Rahsia LULUS Temuduga Kerajaan

Anda akan menghadapi temuduga untuk jawatan dalam Perkhidmatan Awam? Temuduga adalah halangan kedua yang akan menentukan sama ada anda akan terpilih untuk menjawat jawatan yang anda pohon.

Nak menghadiri temuduga bukan sekadar pergi ke tempat untuk temuduga tetapi ada beberapa panduan dan tips untuk membolehkan anda berjaya melamarnya. INGAT!!!!!!! Bukan anda seorang sahaja yang hadir. Mungkin beratus yang memohon untuk satu atau dua jawatan yang diiklankan. Oleh itu anda mestilah menjadi outstanding semasa hadir untuk temuduga tersebut. Kata orang puteh “YOU MUST STAND OUT OF THE CROWD”

RAHSIA TEMUDUGA KERAJAAN
KLIP PADA GAMBAR UNTUK KE LAMAN BERKENAAN

Sibuk-Sibuk GST

1 April 2015 sebahagian besar barangan yang kita beli akan kena tembah dengan GST 6%. Cukai 6% itu bukanlah 6 sen atau 60 sen tetapi 6% dari barang yang kita beli. Jika barang itu harga RM10.00 maka cukainya ialah 60 sen. Sekiranya barang itu berharga RM100 maka cukainya RM6.00. Betul tak? Ini pemahaman saya.

Walaupun GST belum dilancarkan tetapi sudah ada pekedai mengambil kesempatan dengan mengenakan cukai 6% dan mendakwa ia sebagai GST. Lihat gambar yang saya ambik di sebuah kedai perabot di Jitra.

Harga bangku ini dusah dimasukkan GST. Apakah yang dimaksudkan sebagai GST oleh pekedai itu?

Adakan dia akan serahkan cukai itu kepada kerajaan kemudiannya.

Adakah syarikatnya berdaftar dengan Kastam Diraja untuk membolehkan dia kenakan GST kepada pelanggan

Kedai ini boleh dikatakan berada di kawasan luar bandar dan pelanggannya besar sekali “oranh kampung” yang masih kurang faham apa itu GST atau yang tidak ambil berat tentang GST. Mungkin Tokwan-tokwan atau nenek kita yang tinggal jauh dari pekan Jitra ini. Mereka ini besar kemungkinan tidak akan mempertikai tentang cukai tersebut kerana tidak tahu butir-butirnya. Penduduk dalam pekan Jitra sendiri pun mungkin terkena dengan taktik ini.

GSTJika kedai ini layak mengenakan GST mengapa awal-awal ;ahi dia sudah kenakan GST sedangkan ia belum dilancarkan lagi.

KENAPA GST HARAM?

Ini merupakan artikal yang telah dipost dalam facebook hasil pandangan Zaharudin Muhammad. Saya petik sepenuhnya tulisan beliau.

KENAPA GST HARAM?
(Hujah kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dan YADIM).

Zaharudin Muhammad 15 November 2013.
Mukadimah

Artikel ini memberikan penjelasan kepada umum kenapa GST adalah haram dan tidak bertepatan dengan sistem ekonomi Islam. Pihak Jakim dan YADIM melaluli pengarahnya, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi telah menyebut bahawa GST adalah halal tanpa mengemukakan hujah yang kuat dan jelas. Di dalam syariat, hukum asal cukai adalah haram, maka pihak yang mendakwa halal mestilah mengemukakan hujah yang kuat bagi menunjukkan ianya halal dan harus. Maka pihak YADIM dan Majlis Fatwa bertanggungjawab mengemukakan dalil dan bukti harus mengambil wang orang ramai atas nama GST.

Ia tidak sama dengan hukum makanan, di mana hukum asalnya yang halal, maka pihak yang mendakwa haram bertanggungjawab mengemukakan dalil dan bukti haram.

Justeru, Islam mempunyai sistem cukainya yang tersendiri. Sumber kepada sistem percukaian Islam ialah al-Quran, Sunnah Rasulullah SAW, ijmak dan kias. Ia telah diturunkan bukan sahaja adil bagi manusia keseluruhan, tetapi ia juga merupakan sistem yang mengstabilkan ekonomi, khususnya keseimbangan antara kuasa modal dan kuasa beli rakyat sebagai penjana produktivi.

ASAS UKURAN KEHARUSAN CUKAI.

Sesuatu hukum dirujuk kepada hukum asal yang telah dinaskan oleh sumber al-Quran dan al-Hadis. Hukum asal berkaitan harta orang lain adalah haram diambil melainkan mempunyai sebab yang dibenarkan syariat. Ini berpandukan kepada firman Allah SWT, bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.”- (An-Nisa’: 29).

Di antara dalil yang lain ialah pesanan Rasulullah sewaktu Haji Wada’ (Haji Selamat Tinggal), antara lain nabi SAW berpesan, bermaksud:

“Wahai orang ramai, sesungguhnya orang yang beriman adalah saudara, tidak halal bagi seseorangpun (mengambil) harta saudaranya melainkan dengan kerelaannya.” – Riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis ini memaksudkan selain daripada zakat dan perkara-perkara yang dinaskan harus atau wajib diambil seperti zakat, yakni zakat bukan milik si pemunya harta bahkan ia adalah milik si fakir, miskin dan asnaf-asnafnya. Begitu juga tidak termasuk isteri atau anak dibawah tanggungannya kerana ia dianggap sebagai seakan-akan sekutu pemilikan. Adapun selainnya, maka ia adalah milik si pemunya dan tidak boleh diambil melainkan degan kerelaannya oleh sesiapapun termasuk kerajaan.
Dan sabda nabi SAW, Maksudnya:

“Apabila mereka melakukan demikian (Islam) maka darah dan harta mereka mereka adalah terpelihara melainkan (harta boleh diambil) dengan cara-cara yagn dibenarkan oleh Islam.” – Riwayat Bukhari.

Di dalam kitab Fathul Bari, Syarah Sahih Bukhari menyebut, zakat adalah salah satu cara pengambilan yang dibenarkan oleh Islam (sekalipun tuannya tidak merestuinya).

Ayat di atas menegaskan memakan harta orang lain adalah haram dan dikategorikan bentuk memakannya adalah batil. Ayat tersebut seterusnya menyenaraikan bentuk pengecualian yang mengharuskan mengambil harta orang, salah satunya ialah perniagaan.

Berdasarkan ayat ini, hukum asal memakan, mengambil dan memiliki harta orang lain tanpa sebab yang dibenarkan syariat adalah haram sehinggalah ada sebab dan dalil yang diharuskan syariat. Ia berbeza dengan hukum asal makanan, minuman dan bentuk muamalat, di mana hukum asal bagi semua perkara tersebut adalah harus kecuali ada tanda-tanda yang menunjukkan haram.

Justeru, apabila kita bertransaksi atau memakan sesuatu makanan yang tiada dalil dan bukti halal atau haram, maka hukum transaksi dan makanan itu adalah halal justeru merujuk kepada hukum asalnya yang harus. Tetapi berbeza dengan pengambilan harta atau wang milik orang, yakni hukum asalnya haram berdasarkan ayat di atas, kecuali ada dalil dan bukti halal. Justeru, apabila kita mengambil wang milik orang, jika tiada dalil dan bukti halal atau haram, maka hukumnya adalah haram justeru merujuk kepada hukum asalnya yang haram.

Sebagai contoh, kita boleh mengambil wang RM50,000 daripada Ahmad sebab kita jual kereta kepadanya. Sebab keharusan ialah jual beli (Al-Bai’). Kita boleh ambil wang daripada Ali sebanyak RM10,000 kerana kita membuat ubah suai rumahnya. Sebab keharusan ialah upah (ujrah). Kita boleh mengambil jam milik Ah Chong selepas kita membayarnya wang. Sebab keharusan ialah jual beli. Kita boleh mengambil wang daripada Abu kerana agihan keuntungan perniagaannya yang bermodalkan wang kita. Sebab keharusan ialah pelaburan (Mudharabah).

Apabila kita berjalan dan jumpa wang RM50,000, maka kita tidak boleh mengambilnya kerana tiada jual beli, tiada upahan kerja, tiada pengeluaran modal, tiada sebab-sebab yang membolehkan, maka hukumnya haram diambil dan RM50,000 tersebut dianggap sebagai harta laqatah (barang ciciran).

Maka hendaklah kita bertanya berkenaan GST, apakah sebab yagn membolehkan kerajaan mengambilnya daripada rakyat? Jika tiada sebab ‘sebenar’, maka hukumnya kembali kepada asal, iaitu haram dan termasuk di dalam kategori batil. begitu juga jika pemindahan hak berlaku dengan sebab, tetapi sebab itu tidak diiktiraf oleh Islam, maka ia juga adalah batil. Contohnya seperti pemenang judi yang mengambil bahagian pemain judi yang kalah, sekalipun judi adalah sebab pemindahan milik, tetapi ia tetap dikategorikan sebagai baatil kerana judi itu sekalipun sebab pengambilannya wujud, tetapi ia tidak diiktiraf oleh syarat.

ADAKAH HUKUM INI TERLAKSANA JUGA KE ATAS KERAJAAN KETIKA MENGAMBIL WANG DARIPADA POKET RAKYAT?

Selepas kita memahami bahawa hukum asal harta orang adalah haram kecuali dengan sebab yang dibenarkan syariat, maka persoalan keseterusnya adakah hukum ini terpakai atau terlaksana hanya ke atas individu dengan individu, manakala kerajaan terkecuali dengan dibolehkan ambil harta dan wang poket rakyat berhujahkan maslahah?

Di dalam mazhab ahlu sunnah wal jamaah, hukum ini bukan sahaja terlaksana antara individu dengan individu, tetapi ia juga terlaksana antara kerajaan dengan rakyat. Dalilnya cukup jelas daripada realiti berikut:

1. Pesanan nabi kepada Muaz bin Jabal sewaktu beliau diutuskan ke Yaman sebagai Gabenor. Baginda memberikan pesanan kepada beliau dengann kata-kata berbunyi: “Awasilah harta-harta suci yang dimiliki oleh orang Yaman”. Harta-harta suci yang dimaksudkan ialah harta yang dimiliki bukan bahagian zakat atau jizyah. Dalam riwayat Bukhari menyebut dengan lafaz: takutilah (daripada mengambil) harta-harta mereka yang suci.

2. Arahan Umar Abdul Aziz (Khalifah dari tahun 99H-101H) kepada semua gabenor supaya menghapuskan semua cukai kecuali ia mempunya nas daripada al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Cukai-cukai zalim ini telah dikenakan sebelum ini khususnya pada zaman Hajjaj Yusof At-Thaqafi yang terkenal dengan kezaliman pemerintahannya di Syam, Iraq, Mekah dan Madinah dari tahun 70H – 95H.

SEJARAH PENDIRIAN KHULAFA AR-RASYIDUN DAN CUKAI.

Di dalam kitab Al-Bidayah wa An-Nihayah karangan Imam Ibnu Kathir menceritakan, tatkala Saidina Umar Abdul Aziz menjadi Khalifah, beliau memerangani pemimpin-pemimpin zalim sebelumnya yang telah mengenakan pelbagai cukai kepada rakyat. Antara salsilah pemerintah sebelum ini yang sangat dibenci oleh Umar Abdul Aziz ialah Yazid bin Mahlab, iaitu ipar kepada Hajjaj bin Yusof As-Thaqafi. Yazid bin Mahlab telah ditangkap oleh Adi bin Arthoh dan menyifatkan Yazid dan keluarganya (Mahlab dan Hajjaj) sebagai: “Mereka adalah pemerintah kuku besi dan aku bencikan mereka”. Saidina Umar Abdul Aziz memerintahkan supaya Yazid dipenjarakan sehingga semua harta orang ramai yang dikutip sebelum ini dikembalikan semula. (Al-Bidayah: m/s666). Pernah anak kepada Yazid bernama Makhlad meminta kelonggaran hukuman untuk ayahnya Yazid, tetapi Umar bertegas menyatakan bahawa ia tidak akan meringankan hukuman sehingga Yazid menyerahkan semua harta rakyat.

Begitu juga Saidina Umar Abdul Aziz telah menghantar kepada Gabenor Khurasan Al-Jarah bin Al-Hukmi yang telah mengenakan cukai Jizyah ke atas non-muslim yang telah memeluk Islam dengan alasan mereka memeluk Islam kerana ingin lari daripada Jizyah. Saidina Umar Abdul Aziz memecat Gabenor tersebut dengan menulis, maksudnya:

“Sesunggunyanya Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai pendakwah bukan sebagai pengutip cukai.”

Di dalam satu riwayat yang lain, Saidina Umar juga memerangi Gabenor di Mesir yang telah mengenakan cukai pelabuhan dan mempertikaikan tindakan Umar Abdul Aziz untuk menghapuskan semua cukai yang tiada nas.

Itulah antara sebab menjadi ‘purchasing power’ rakyat pada zaman Umar Abdul Aziz meningkat, seterusnya memenuhi Baitul Mal. Kesannya tiada lagi penerima zakat dan pemberian selepas itu sehingga harta melimpah ruah. Velocity of Money terbaik berbanding sistem-sistem yang lain daripada Islam.

Itu antara contoh tindakan dan pendirian Khulafa ar-raasyidun yang diiktiraf oleh nabi sebagai ikutan (perbuatan mereka adalah hujah), tidak mengenakan cukai-cukai yang tidak dinaskan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Semua dalil di atas adalah berkait dengan kerajaan mengambil wang rakyat. Jika pengharaman memakan harta orang lain tanpa sebab hanya diharamkan ke atas individu dan bukan kerajaan, nescaya kisah di atas tidak akan timbul dalam sejarah.

Apabila kita meneliti pendapat yang mengharuskan pengambilan harta rakyat tanpa bersumberkan kepada nas, kita dapati mereka keliru antara pendapat ahlu sunnah wal jamaah dan syiah. Ya, sebahagian syiah membenarkan pemimpin-pemimpin mereka mengambil harta rakyat sekalipun tanpa sebab kerana fiqh mereka bersumberkan akidah bahawa Imam (pemimpin) adalah maksum. Berbeza dengan Ahlu Sunnah wal jamaah, yakni akidah kita pemimpin tidak maksum, maka pemimpin tidak boleh mengambill harta orang lain tanpa sebab dan berasaskan maslahah akal semata-mata tanpa dipandu oleh nas.

Tuntasnya, hujah maslahah seterusnya membolehkan pemimpin negara mengutip wang rakyat sesuka maslahah, maka itu adalah amalan dalam fiqh syiah, bukan fiqh sunni.

KENAPA KAEDAH FIQH SEPERTI KAEDAH MASLAHAH DAN LAIN-LAIN TIDAK BOLEH DIJADIKAN HUJAH DALAM ISU INI?

Antara hujah yang agak masyhur digunapakai oleh gologan yang membolehkan kutipan cukai sesuka hati ialah kaedah maslahah tertutamanya kaedah yang berbunyi (maksudnya):

“Tindakan pemimpin terhadap rakyat adalah berdasarkan maslahah.”

Golongan yang berhujahkan dengan kaedah ini melakukan kesilapan dari tiga sudut:

1. Dari segi mengguna pakai kaedah di tempat yang ada nas yang terang.

2. Kaedah bukan hujah, tetapi ia adalah garis panduan memahami nas dan hukum furu’. Oleh itu, kaedah hanya digunapakai ditempat yang tiada nas bukan ditempat yang berlawanan dengan nas.

3. Golongan yang mengguna pakai kaedah tadi bagi mengharuskan tindakan pemimpin mengutip cukai seolah-olah memahami bahawa kaedah tersebut bermaksud: ‘tindakan pemimpin negara semuanya adalah demi maslahah’ walhal sudut kaedah tersebut ialah tindakan pemimpin mestilah dipandu oleh maslahah, jika tidak, maka ia tidak boleh dilaksanakan.

ADAKAH DARURAT MEMBOLEHKAN CUKAI DIKUTIP?

Dari segi hukum, boleh dikatakan ijmak ulama terdahulu mengenakan cukai ke atas rakyat tanpa sebab yang dibenarkan syariat adalah haram. Persoalan yang tinggal ialah, adakah darurat boleh mengharuskan cukai dikutip?

Pertamanya, maksud difahami maksud dan makna darurat. Darurat bermaksud sesuatu yang tanpanya akan menyebabkan manusia hilang agama, nyawa, harta, akal dan keturunan. Jika tidak sampai ke tahap itu, maka ia bukan darurat membolehkan kutipan cukai yang haram. dengan maksud lain, jika setakat ingin menambahkan pendapatan negara, maka ia bukan darurat yang dimaksudkan syariat.

Jika kita perhatikan, kutipan GST bukan bagi menampung sesuatu keperluan darurat yang dimaksudkan oleh Syariat, bahkan ia lebih bersifat memenuhi dan menampung keperluan sistem konvensional, di mana sistem itu sendiri adalah bercanggah dengan Islam kerana bersifat ‘memusingkan harta sesama golongan kaya’.

Darurat yang di maksudkan syariat seperti negara yang sedang terdesak untuk dapatkan wang membeli senjata bagi mempertahankan negara yang sedang diserang oleh musuh seperti berlaku pertembungan antara Sultan Mamalik dengan Imam Nawawi untuk kenakan cukai ke atas rakyat justeru Mesir pada masa itu berada pada saat genting justeru hendak diserang oleh tentera Monggol yang tidak terkalah.

Dalam keadaan darurat perang beginipun masih lagi berlaku khilaf dalam kalangan ulama adakah cukai yang tidak bersumberkan nas boleh dikutip?

Al-Dhohhak dan lain-lain berpendapat, cukai tidak harus dikenakan dalam apa keadaan sekalipun, manakala imam Juwaini, Al-Ghazali dan lain-lain berpendapat harus mengenakan cukai bagi keperluan-keperluan tertentu (darurat).

Jika diperhatikan khilaf ini, ia sebenarnya khilaf dari sudut keadaan dan suasana, bukan khilaf dari sudut dalil dan nas. Khilaf ini kita dapat simpulkan bahawa, jika zakat dan sumber lain mencukupi, maka ulama bersepakat bahawa cukai tidak harus dikutip daripada rakyat. Khilaf hanya berlaku jika sistem cukai Islam sumber lain tidak mengcukupi untuk keperluan Negara.

Bagi pendapat yang menyatakan harus mengutip cukai darurat, mereka telah meletakkan syarat-syarat yang mengharuskan kutipan cukai. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

1.Negara mestilah berpegang teguh dengan ajaran Islam. Dalam erti kata lain, negara mestilah menjalankan sistem ekonomi Islam termasuk sistem percukaian Islam sepenuhnya seperti zakat sebagai sistem cukai utama Negara.

2.Hajat kepada percukaian hendaklah benar-benar berlaku.

3.Baitul Mal benar-benar telah kekeringan sehingga tidak dapat memenuhi hajat dan keperluan rakyat.

4.Meminimakan seboleh mungkin tekanan terhadap individu rakyat dengan cara-cara yang selain cukai. Oleh itu, sebelum mengutip cukai daripada rakyat, kerajaan disarankan supaya mengutip sumbangan ikhlas serta menggalakkan rakyat memberikan derma dalam menyelesaikan sesuatu keperluan sebelum cukai dikenakan.

5.Kutipan cukai hendaklah diputuskan hasil perbincangan golongan fuqaha dan profesional berkait dengan isu tertentu.

6.Cukai hendaklah dikenakan ke atas orang-orang yang kaya sahaja dan ia langsung tidak harus dikenakan ke atas orang-orang miskin.

7.Cukai hendaklah dalam bentuk sementara. Ia akan terhapus dengan hilangnya hajat dan keperluan. Cukai tidak boleh dikenakan secara berterusan dan dijadikan pendapatan utama berbanding zakat.

8.Wajib meraikan keadilan di dalam perwartaannya dan pemungutannya. Maka kadarnya hendaklah sekadar keperluan. Keperluan ini tidak boleh dijadikan alasan untuk mengutip cukai lebih daripada rakyat.

Sebahagian ulama seperti Imam Nawawi meletakkan syarat bahawa cukai apabila dikatakan darurat dan perlu, maka hendaklah terlebih dahulu ia dibayar oleh pemimpin tertinggi, jika tidak cukup maka ia baru diturunkan ke bawah dan ke bawah, tetapi tidak boleh sampai dikutip daripada golongan miskin. Beliau berkata kepada Sultan Zaher Bebrus: “Aku tahu bahawa engkau dulunya seorang hamba kepada Gabenor di Bendaqar dan engkau tiada harta satu pun. Kemudian Allah memberi peluang kepada engkau dengan diberikan pangkat raja. Aku dengar engkau mempunyai seramai 1,000 hamba dan setiap hamba tali pengikat kuda disaluti emas. Engkau ada 200 hamba perempuan dan setiap seorangnya ada emas. Apabila engkau keluarkan semua itu (sebagai pembayaran cukai) sehingga hamba-hamba engkau memiliki baju daripada kapas biasa berbanding memiliki perhiasan emas seperti sekarang, maka baru aku fatwakan engkau harus mengambil cukai daripada orang ramai.” – Al-Bidayah Wa An-Nihayah.

KESIMPULAN DAN PENUTUP:

Dari sini kita dapat simpulkan hukum cukai moden adalah haram menurut Islam berdasarkan sebab-sebab yang dinyatakan di atas. Sebagai seorang muslim (sama ada dalam bentuk individu atau kerajaan) tidak sepatutnya mengambil harta orang lain melainkan tempat-tempat dan keadaan yang dibenarkan oleh Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh nas dan dalil-dalil syarak.

Cara ini adalah cara-cara sistem ekonomi yang sama sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Khulafa Ar-Raasyidin seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Osman dan Saidina Ali, di samping cara Saidina Umar Abdul Aziz di atas.

Hari ini ada pemimpin yang cuba menonjolkan mereka juga adil seperti Khalifah Umar Abdul Aziz. Persoalanya, adakah mereka memahami bagaimana cara pemerintahan beliau? Sebagaimana pepatah arab menyebut: “Kamu mahukan kejayaan sedangkan kamu tidak melalui jalannya. Sesungguhnya kapal tidak akan berjalan di atas daratan.”

Bermaksud, jika anda mengkagumi keadilan Umar Abdul Aziz dan gah dengan Baitulmalnya melimpah ruah. Kemudiannya anda melaksanakan cara yang bukan ekonomi Islam yang

telah ditelusuri oleh Saidina Umar Abdul Aziz, maka mustahil keadilan yagn sama akan terlaksana.

– Zaharudin Muhamamad.

Namun haram ke tak, ia tetap akan dilaksanakan. Hukum kepada pelaksana?…………….

Mengapa Gagal Dapat Pekerjaaan?

Jawapannya mudah. RESUME anda tidak ada ummphhhh…….

Perkara pertama yang boleh membuka kunci untuk anda menjawat jawatan yang di pohon ialah RESUME disamping sijil kelayakan yang berkenaan. Boleh dikatakan RESUME adalah sijil tambahan yang menentukan seseorang itu layak ke tak untuk jawatan yang dipohon. RESUME adalah imej sebenar kelayakan pemohon.

Menulis RESUME ada cara-caranya. Bukan sekadar belasah sahaja. Untuk tujuan itu Tim Info Kerjaya telah menerbitkan satu panduan yang menunjukkan 7 kesilapan dalam menulis Resume. Jika anda ingin memilikki Buku Panduan ini sila KLIK DI SINI.

Kesilipan Kritikal Menulis ResumeTim Info Kerjaya adalah salah sebuah syarikat yang berusaha mengumpul dan menyusun Tips-tips untuk membantu para graduan yang baharu tamat pengajian dan pencari kerja untuk memasuki pasaran tenaga manusia. Bagi membantu mereka yang mencari kerja mereka juga telah menghasilkan beberapa buku panduan di bawah satu KOLEKSI PANDUAN MENULIS RESUME KERJAYA.

Buku RESUME tersebut boleh dibeli secara dalam talian dan dalam masa yang singkat buku tersebut dijual kepada anda. REBUTLAH PELUANG UNTUK MEMILIKKI BUKU PANDUAN RESUME TERSEBUT yang dijual bermula 18 Februari 2015.

sila KLIK LINK INI

Berkongsi Input Dari Seminar Dr Azizan Osman?

Kalau Google dalam iternet, pasti banyak cerita negatif tentang Dr Azizan Osman yang diluahkan oleh mereka yang merasakan ditipu oleh pakar motivasi ini. Saya tak berani nak cakap betul atau tidak kerana itu adalah pengalaman mereka bersama Dr Azizan Osman. Sebagai pembaca saya mengambil iktibar dengan apa yang saya baca.

Kesnya sama juga dengan cerita Datuk AC Mizal tipu melalui bisnes gelang magnet beberapa tahun lepas. Kebetulan pula saya berkesempatan menghadiri satu seminar untuk mendengar preview satu peluang bisnes online yang melibatkan Datuk AC Mizal ini. Saya memikirk kembali tentang apa yang saya baca berita negatif penipuan Datuk AC Mizal itu. Penceramah memberitahu kalau Datuk AC Mizal menipu, pernah tak kita dapati beliau ditangkap, didakwa dan dipenjarakan kerana penipuan itu. Tidak ada. Jadi saya juga renungkan dan kaitkan pula dengan Dr Azizan Osman. Dah lama baca dakwaan Dr Azizan Osman menipu tetapi tidak pula didapati beliau didakwa dan didapati bersalah atas penipuan tersebut. Malah beliau masih lagi menganjurkan seminar-seminar percuma berkaitan motivasi diri di seluruh negara dan ribuan yang hadir.

Saya juga telah berpeluang menghadiri satu Seminar Mengenal Potensi Diri anjuran syariakt Dr Azizan Osman iaitu Richworks yang dianjurkan di Alor Setar baru-bru ini.

Seperti biasa apa-apa seminar yang dianjurkan oleh online businessman dan Internet Marketer adalah preview program berbayar yang dikendalikan olah mereka. Sama jugalah dengan Dr Azizan Osman yang membuat preview untuk beberapa program kendalian beliau. Falsafah Internet Marketer ialah beri sesuatu secara percuma dan akan anda akan mendapat pulangan yang berkali ganda. Sebab itu semua Internet Marketer akan beri sesuatu secara percuma untuk mendapatkan info seperti email bagi tujuan menggunakan autoresponder membuat email marketing.

Pada 9 Januari 2015 saya telah menghadiri Seminar tersebut yang diadakan di Hotel Grand Alora, di Alor Setar. Saya hendak kongsi ilmu yang ringkas yang diberikan oleh Dr Azizan semasa seminar tersebut yang dihadiri oleh ribuan orang di ballroom hotel berkenaan.

Dr Azizan memberitahu bahawa dalam diri setiap orang ada potensi untuk meningkatkan dan memajukan diri masing-masing tetapi masih ramai yang tidak berani untuk menerokai potensi tersebut atau tidak tahu bagaimana hendak melakukannya.

Semasa seminar tersebut beliau menggunakan perkataan POTENTIS itu sendiri agar setiap individu memecahkan tembok yang menjadikan mereka sebagai katak di bawah tempurung selama ini. Saya akan kongsi di bawah apa yang dijelaskan oleh Dr Azizan sebagai perkongsian ilmu yang saya terima.

PLANNING

OPENNESS

TINDAKAN

EMOSI

NEKAD

STRATEGI

IMPIAN YANG SAMA

Menurut beliau lagi setiap orang ada sembilan potensi untuk dibangunkan dan ramai yang tidak menyedarinya

1. Potensi untuk hidup bahagia

2. Potensi untuk menjadi kaya

3. Potensi untuk menjadi dermawan

4. Potensi untuk bebas masa

5. Potensi untuk membina silatulrahim

6. Potensi untuk kerohanian

7. Potensi untuk memberi menfaat kepada orang lain

8. Potensi untuk memberi inspirasi

9. Potensi untuk kaya dunia dan kaya akhirat

Seperti Interner Marketer lain, di akhir program beliua menjual produk yang berbayar beliau dan sesiapa yang ingin mengikutinya boleh mendaftarkan diri dan membuat pembayaran.

Bahaya Masuk Kedai RM2.00

Bagai cendawan juga tumbuhnya kedai RM2.00. Dulu aku just nampak kedai-kedai macam ni di Sabah, khususnya Kota Kinabalu, tetapi kemudiannya menular pula ke Semenanjung.

Petang tadi masuk kedai RM2.00 ni yang baru buka di Pekan Jitra, Kedah.

Kedai RM2.00 majoritinya barang yang diimport dari Cina. Jadi tertanya juga mengapa barangan yang diimport dari Cina murah-murah. Dulu kita beli barangan dari Thailand kerana lebih murah walaupun dari segi kualitinya boleh dipertikai. Namun tetapi juga mendapat sambutan. Kita bukan nak pakai barangan itu sampai mati pun. Boleh pakai untuk beberapa bulan atau beberapa tahun pun dah kira balik modal. Mana ada barangan yang kita beli itu tahan berpuluh-puluh tahun sampai kita hendak masuk kubor kan?

Dah nama pun Kedai RM2.00, barang yang djual pun semua RM2.00 kecuali ada juga terselit barang yang terpaksa mereka jual lebih dari harga itu.

Murah dan berbaloi tak? Ni nak tanya mereka yang sering masuk dan beli barang di kedai RM2.00.

Bila compare harga, barangan yang sama dijual dalam Facebook ata online harganya berkali ganda lebih mahal sedangkan barang itu mungkin juga berasal dari negara Cina yang pemborongnya beli terus dari sana atau melalui Alibaba.com.

Bahayanya masuk kedia RM2.00 ni kita tidak sedar kita membeli tanpa kawalan. Dah tertanam dalam kepala kita MURAH, jadi kita membeli tanpa fikir panjang. Akhir-akhirnya berpuluh juga duit kita habis. Memanglah barang yang dapat pun banyak tetapi termasuk juga barang yang sebenarnya kita tidak perlu pun.