LAGENDA GUNONG KERIANG- KENA SUMPAHAN SANG GEDEMBAI

Kali kedua mendaki Gunong Keriang yang terletak bagaikan sebuah pulau di tengah-tengah dataran sawah padi yang meluas. Gunong ini ialah sebuah bukit batu kapur yang pernah menjadi sumber pencari baja tahi kelawar dari gua-gua yang bertaburan di atasnya.

Kini Gunong Keriang tidak menjadi pengeluar baja tahi kelawar yang utama lagi, mungkin kerana bercambahnya baja yang dihasilkan dari bahan kimia dan juga generasi yang mengusahakan pengambilan baja itu sudah tidak ada. Gunong ini kini terkenal pula sebagai sumber untuk merndapatkan baru kristal yang cantik yang diusahakan oleh beberapa pengusaha tempatan.

Pengunjung ke Taman Rekreasi Gunong Keriang boleh melihat dan membeli batu-batu kristal untuk dijadikan hiasan yang cantik di rumah.

Selain mempunyai Taman Rekreasi, pengemar sukan yang mencabar boleh meneroka gua yang terdapat dalam perut Gunong Keriang ini. Saya sendiri pernah mengalami sendiri meneroka ke dalam gua-gua yang gelap dan diberikan beberapa nama.

Gunong Keriang juga menjadi salah satu lokasi rekreasi untuk mereka yang gemar hiking mendaki gunong. Walaupun laluannya tidak begitu mencabar tetapi dapat memberikan kepuasan kepada pendaki. Berada di puncak setinggi 217 meter dari paras laut, anda dapat melihat pemandangan yang indah dataran negeri Kedah yang menghijau di musim penanaman padi dan menguning pada ketika musim padi masak.

Gunong ini sebenarnya mempunyai Lagenda tersendiri. Ia dikatakan berasal dari sebuah kapal yang membawa rombongan seorang Puteri Raja untuk dikahwin dengan Putera Raja yang lain, tetapi Sang Gedembai yang meminati dan ingin merperisterikan puteri tersebut marah lalu menyumpah kapal itu menjadi batu.

Pernah mengikut cerita orang tua-tua, masyarakat sekitar Gunong Keriang meminjam peralatan seperti pinggan mangkuk dan lain-lain peralatan untuk buat kenduri dari salah satu gua di situ. Namun ada orang yang tidak bertanggungjawab seperti tidak jujur atau tidak memulangkan peralatan yang dipinjam yang menyebabkan semua peralatan tersebut telah bertukar menjadi batu. Wallahu A’lam.

SELAM SCUBA DI TAMAN LAUT SULTAN ISKANDAR

Kawasan Taman Laut Sultan Iskandar yang telah diwartakan sebagai Taman Laut mengandungi beberapa lokasi yang menjadi syurga penyelam scuba. Unuk menikmati keindahab di bawah dasar laut di Taman Laut Sultan Iskandar, penyelam diperlukan mendapat kebenaran dari pihak Taman Laut itu sendiri dengan dikenakan fi yang membolehkan penyelam buat “unlimited dive” selama 7 hari.

Sewaktu berada di Pulau Besar, beberapa orang daripada kami yang ada lesen PADI, telah dibawa oleh pihak penguatkuasa Taman Laut Sultan Iskandar ke kawasan Pulau Mensirip untuk membuat selaman.

dive7

Foto : Pulau Mensirip

Beberapa orang yan pula hanya turut serta bagi tujuan untuk membuat liputan aktiviti termasuklah blogger ini. Mujurlah tidak mabuk laut ketika berada di atas bot yang dibuai ombak.

Dive spot Pulau Mensirip adalah antara lokasi menyelam yang dibenarkan oleh pihak Taman Laut dan kami dimaklumkan bahawa di sinilah terdapat Johor mini yang diujudkan di dasar laut.

This slideshow requires JavaScript.

This slideshow requires JavaScript.

Slaid di atas : Kredit kepada penyelam yang share dengan anggota rombongan

ULANGKAJI SOLAT SUNAT AIDIL FITRI

Selesainya menjalani ibadah puasa Ramadhan sama ada 29 hari atau 30 hari maka masuklah bulan Syawal iaitu bulan di mana umat Islam di seluruh pelusuk alam meraikan kemenangan mengekang nafsu seperti yang di perintah oleh Allah SWT. Kemenangan itu diraikan bermula dengan terbenamnya matahari pada hari terakhir bulan Ramadhan setelah nampak anak bulan Syawal atau mengikut rukyah bahawa anak bulan Syawal muncul sebaik aabahaj terbenam matahari. Sama ada 29 atau 30 hari usahlah kita pertikai kerana ianya ketentuan Allah.

Solat-Hari-Raya-Haji-Korban

Foto dari https://www.mysumber.com/solat-aidiladha.html

Apabila masuknya bulan Syawal bermula dari Maghrib pada hari terakhir Ramadhan, maka mulalah kita bertakbir dan bertahmid memuji kebesaran Allah SWT. Ianya bermulalah sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Seluruh pelusuk alam akan bergema dengan pujian-pujian kepada Allah SWT yang mencipta dan mengatur. Berikut saya kongsikan apa perkara-perkara yang berkaitan dengan Aidil Fitri (mungkin ada juga berkaitan Aidil Adha) dan semua grafik, gambarajah adalah diambil dari internet. Ianya tetap hak milik pencipta/pengubah asal dan saya harap diizinkan untuk berkongsi kerana Allah. Namun jika pemilik tidak mengizinkan harap maklumkan dan saya akan ganti dengan grafik yang lain.

solat-aidil-fitri-dan-aidil-adha-4-638

Biasanya aktiviti bertakbir dan bertahmid dilakukan secara berjemaah di masjid-masjid dan surau.

takbir raya 2

Amalan-amalan sunat di pagi Hari Raya 

IMG-20150714-WA0019

Nota:

1. Pastikan yang setiap orang telah mengeluarkan zakat fitrah yang wajib sebelum Solat Aidil Fitri dilaksanakan.

Niat Solat  dan cara-cara solat Aidil Fitri

niat-solat-sunat-aidil-fitri-rumi

Cara Solat Aidil Fitri

Lafaz tasbih selepas takbir untuk kedua-dua rakaat adalah seperti berikut:

bacaan ruku sholat tasbih

Selepas selesai solat Sunat Aidil Fitri dua rakaat, jemaah disunatkan untuk duduk dan mendengar dua khutbah sebelum bersurai, bersalam dan bermaaf-maafan sesama jemaah.

Khutbah

Foto dari http://www.ammboi.com

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan menjalinkan hubungan silatulrahim kerana ianya adalah kegemaran Baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Semoga perkongsian saya ini memberikan menafaat kepada anda. Selamat beribadah.

 

KOS MENGHANTAR MOTORSIKAL DARI KEDAH KE KL

Kali ini aku nak share jugalah sikit pengalaman menghantar motorsikal anak aku dari Jitra ke Kuala Lumpur. Sebelum ini pun aku ada buat rujukan kat internet bagaimana caranya nak hantar motorsikal menggunakan perkhidmatan courier, PosLaju atau KTM, nak survey mana yang lebih murah. Kena buat persediaan jugalah sebelum membuat urusan penghantaran.

Di samping itu juga buat perkiraan juga adakah lebih murah dan jimat jika aku sendiri yang menunggang motorsikal itu dan hantar terus kepadanya. Tapi Jitra ke Melaka bukannya dekat. Buat tracking analisis menggunakan Google Map menunjukkan jaraknya hampir 500 kilometer.

Aku pun buat analisis lagi antara menghantar menggunakan bas dan aku pergi sendiri, aku dapati lebih murah menghantar menggunakan bas Ekspress.

Hantar guna bas? Ya! guna bas. Mungkin ramai dah tahu tentang perkhidmatan menghantar motorsikal menggunakan bas dan ramai juga yang masih tidak mengetahui perkhidmatan ini. Tetapi aku rasa bukan semua bas ekspress memberikan perkhidmatan courier seperti itu.

Kisahnya begini : Mulanya aku nak beli tiket secara online saja tetapi belian secara online kena tambah RM2.00 untuk Online Service Charge. Dah aku nak beli 3 seat jadi kenalah tambah RM6.00. Mujurlah tak ada GST.  Then aku terfikir kalau pergi beli sendiri kat kaunter aku dah jimat RM6.00. Lagipun bukan jauh mana dan naik motor berapa sen sangatlah duit minyak.

Ternyata lintasan untuk menjimatkan RM6.00 itu memberikan aku penjimatan yang lebih lagi. Kadang-kadang kita tidak sedar Allah menjentik hati kita untuk melakukan sesuatu yang baik tetapi kita anggap ianya negatif. Macam kes aku nilah, tentu ada yang menyindir, “Ala RM6.00 pun nak berkira.” Tunggu, baca seterusnya posting aku ni.

Mulanya aku ke kaunter Cosmic ia menjadi pilihan pertama apabila terfikir untuk naik bas Ekspress selepas dulunya Ekspress Jelita menjadi keutamaan. Aku pilih Cosmic kerana telah mengalami keselesaan bas baru dan adanya punca eletrik di dalam bas. Jadi bolehlah caj telefon dalam perjalanan tanpa bergantung pada power bank. Malangnya seat yang ada ketika itu baris belakang sekali. So aku ambil keputusan mencuba syarikat lain terlebih dahulu.

Second choice aku ialah Ekspress Pancaran Matahari, tapi harga tiketnya RM50.00 sebab ikut kerani kaunter seatnya lebih besar. Aku tidak jadi nak ambik dan kerani itu aku anggap dia baik hati kerana mencadangkan pula aku mencuba Inter City. Nota: Ini rasanya lorongan yang Allah tentukan untuk rezeki aku.

Courier Service Inter CitySememangnya rezeki itu rahsia Allah untuk hambanya yang bersabar dan berusaha. Di kaunter Inter City aku dapat beli tiket dengan harga diskaun lagi sebanyak RM3.00 untuk satu tiket sebab kerani itu mendaftar aku sebagai ahli. Di samping itu aku membeli 3 hari lebih awal dari tarikh perjalanan. Inter City ni menawarkan diskaun sehingga RM5.00 jika membeli tiket 5 hari lebih awal dari tarikh perjalanan dan RM4.00 jika empat hari awal. Harga satu seat Dewasa (Jitra-Kuala Lumpur) ialah RM47.00 dan aku hanya dikenakan RM44.00 sahaja.  Aku dah jimat lagi RM9.00.

Sewaktu di kaunter itu aku bukan sahaja dapat beli tiket dengan harga diskaun tetapi dapat info bahawa Inter City juga memberikan perkhidmatan menghantar motorsikal di bawah 130 cc.

Kos untuk menghantar motorsikal hanya RM120.00 jika diiringi dengan penumpang dalam perjalanan bas yang sama. Sekiranya hanya menghantar motorsikal sahaja tanpa penumpang harganya RM150. Jika menghantar dengan perkhidmatan courier pun kosnya lebih kurang sama tetapi dengan penghataran melalui bas bersama dengan penunggang, tidak ada lagi masalah untuk mendapatkan pengangkutan selepas tiba di destinasi.

Akhirnya dengan tindakan aku hendak menjimatkan RM6.00, aku telah mendapat pulangan yang lebih banyak lagi. Syukur Allah telah mendetikkan hati aku untuk dan itu adalah rezeki dariNya.

 

DIRGAHAYU TUANKU SERI PADUKA YANG DI PERTUAN AGONG KE 15

24 April 2017 bersamaan 27 Rejab 1438 adalah merupakan Hari Pertabalan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong ke 15. Tarikh yang sama juga adalah merupakan ulang tahun Isra dan Mikraj yang disambut oleh umat Islam seluruh dunia.  Lihat Biodata Baginda DI SINI.

DYMM Agong

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV
SULTAN MUHAMMAD V

 D.K., D.K.M., D.M.N., D.K. (Selangor)., D.K. (Negeri Sembilan)., D.K. (Johor)., D.K. (Perak).,

D.K. (Perlis), D.K. (Kedah)., .D.K. (Terengganu)., S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K.

 

RUJUKAN-RUJUKAN 

ISTANA NEGARA

 

CENDOL

Kali ini nak cerita pasal cendol.

Cendol adalah merupakan sejenis minuman manis yang menyegarkan kerana ia diminum atau makan dalam keadaan sejuk. Tak pasti pula adakah cendol panas? Jika Cendol Bakar tentu boleh didapati jika penjualnya bernama Bakar.

Asalnya cendol hanyalah mengandungi cendol, kacang merah, jagung dan ais yang diparut. Ia dimaniskan biasanya dengan air Gula Melaka atau gula kabung dan ditambah santan untuk membangkitkan rasa lemaknya.

cendol tradisi

Ais untuk dimasukkan ke dalam cendol dahulu disagat menggunakan peralatan yang direka khus untuk menyagat ais sama ada untuk cendol, ais kacang (ABC), ais kepal dan sebagainya. Kredit gambar di atas kepada Motormouth from Ipoh- Asian Food and Travel Blog  .

Dalam arus perniagaan berdaya maju, penjual cendol mula menambah kreativiti rasa dengan membuat modifikasi, menambahkan pulut dan Cendol Pulut menjadi begitu popular pada sekitar tahun 80an dan seterusnya.

Peniaga tidak berhenti setakat itu, kini Cendol dijual dalam berbagai variasi dengan menambahkan durian, mempelam, tapai dan juga aiskrim.

EzyWatermark170122095518118

Atas: Cendol pulut aiskrim di Ady Cendoi Jitra.

Cendol Pulut Durian 1

Cendol Pulut Durian

FIESTA BERENDOI BALING

Pada tahun 2014 saya telah berkesempatan untuk bersama rombongan FAM Trip Tourism Malaysia ke Negeri Sembilan dan menyaksi satu adat yang berkaitan dengan keagamaan dalam Masyarakat Melayu iaitu mencukur jambul bagi bayi yang baru dilahirkan.

Tahun 2016 saya dapat menyaksikan pula Berendoi adalah merupakan antara budaya Melayu yang semakin ditinggalkan oleh masyarakat atas beberapa sebab.

Berendoi berasal dari perkataan “endoi” yang merupakan buaian yang digunakan untuk menidurkan bayi atau kanak-kanak.

Menurut Wikipedia, berendoi diktakan berasal dari negeri Perlis di sekitar tahun 1930an dan ianya berkembang sehingga ke Kedah memandangkan kedua-dua negeri itu berjiranan. 

Peralatan untuk endoi ialah buaian yang digantung di tengah-tengah rumah, satu jag air dan juga sirih pinang yang diletakkan di dalam tepak sireh. Upacara berendoi ini boleh diadakan pada siang atau malam hari.

Satu kumpulan endoi biasanya berjumlah empat atau lebih. Upacara berendoi akan dimulakan dengan bacaan Maulud dan lagu yang didendangkan ialah Selawat Nabi sebelum diikuti dengan lagu-lagu lain. Isi lagu-lagu berendoi berupa puji-pujian kepada nabi dan juga nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa. Jumlah lagu yang didendangkan pada setiap kali persembahan bergantung pada kehendak tuan rumah.

Untuk pakaian persembahan, selalunya kaum lelaki memakai baju Melayu, bersongkok putih atau berserban dan berkain. Jika kumpulan berendoi itu terdiri daripada kaum wanita sahaja, maka pakaiannya adalah seperti mana yang lazim dipakai oleh wanita hari ini, iaitu berbaju kurung dan bertudung. Berendoi berfungsi alat hiburan dan pengajaran serta nasihat supaya anak mendengar nasihat ibu bapa. Nasihat bercorak agama disampaikan melalui lagu-lagu Nabi Muhammad dan Rukun Islam yang menceritakan sejarah nabi dan kehidupan nabi.

Setengah ibu bapa mengadakan upacara berendoi ini bersama-sama dengan acara aqiqah dan cukur jambul.

Sempena Hari Ibu 2016, Pergerakan Puteri UMNO Baling telah menganjurkan satu Fiesta Berendoi dan Sambutan Hari Ibu di Dewan Kenangan Baling, Kedah. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Pelancungan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermeiyati bt Samsudin.

Berendoi

Seramai lebih daripada 100 orang bayi dari seluruh Daerah Baling telah dikumpulkan dan dirai dalam Fiesta tersebut.

Semasa Fiesta Berendoi tersebut selain dari berendoi beramai-ramai, juga diadakan pertandingan menghias pulut kuning untuk kaum ibu. Pulut kuning juga adalah salah sajian istimewa bagi orang-orang Melayu khususnya ketika ada acara yang berkaitan dengan adat istiadat.

Pulut kuning  dimasak dengan sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna dan biasanya ia dimakan dengan gulai ayam, atau daging pada hari-hari istimewa, seperti hari perkahwinan, dan lain-lain keramaian.

Pada suatu masa dahulu, ia merupakan kemestian bagi upacara menyembah acak, tetapi kini tidak dilakukan lagi.

pulut kuning

Memandangkan sambutan yang diberikan oleh masyarakat sekitar Baling, acara seperti Fiesta Berendoi ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu produk tarikan pelancung ke Daerah Baling. Ia bolehlah digandingkan dengan populariti Kolam Air Panas Ulu Legong di mana terdapat banyak homestay di situ. Mengikut YDP Majlis Daerah Baling, hasil daripada tiket masuk ke Kolam Air Panas Ulu Legong itu sahaja dapat mengatasi hasil cukai pintu yang dibayar oleh penduduk daerah tersebut.

Jika ianya dirancang dan dimasukkan ke dalam kalendar pelancungan, besar kemungkinan bukan sahaja menambahkan produk pelancungan malah dapat mengekalkan budaya Melayu yang semakin ditinggalkan ini.

 

JOM, CENDUL PULUT DURIAN

Dah semakin jadi sebutan pula Cendol Pulut Durian sebelah kawasan aku ni. Tak pastilah area lain. Mungkin ada juga. Tapi yang nampak dalam facebook just kawasan Utara Kedah je.

Cendol Pulut Durian ni hanya modifikasi dari cendol pulut, tapi dah ditambah dengan seulas dua durian menjadikan makanan ini mendapat sambutan. Disamping itu ada juga cendol pulut memlepam, tapi mcm kurang disebut-sebut pula. Ada lagi satu modifikasi cendol ni iaitu ada yang tambah dengan tapai. Namun tapai bukan semua orang suka makan, jadi kuranglah sambutannya.

Selepas melihat foto yang dipost oleh seorang kawan tentang cendol pulur curian, timbul rasa teringin nak rasa juga, walaupun harganya mahal sedikit tetapi memang berbaloilah juga.

 

Mula dulu pergi ke sebuah restoran berhampiran dengan rumah dengan tujuan nak rasa, ambil gambar dan buat posting dalam blog. Tetapi selepas Cendol Pulut Durian itu sampai, tengok presentation dia tidak membangkitkan ummph untuk post gambar itu.

Seterusnya pergi cari di sebuah restoran lain yang agak jauh.

Cendol Pulut Durian ni memang rasanya enak dan menyejukkan apa lagi di musim panas di kawasan Utara sekarang. Walaupun durian itu sendiri panas tetapi cendol, pulut dan ais itu mengimbanginya.

Salah sebuah Restoran yang ada menyediakan Cendol Pulut Durian ialah di Kepala Batas, Kubang Pasu, Kedah. Restoran ni juga menyediakan sajian lain berasaskan pulut seperti pulur durian dan mempelam.

Cendol Pulut Durian Head Road

 

 

 

Hilang Tapi Tetap Untung

TEKNOLOGI

Dilaporkan Maxis kehilangan lebih 1 juta pengguna sejak 12 bulan lalu dan lebih 400,000 dalam 3 bulan pertama tahun ini. Baca selanjutnya di SINI.TMR-Maxis-1million-exit-1

Salah satu faktor yang disebutkan dalam laporan tersebut mungkin sekali Customer Relation oleh pihak penyedia perkhidmatan tersebut. Satu lagi sebab ialah keangkuhan pemiliknya yang juga pemilik stesen TV berbayar ASTRO ialah keangkuhan beliau yang mengatakan bahawa beliau tidak hirau dengan orang Melayu kerana dia tidak bergantung kepada mereka. Namun yang lari dari Maxis itu bukanlah orang Melayu sahaja.

13087536_242027799485687_7747148214937329008_n

Melalui media sosial kita banyak dengar rungutan tentang Maxis ni. Apa lagi dengan munculnya syarikat penyediaan perkhidmatan yang baru yang memberikan tawarab yang lebih rendah dan lebih kompetetif.

 

El Nino ? Strok Haba?

Ramai diantara kita mula mempelajari istilah baru setelah Allah turunkan bala sebagai peringatan.

Kita tahu apa itu jerebu sejak kali pertama negara menghadapinya pada tahun 1997 lalu dan jerebu pun masuk ke dalam senarai istilah orang awam. Kemudian semasa MH370 hilang, kita juga belajar istilah baru seperti doppler, dopler effect dan dopler shift dan beberapa istilah yang berkaitan dengan aviasi.

Sekarang Allah turunkan lagi bala dengan memberikan kita cuaca panas yang ekstrim sebagai kesan dari El nino. El Nino ni pun dah berlaku beberapa kali sebelum ini, tetapi kita tidak begitu terkejut dengan cuaca panas yang bibawanya. Hasil dari El Nino ini kita mula mengenali pula apa itu stroke haba.

Apa itu El Nino

Menurut laman web MetMalaysia, ia adalah fenomena lautan yang berlaku setiap dua hingga tujuh tahun di mana arus laut yang panas akan mengantikan arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai barat Peru, Amerika selatan. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang lebih luas meliputi Pasifik Tengah dan Timur serta mempunyai kaitan dengan peristiwa cuaca luar biasa yang ketara di tempat-tempat tertendu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, belaku keadaan cuaca lebih kering dari normal sementara di Pasifik Tengah dan Timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya mengalami keadaan lembab.

elnino
Fenomena El Nino

Kesan El Nino terhadap cuaca di Malaysia ialah keadaan kering luar biasa serta jumlah hujan berkurangan di Sabah dan Sarawak. Cuaca yang panas boleh menyebabkan cuaca menjadi lebih panas dan kering dan mudahnya berlaku kebakaran hutan yang boleh mengakibatkan jerebu tebal.

Beberapa bandar di Semenanjung telah mencatat suhu yang agak tinggi sehingga ada yang mencapai 39.7 darjah selsius.

Kementerian Pendidikan juga telah mengumumkan penangguhan aktiviti pengajaran dan pembelajaran selama dua hari pada 22 dan 23 Mac 2016

Cuaca panas yang sedang melanda negara sekarang (khususnya kawasan Utara) telah memberi beberapa kesan terhadap kesihatan seperti Heat Stroke (juga disebut Sun Stroke), Heat Exhaustion dan Heat Cramp.

Semua masalah tersebut berlaku disebabkan suhu badan meningkat terlalu tinggi sama ada dari kesan luaran seperti kepanasan yang melampau atau dari dalam ialah badan tidak cukup air atau dehidrasi.

Grafik berikut (yang dipetik dari internet dan perkongsian aplikasi Whatsapp) adalah pandaun kepada pembaca untuk memahami lebih mendalam tentang apa yang sedang menjadi perbualan masyarakat berkaitan keadaan cuaca panas.

IMG-20160319-WA0209

heat-stress-prevention-a-case-study-dr-divyang-shah-occupational-health-medical-services-6-638

heat-illness-prevention-protection-and-recovery-18-638

heat-related-illness-and-injuries-8-638heat-emergencies

 

Anda boleh dalam info lebih lanjut dengan menonton presentation BERIKUT

Baca juga INFO INI dari Bahagian Info Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia

 

 

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: