Fuh!! fuh!! fuh!!

Bukan apa nak buang habuk.

#YouCanDuit nak galakkan masyarakat negara ini mencari pendapatan tambahan diera IT dan ICT.

IMG-20170330-WA0045d

#YouCanDuit bukan sekadar nak galak rakyat, khususnya orang Melayu, cari DUIT tetapi faksafah di sebaliknya (pada pandangan saya) ialah “Killing Two Birds With One Stone” Ceh!!!! kena minta izin kan?

Mengapa saya kata begitu? Pertama membuka peluang kepada rakyat, khususnya orang Melayu cari “duit poket” tambahan. Kedua “memaksa” rakyat tanpa mengira usia untuk mengenali, mempelajari dan menggunakan IT/ICT.

Di zaman mendatang, IT/ICT akan menjadi satu perkara yang wajib diketahui oleh setiap orang. Malah sekarang pun semakin banyak aktiviti harian dah menggunakan teknologi IT/ICT.

Jika rakyat tidak mula berjinak dengan IT/ICT dari sekarang, bila lagi?

Kita dah nampak, Atuk, Nenek, Opah, Wan kita semakin ramai dah pandai menggunakan telefon bimbit. Ini satu kemajuan peribadi bagi mereka kerana mahu tidak mahu kena ikut arus perkembangan teknologi. Sama jugalah dengan teknologi komputer ni. Akan tiba satu hari, jika usia dunia panjang, semua aktiviti harian menggunakan hujung jari untuk berfungsi.

#YouCanDuit adalah inisiatif #MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation) anak syarikat di bawah #MCMC untuk menjana transformasi ekonomi digital untuk rakyat.

Pada 1 dan 2 April 2017 #MDEC telah mengadakan satu karnival #YouCanDuit bertempat di Dewan Seri Mentalon, Alor Setar dan dihadiri oleh ribuan rakyat dari segenap lapisan untuk mengetahui apa itu #YouCanDuit.

IMG-20170329-WA0038

Karnival dua hari diisi dengan penerangan-penerangan untuk mengalakkan rakyat tentang cara-cara menjana pendapatan tambahan menggunakan platform PERCUMA yang disediakan oleh #MDEC iaitu #eRezeki dan #eUsahawan. eReseki untuk menjana pendapatan sampingan sementara eUsahawan untuk mentransformasikan usahawan-usahawan offline kepada usahawan online sejajar dengan perkembangan dan kemajuan teknologi eCommerce kini dan masa akan datang.

P_20170401_101007_BF

Kehangatan karnival #YouCanDuit diserikan dengan penampilan beberapa artis yang berjaya dalam bidang keusahawanan iaitu Datuk Rosyam Nor, Mok Cun (Erma Fatimah), Rozita Che Wan dan Fizo Omar.

Jika anda baru mengetahui tentang program ini setelah terjumpa blog ini, masih boleh daftarkan saja online di  eRezeki dan eUsahawan. Kerajaan berkehendakan seberapa rmai mungkin rakyat Malaysia menyertainya kerana peluang mencari pendapatan tambahan terbuka luas bagi mereka.

 

2016 – Tahun Cuti Hujung Minggu Yang Panjang

Apabila mendengar cuti hujung minggu yang panjang sudah pasti ramai pekerja, khususnya di sektor swasta akan sambut dengan gembira. Bagi pihak persendirian pula tentu sebahagian besar tidak dapat menikmati cuti panjang yang sama seperti yang dinikmati oleh pekerja awam. Maklumlah bagi perniagaan, setiap hari adalah mempengaruhi untung rugi syarikatnya.

Says telah membuat satu rumusan cuti hujung minggu yang panjang bagi tahu 2016 dan saya hendak kongsikan nya di sini.

cuti panjang 2016

Sementara itu bagi setengah-setengah negeri berikut cuti hujung minggu yang panjang adalah seperti berikut:

cuti 20161

Sementara menunggu habisnya tahun 2015, anda ada masa yang banyak untuk merancang program sendiri mahupun bersama keluarga untuk tahun 2016.

Rahsia LULUS Temuduga Kerajaan

Anda akan menghadapi temuduga untuk jawatan dalam Perkhidmatan Awam? Temuduga adalah halangan kedua yang akan menentukan sama ada anda akan terpilih untuk menjawat jawatan yang anda pohon.

Nak menghadiri temuduga bukan sekadar pergi ke tempat untuk temuduga tetapi ada beberapa panduan dan tips untuk membolehkan anda berjaya melamarnya. INGAT!!!!!!! Bukan anda seorang sahaja yang hadir. Mungkin beratus yang memohon untuk satu atau dua jawatan yang diiklankan. Oleh itu anda mestilah menjadi outstanding semasa hadir untuk temuduga tersebut. Kata orang puteh “YOU MUST STAND OUT OF THE CROWD”

RAHSIA TEMUDUGA KERAJAAN
KLIP PADA GAMBAR UNTUK KE LAMAN BERKENAAN

Mengapa Gagal Dapat Pekerjaaan?

Jawapannya mudah. RESUME anda tidak ada ummphhhh…….

Perkara pertama yang boleh membuka kunci untuk anda menjawat jawatan yang di pohon ialah RESUME disamping sijil kelayakan yang berkenaan. Boleh dikatakan RESUME adalah sijil tambahan yang menentukan seseorang itu layak ke tak untuk jawatan yang dipohon. RESUME adalah imej sebenar kelayakan pemohon.

Menulis RESUME ada cara-caranya. Bukan sekadar belasah sahaja. Untuk tujuan itu Tim Info Kerjaya telah menerbitkan satu panduan yang menunjukkan 7 kesilapan dalam menulis Resume. Jika anda ingin memilikki Buku Panduan ini sila KLIK DI SINI.

Kesilipan Kritikal Menulis ResumeTim Info Kerjaya adalah salah sebuah syarikat yang berusaha mengumpul dan menyusun Tips-tips untuk membantu para graduan yang baharu tamat pengajian dan pencari kerja untuk memasuki pasaran tenaga manusia. Bagi membantu mereka yang mencari kerja mereka juga telah menghasilkan beberapa buku panduan di bawah satu KOLEKSI PANDUAN MENULIS RESUME KERJAYA.

Buku RESUME tersebut boleh dibeli secara dalam talian dan dalam masa yang singkat buku tersebut dijual kepada anda. REBUTLAH PELUANG UNTUK MEMILIKKI BUKU PANDUAN RESUME TERSEBUT yang dijual bermula 18 Februari 2015.

sila KLIK LINK INI

Berkongsi Input Dari Seminar Dr Azizan Osman?

Kalau Google dalam iternet, pasti banyak cerita negatif tentang Dr Azizan Osman yang diluahkan oleh mereka yang merasakan ditipu oleh pakar motivasi ini. Saya tak berani nak cakap betul atau tidak kerana itu adalah pengalaman mereka bersama Dr Azizan Osman. Sebagai pembaca saya mengambil iktibar dengan apa yang saya baca.

Kesnya sama juga dengan cerita Datuk AC Mizal tipu melalui bisnes gelang magnet beberapa tahun lepas. Kebetulan pula saya berkesempatan menghadiri satu seminar untuk mendengar preview satu peluang bisnes online yang melibatkan Datuk AC Mizal ini. Saya memikirk kembali tentang apa yang saya baca berita negatif penipuan Datuk AC Mizal itu. Penceramah memberitahu kalau Datuk AC Mizal menipu, pernah tak kita dapati beliau ditangkap, didakwa dan dipenjarakan kerana penipuan itu. Tidak ada. Jadi saya juga renungkan dan kaitkan pula dengan Dr Azizan Osman. Dah lama baca dakwaan Dr Azizan Osman menipu tetapi tidak pula didapati beliau didakwa dan didapati bersalah atas penipuan tersebut. Malah beliau masih lagi menganjurkan seminar-seminar percuma berkaitan motivasi diri di seluruh negara dan ribuan yang hadir.

Saya juga telah berpeluang menghadiri satu Seminar Mengenal Potensi Diri anjuran syariakt Dr Azizan Osman iaitu Richworks yang dianjurkan di Alor Setar baru-bru ini.

Seperti biasa apa-apa seminar yang dianjurkan oleh online businessman dan Internet Marketer adalah preview program berbayar yang dikendalikan olah mereka. Sama jugalah dengan Dr Azizan Osman yang membuat preview untuk beberapa program kendalian beliau. Falsafah Internet Marketer ialah beri sesuatu secara percuma dan akan anda akan mendapat pulangan yang berkali ganda. Sebab itu semua Internet Marketer akan beri sesuatu secara percuma untuk mendapatkan info seperti email bagi tujuan menggunakan autoresponder membuat email marketing.

Pada 9 Januari 2015 saya telah menghadiri Seminar tersebut yang diadakan di Hotel Grand Alora, di Alor Setar. Saya hendak kongsi ilmu yang ringkas yang diberikan oleh Dr Azizan semasa seminar tersebut yang dihadiri oleh ribuan orang di ballroom hotel berkenaan.

Dr Azizan memberitahu bahawa dalam diri setiap orang ada potensi untuk meningkatkan dan memajukan diri masing-masing tetapi masih ramai yang tidak berani untuk menerokai potensi tersebut atau tidak tahu bagaimana hendak melakukannya.

Semasa seminar tersebut beliau menggunakan perkataan POTENTIS itu sendiri agar setiap individu memecahkan tembok yang menjadikan mereka sebagai katak di bawah tempurung selama ini. Saya akan kongsi di bawah apa yang dijelaskan oleh Dr Azizan sebagai perkongsian ilmu yang saya terima.

PLANNING

OPENNESS

TINDAKAN

EMOSI

NEKAD

STRATEGI

IMPIAN YANG SAMA

Menurut beliau lagi setiap orang ada sembilan potensi untuk dibangunkan dan ramai yang tidak menyedarinya

1. Potensi untuk hidup bahagia

2. Potensi untuk menjadi kaya

3. Potensi untuk menjadi dermawan

4. Potensi untuk bebas masa

5. Potensi untuk membina silatulrahim

6. Potensi untuk kerohanian

7. Potensi untuk memberi menfaat kepada orang lain

8. Potensi untuk memberi inspirasi

9. Potensi untuk kaya dunia dan kaya akhirat

Seperti Interner Marketer lain, di akhir program beliua menjual produk yang berbayar beliau dan sesiapa yang ingin mengikutinya boleh mendaftarkan diri dan membuat pembayaran.

Tarikh Pembayaran Gaji 2015 Kakitangan Awam

Pastinya setiap kakitangan awam akan mengambil berat tentang tarikh pembayaran gaji bulanan atas sebabpsebab tertentu. Namun antara sebab utama ialah untuk membuat budgeting bulanan dan membuat pelbagai pinjaman yang dikenakan setiap bulan. Pastinya jadual ini boleh memberi sedikit bantuan untuk membuat perancangan awal. Maklumlah budget tahun hadapan kena buat tahun ini.

 JADUAL GAJI 2015

TARIKH PMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2015

MAKLUMAT UNTUK PESARA

Pesara Kerajaan pula boleh menyemak tarikh pembayaran pencen di Bahagian Pasca Perkhidmatan. Bagi memudahkan pesara menyemak tarikh pembayaran pencen boleh memuat turun aplikasi iPesara (iPhone). Walaupun untuk iPhone pengguna iPad juga boleh muatturun aplikasi ini tetapi setup nya untuk paparan di iPhone.

Caranya:

1. Masuk ke Apps Store dan buat carian “iPesara” dan Install

2. Selepas selesai Open aplikasi dan masukkan no MyKad dan No Akaun Pencen dan semak

Follow up Penolong Penguasa Kastam W27

Blog ini telah post pasal Penolong Penguasa Kastam W27 beberapa hari lalu. Bukan apa, just pasal kerjaya mereka je. Jangan anggap yang bukan-bukan atau berburuk sangka. Blogpost sebelum ini DI SINI.

Mulai 31 Julai 2014 akan diadakan jualan Tips dan Panduan Peperiksaan untuk Penolong Penguasa Kastam W27. Bagi mereka yang ingin melangkah dengan cemerlang dalam kerjaya jangan biarkan peperiksaan menjadi penghalang. Bukan sesuatu yang mustahil untuk LULUS dengan hanya sekali mendudukinya dan bukan mustahil juga untuk GAGAL beberapa kali.

Ghalibnya yang LULUS adalah mereka yang bijak mengambil langkah atau bak kata orang putih WORK SMART. Anda yang menjawat jawatan Kastam W27 pun boleh LULUS dengan cemerlang dengan WORK SMART ini. Tim Infokerjaya telah beberapa tahun menolong penjawat awam WORK SMART ini. Yelah, nak mentelaah bersungguh-sungguh bukannya kita nak berhadapan dengan Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Tinggi Persekolahan. Tugas seharian di pejabat dan masa untuk keluarga sama penting. Jadi jika masa menjadi kekangan maka WORK SMARTlah kaedahnya.

Untuk WORKSMART Kliklink TIM INFOKERJAYA 

Testomoni Tim Infokerjaya

Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27

TIM Infokerjaya

Raya tu raya juga sebab itu hadiah Allah untuk umat Islam yang berpuasa kerana takutkan Allah dan zuhud. Teapi lepas raya nanti life must go on. Tugas mencari rezeki perlu diteruskan. Bagi mereka yang menjawat Penolong Penguasa Kastam W27, pada 5 Ogos ini ada Peperiksaan untuk tujuan pengesahan jawatan.

Memasukki dewan peperiksaan bukan sekadar lenggang je, kena ada juga persediaan. Kena tahu format peperiksaan, kena tahu bidang apa yang hendak diuji. Bukan sekadar bawa pen,pensil, pemadam dan MyKad. Pendek kata kalau ilmu tidak cukup di dada, jangan mencuba lautan dalam.

Sekarang ni senang, tak macam zaman saya masih menjawat jawatan di sektor awam. Sekarang sudah ada pihak yang menyediakan buku rujukan, sediakan soalan-soalan ramalan dan panduan menjawab.

PENGUMUMAN 

Anda dah boleh membuat tempahan sekarang. KLIK SINI 

Tim Infokerjaya adalah merupakan satu organisasi yang berusaha menyediakan tip-tips dan info untuk kakitangan awam Malaysia berhadapan dengan peperiksaan mengikut Gred masing-masing. Mereka ingin membantu semua kakitangan awam untuk berhadapan peperiksaan dan berjaya kerana ia adalah kunci yang membuka pintu rezeki yang Allah sediakan.  Kena usaha walau kita sedar kita dilahirkan dan ditentukan reseki masing-masing oleh Allah.

Dalam beberapa hari ini akan keluar info lanjut tentang Tips-tips untuk peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27. Sambil-sambil mengadapa ketupat dan kuih raya tu, jenguk-jenguk juga ke blog ini untuk update tentang info peperiksaan.

Sementara itu dah, anda sampai ke blog ini boleh juga jenguk-jenguk ke SINI kerana peratus yang HENDAK DILULUSKAN adalah kecil.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

 

 

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: