jika pelaku tersebut ialah orang islam, maka dia berdosa.
– (Fatwa Kebangsaan 1984-arak)
– (Fatwa Kebangsaan 1995-rokok)

2. Rokok dan arak dikira halal disisi kerajaan yg membolehkan ia dijual dlm negara dgn cukai. sesiapa yg menghisap dan meminumnya tidak akan diambil tindakan undang2.( kecuali mabuk ketika memandu)

Contoh haram disisi agama dan haram disisi undang2 pemerintah.

1. Dadah telah difatwakan haram utk digunakan (selain tujuan perubatan) atau diedarkn oleh majlis fatwa kebangsaan, jadi jika pelaku tersebut ialah orang islam, maka dia berdosa.
(Fatwa Kebangsaan 1982-dadah)

2. Dadah diwartakan haram utk dihisap atau diedarkn oleh kerajaan, jadi pelaku perbuatan tersebut dianggap jenayah dan boleh diambil tindakan undang2.

Kesimpulan,
1. Fatwa yg dikeluarkn oleh majlis fatwa kebangsaan adalah hanya sebagai panduan kepada umat islam.
2. Penguatkuasaan undang2 dlm kerajaan pemerintah bukan dlm bidang jabatan agama islam negeri atau kebangsaan.
3. Sekarang ni anda tau kenapa karpal singh kata negara ni adalah sekular bkny islam khasny konteks undang2 kerajaan.

Jadi terpulanglah kepada perokok dan pengemar shisa dan vape kerana ia tidak lagi dikategorikan sebagai haram yang sama statusnya dengan penyalahgunaan dadah.

Sememangnya akan kedengaran komen-komen, “banyak lagi benda yang haram masih dilakukan oleh orang Islam kenapa tak heboh pun?”.

Apa-apa pun kita dengar dulu lagu ini

dan yang ini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2016 – Tahun Cuti Hujung Minggu Yang Panjang

Apabila mendengar cuti hujung minggu yang panjang sudah pasti ramai pekerja, khususnya di sektor swasta akan sambut dengan gembira. Bagi pihak persendirian pula tentu sebahagian besar tidak dapat menikmati cuti panjang yang sama seperti yang dinikmati oleh pekerja awam. Maklumlah bagi perniagaan, setiap hari adalah mempengaruhi untung rugi syarikatnya.

Says telah membuat satu rumusan cuti hujung minggu yang panjang bagi tahu 2016 dan saya hendak kongsikan nya di sini.

cuti panjang 2016

Sementara itu bagi setengah-setengah negeri berikut cuti hujung minggu yang panjang adalah seperti berikut:

cuti 20161

Sementara menunggu habisnya tahun 2015, anda ada masa yang banyak untuk merancang program sendiri mahupun bersama keluarga untuk tahun 2016.

M-O-K Garis Bawah C-U-N dan Kodiang

Mak Cun

Tup-tup terminat nak ikut juga drama Mak Cun di TV3 setiap hari Rabu dan Khamis. Bukan kerana sekadar kualiti dramanya tetapi kerana ciri-ciri “Raja Lawaknya” yang ada nilai hiburan. Namun paling bestnya ialah adanya Kodiangnya.

Dok promote nama Kodiang satu nama yang menjadi sungguh sentimental bila disebut. Kodiang sebuah pekan kecil di Daerah Kubang Pasu, Kedah bersempadan dengan Perlis. Dulu Kodiang ni pernah popular dengan pasembornya. Lepas tu ada juga buku biografi Dari Kodiang ke Jalan Riong hasil tulisan Tajudin Saman.

Apa yang menariknya ialah bagaimana promosi dilakukan untuk menarik perhatian penonton terhadap drama terbitan Rumah Karya Citra Arahan Bade Hj. Azemi ini iaitu menggunakan media sosial.

Skrip yang menyuruh mencari M-O-K garis bawah C-U-N di Instagram secara tak langsung adalah merupakan promosi untuk drama tersebut. Selepas disuruh Pak Akob (lakonan Dato’ Rahim Razali) mencari M-O-K Garis Bawah C-U-N saya pun mencuba mencari di Instagram dan memang ada pun. Saya tergelak sendirian. Terasa lucunya juga.

Mak Cun  mengisahkan tentang Perusahaan Bedak Sejuk Mok Cun makin menjadi-jadi. Bukan shaja di Kokdiang malahan bedak sejuk Mok Cun sudah sampai ke merata negeri di Malaysia ini. Rumah Mok Cun dah macam kilang buat bedak sejuk Pada masa yang sama Zennat menaruh hati kepada Pak Akob. Zennat memang suka gila dengan Pak Akob tapi berdepan dengan persaingan apabila Pak Akob lebih tertarik kepada Mok Cun. Zennat mula dengki dengan Mok Cun termasuklah sanggup menjalankan perniagaan cucuk kolagen kerana mahu melawan perniagaan bedak sejuk Mok Cun.

Erma Fatimah telah menggunakan deman Media sosial untuk menarik minat penontonnya di Instagram, Facebook, Twitter dan You Tube.

Mak Cun

Mak Cun

Hangpa boleh tonton Full Episode di : http://www2.bukancincai.com/2015/07/tonton-mak-cun-full-episod.html#sthash.

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: