JOM, CENDUL PULUT DURIAN

Dah semakin jadi sebutan pula Cendol Pulut Durian sebelah kawasan aku ni. Tak pastilah area lain. Mungkin ada juga. Tapi yang nampak dalam facebook just kawasan Utara Kedah je.

Cendol Pulut Durian ni hanya modifikasi dari cendol pulut, tapi dah ditambah dengan seulas dua durian menjadikan makanan ini mendapat sambutan. Disamping itu ada juga cendol pulut memlepam, tapi mcm kurang disebut-sebut pula. Ada lagi satu modifikasi cendol ni iaitu ada yang tambah dengan tapai. Namun tapai bukan semua orang suka makan, jadi kuranglah sambutannya.

Selepas melihat foto yang dipost oleh seorang kawan tentang cendol pulur curian, timbul rasa teringin nak rasa juga, walaupun harganya mahal sedikit tetapi memang berbaloilah juga.

 

Mula dulu pergi ke sebuah restoran berhampiran dengan rumah dengan tujuan nak rasa, ambil gambar dan buat posting dalam blog. Tetapi selepas Cendol Pulut Durian itu sampai, tengok presentation dia tidak membangkitkan ummph untuk post gambar itu.

Seterusnya pergi cari di sebuah restoran lain yang agak jauh.

Cendol Pulut Durian ni memang rasanya enak dan menyejukkan apa lagi di musim panas di kawasan Utara sekarang. Walaupun durian itu sendiri panas tetapi cendol, pulut dan ais itu mengimbanginya.

Salah sebuah Restoran yang ada menyediakan Cendol Pulut Durian ialah di Kepala Batas, Kubang Pasu, Kedah. Restoran ni juga menyediakan sajian lain berasaskan pulut seperti pulur durian dan mempelam.

Cendol Pulut Durian Head Road

 

 

 

Hilang Tapi Tetap Untung

TEKNOLOGI

Dilaporkan Maxis kehilangan lebih 1 juta pengguna sejak 12 bulan lalu dan lebih 400,000 dalam 3 bulan pertama tahun ini. Baca selanjutnya di SINI.TMR-Maxis-1million-exit-1

Salah satu faktor yang disebutkan dalam laporan tersebut mungkin sekali Customer Relation oleh pihak penyedia perkhidmatan tersebut. Satu lagi sebab ialah keangkuhan pemiliknya yang juga pemilik stesen TV berbayar ASTRO ialah keangkuhan beliau yang mengatakan bahawa beliau tidak hirau dengan orang Melayu kerana dia tidak bergantung kepada mereka. Namun yang lari dari Maxis itu bukanlah orang Melayu sahaja.

13087536_242027799485687_7747148214937329008_n

Melalui media sosial kita banyak dengar rungutan tentang Maxis ni. Apa lagi dengan munculnya syarikat penyediaan perkhidmatan yang baru yang memberikan tawarab yang lebih rendah dan lebih kompetetif.

 

El Nino ? Strok Haba?

Ramai diantara kita mula mempelajari istilah baru setelah Allah turunkan bala sebagai peringatan.

Kita tahu apa itu jerebu sejak kali pertama negara menghadapinya pada tahun 1997 lalu dan jerebu pun masuk ke dalam senarai istilah orang awam. Kemudian semasa MH370 hilang, kita juga belajar istilah baru seperti doppler, dopler effect dan dopler shift dan beberapa istilah yang berkaitan dengan aviasi.

Sekarang Allah turunkan lagi bala dengan memberikan kita cuaca panas yang ekstrim sebagai kesan dari El nino. El Nino ni pun dah berlaku beberapa kali sebelum ini, tetapi kita tidak begitu terkejut dengan cuaca panas yang bibawanya. Hasil dari El Nino ini kita mula mengenali pula apa itu stroke haba.

Apa itu El Nino

Menurut laman web MetMalaysia, ia adalah fenomena lautan yang berlaku setiap dua hingga tujuh tahun di mana arus laut yang panas akan mengantikan arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai barat Peru, Amerika selatan. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang lebih luas meliputi Pasifik Tengah dan Timur serta mempunyai kaitan dengan peristiwa cuaca luar biasa yang ketara di tempat-tempat tertendu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, belaku keadaan cuaca lebih kering dari normal sementara di Pasifik Tengah dan Timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya mengalami keadaan lembab.

elnino
Fenomena El Nino

Kesan El Nino terhadap cuaca di Malaysia ialah keadaan kering luar biasa serta jumlah hujan berkurangan di Sabah dan Sarawak. Cuaca yang panas boleh menyebabkan cuaca menjadi lebih panas dan kering dan mudahnya berlaku kebakaran hutan yang boleh mengakibatkan jerebu tebal.

Beberapa bandar di Semenanjung telah mencatat suhu yang agak tinggi sehingga ada yang mencapai 39.7 darjah selsius.

Kementerian Pendidikan juga telah mengumumkan penangguhan aktiviti pengajaran dan pembelajaran selama dua hari pada 22 dan 23 Mac 2016

Cuaca panas yang sedang melanda negara sekarang (khususnya kawasan Utara) telah memberi beberapa kesan terhadap kesihatan seperti Heat Stroke (juga disebut Sun Stroke), Heat Exhaustion dan Heat Cramp.

Semua masalah tersebut berlaku disebabkan suhu badan meningkat terlalu tinggi sama ada dari kesan luaran seperti kepanasan yang melampau atau dari dalam ialah badan tidak cukup air atau dehidrasi.

Grafik berikut (yang dipetik dari internet dan perkongsian aplikasi Whatsapp) adalah pandaun kepada pembaca untuk memahami lebih mendalam tentang apa yang sedang menjadi perbualan masyarakat berkaitan keadaan cuaca panas.

IMG-20160319-WA0209

heat-stress-prevention-a-case-study-dr-divyang-shah-occupational-health-medical-services-6-638

heat-illness-prevention-protection-and-recovery-18-638

heat-related-illness-and-injuries-8-638heat-emergencies

 

Anda boleh dalam info lebih lanjut dengan menonton presentation BERIKUT

Baca juga INFO INI dari Bahagian Info Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia

 

 

Explorasi Gua Gunung Keriang

Aku tidak sangka akan melalui satu pengalaman menjelajah gua yang sebenarnya kerana pada mula sangka akan mendaki Gunung Keriang hingga ke puncak. Menjelajah gua yang aku ikuti ini bukanlah berjalan meniti laluan yang dibina khusus untuk pengunjung seperti apa yang terdapat di Gua Kelam, Perlis atau lain-lain gua yang dibangunkan oleh pihak berkuasa sebagai tarikan pelancung. Apa yang aku lalui ialah meneroka ke dalam gua yang gelap gelita walaupun ianya adalah laluan peneroka yang lepas.

Gunung Keriang adalah merupakan sebuah bukit batu kapur yang terletak lebih kurang 7 kilometer dari bandaraya Alor Setar. Gunung ini mempunyai lagenda tersendiri kerana dikatakan menjadi batu setelah disumpah oleh Sang Gedembai. Ceritanya Gunung ini asal sebuah kapal yang sedang belayar dan di dalamnya ada seorang puteri yang jelita. Sang Gedembai berkenan dengan puteri berkenaan dan meminta untuk mengahwininy tetapi ditolak. Marah dengan penolakan itu dia menyumpah kapal itu dengan isinya menjadi batu.

Keyakinan penduduk sekitar bahawa asal Gunung Keriang adalah sebuah kapal yang terkena sumpah ialah adanya tempat-tempat yang menyerupai bahagian dalam kapal. Salah satunya ialah di Gua Buaya dan Dataran Buaya. Berada di Dataran tersebut rasa seolah-olah berada di atas dek kapal dengan ngin segar dan dingin menyapa.

Kami diberitahu bahawa Dataran Buaya itu mungkin sebuah ruang balai yang di huni oleh Puteri. Lanskap di Dataran Buaya itu sememangnya nampak bagiakan berada di balai rong kerana satu ruang persada yang tinggi dan dindingnya bagikan diselimut oleh tabir dari kain jarang seperti mana-mana hiasan persada di Balai Rong.

Angin yang meniup begitu dingin dan terasa segar. Mengikut ceritanya bertentangan dengan persada itu terdapat ruang yang dikatakan sebagai dapur dan di kawasa situlah dahulu masyarakat sekitar Gunung Keriang sering meminjam pinggan mangkok dan peralatan jika hendak buat kenduri. Kini semua itu tinggal kenanagan kerana dipercayai ramai yang melanggar pantang larang ketika meminjam peraltan-peralatan berkenaan.

Kami berhenti berehat di Dataran Buaya tersebut untuk mengisi perut dengan bekalan Nasi Lemak yang di bawa.

Selepas itu kami meneroka lagi ke beberapa gua shinggalah akhirnya keluar melalui pintu selatan di mana Kerajaan Negeri Kedah telah membina laluan-lauan bertiti untuk memudahkan pelancung menikmati keindahan Gua Gunung Keriang. Pelancung doleh naik menggunakan lif setinggi 8 tingkat untuk ke pintu gua. Semuanya sudha siap tetapi sayang, ia menjadi gajah putih dan terbengkalai begitu sahaja. Segala infrastruktur yang dah siap dan menanti pengunjung sahaja tetapi terbengkalai.

Penerokaan ke dalam Gua Gunung Keriang begitu mencabar tetapi hasilnya menyeronokkan. Masa tidak mengisinkan kami untuk meneroka lebih jauh lagi dan aku berasam untuk datang semula. Masih banyak gua yang belum dimasuki. Posting ini saya juga buat dalam blog Bahasa Inggeris saya mykembara

Gua Gunung Keriang South Gua Gunung Keriang

Gua Gunung Keriang Abandoned

 

 

 

Tak Habis-habis Masalah Pos Laju

Pernah DS Samy Velu cakap dalam Parlimen tentang Pos Laju,

“Esok pos Hari ini sudah sampai”

Dulu pernah hantar satu consignment dari Jitra kepada anak di Subang Jaya, Baca betul-betul SUBANG JAYA bukannya LONG PASIA atau LONG BANGA di Pedalaman Sarawak tu. Satu minggu baru sampai. Bila barang sampai semua isi sudah hancur menjadi sampah. Memang teruk betul.

Kali ini pasal beli satu barangan secara online. Lokasi penjual itu pun bukan di LONG PASIA atau BA’KELALAN tapi BALAKONG dekat KL saja. Dan aku duduk di Bandar JITRA, yang PPL Pos Laju hanya 1km dari rumah.

Buatlah tracking untuk mengesan di mana sudah barangan yang di hantar itu berada. Lihat print screen di bawah. Ambil perhatian pada kotak hitam (bukan mengesan mengapa MH370 hilang)

Item sampai PPL Jitra 9.59 pagi. 7.08 minit petang hari yang sama ia dihantar balik ke Balakong.

POS LAJU

Sepatutnya item itu dihantar kepada penerima, jika penerima tidak ada di rumah mungkin cuba buat penghantaran kedua pada hari berikutnya, Setidak-tidaknya berikan notis untuk collect item di PPL seperti selalunya dalam tempoh 7 hari. Ini tidak tk sampai 12 jam item dah dihantar balik semula kepada pejabat asal. Tak kah banggang punya kerja mcm tu.

Bagaimanalah jika item itu sesuatu yang amat mustahak dan perlu diperolehi dengan segera? Sekarang proses penghantaran semula item tersebut akan berulang dan mengambil masa 3-4 hari lagi.

Dengan perkhidmatan yang teruk itu pun masih ada hati nak dakwa National Courier. Rasanya Mangement Pos Laju ni kena pergi berkursus dengan DHL, Fedex atau pun Ta Q Bin yang lagi efisyen dari Pos Laju. Malah Mat Despatch pun lagi efisyen.

 

 

 

 

 

Hari Kesihatan Sedunia 2015 di Bukit Malau, Jitra

Aku ni sebenarnya sudah lama sedentary. Dulu time kerja bila stay hotel yang ada kolam renang ada jugalah turun berenang sebagai senaman.

Rasanya 6-7 tahun juga hidup secara sedentari ni tapi mungkin rezeki bagi aku Allah berikan rezeki dari aspek kesihatan. Metabolic rate badan tinggi sebab itu makanan tanpa kawalan pun tidak menyebabkan penambahan berat badan atau membuncitkan perut.

Angan-angan empat tahun lepas nak berbasikal mengantikan jogging, belilah sebuah basikal. Entah silap ke tak tak pastilah kerana beli MTB tapi menggunakannya untuk road. Dari segi penggunaan mesin, memanglah tak kena.

OKlah hari ini 4 Disember 2015 ada satu event sambutan Hari Kesihatan Sedunia peringkat Daerah Kubang Pasu bertempat di tapak hiking Bukit Malau, Jitra.

HKS00
Sambutan Hari Kesihatan Sedunia peringkat Daerah Kubang Pasu 2015 di Tapak Hiking Bukit Malau, Jitra

Awal-awal lagi lepas subuh bertolak ke lokasi dengan basikal. Ingat tu nak ikut Fun Ride tapi rupanya Fun Ride kena daftar dulu. So just ikut panjat bukit je lah.

Trek hiking Bukit Malau memang dah tak asing lagi sebab dan beberapa kali naik. Mula-mula naik lebih kurang sebulan lalu, memang terasa mengahnya. Beberapa kali terpaksa berhenti rehat untuk sampai ke puncak yang hanya setinggi 130 meter dari paras laut itu.

Bukan apa dah ada pengalaman masa hiking di Bukit Maxwell bersama seorang rakan dulu. Selepas separuh jalan berhenti rehat dan aku sandar pada pokok. Sekali sedar kawan aku sedang mengipas. Entah bila masa aku blackout. Insiden itu kini menjadi penanda aras tahap kemampuan untuk aku bersenam.

Setelah beberapa kali memanjat Bukit Malau itu dapat dirasakan perbezaan keupayaan memanjat. Sekarang sudah mampu memanjat dengan kelajuan yang lebih tinggi dan kurang masa rehat sehinggalah sampai ke atas.

Event hari ini adalah anjuran Pejabat Kesihatan Kubang Pasu dan Persatuan Diabetes Cawangan Kubang Pasu. Tema event ialah Hidup Sihat Tanpa Alkohol. Disamping itu sempat juga turunkan tanda tangan sebagai sokongan kataka Tidak pada Vape, e-cigarette dan Rokok.

Event diresmikan oleh Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan yang juga ADUN Jitra. Beliau telah melepaskan peserta Fun Ride dan juga Peserta Hiking.

HKS 15
Sempat lagi YB Aminuddin berselfie dengan peserta hiking
12351239_10208088403038024_917085411_n
Peserta berbasikal Fun Ride menanti pelepasan oleh YB Aminuddin

HKS9

HKS Casualti
Ada juga casualti. Jabatan Pertahanan Awam menurunkan seorang peserta yang pengesan semasa melakukan aktiviti.

Bukit Malau kira-kira 7 km dari bandar Jitra boleh dijadikan sebagai salah satu lokasi untuk pelancung/pelawat ke daerah ini jika mereka mencari aktiviti yang berbentuk cabaran.

YB Aminuddin yang merupakan ADUN Jitra dan telah hadir di tapak hiking tersebut boleh mencadangkan kepada Jawatankuasa Pelancungan Negeri untuk menyenaraikannya ke dalam tempat-tempat cadangan untuk dilawati.

Apa yang dibimbangi ialah Bukit yang asalnya kebun getah ini mempunyai aktiviti kuari di kakinya dan kemungkinan di ratakan di masa hadapan.

 

Vape & Shisha : Haram Di Kedah

Sebelum ini Kedah telah pun mengisytiharkan Ketum Haram. Ini kerana ketum, walaupun telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Ketum diharamkan kerana menimbulkan kesan ketagihan dan penyingkiran (withdrawal). Baca Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah.

Kini Vape yang menjadi isu mutakhir juga dikategorikan sebagai haram di Kedah. Shisha juga difatwa sebagai haram di Kedah. BACA.

Vape

Walaupun telah difatwakan sebgai haram namum memang masih ramai yang akan terus menggunakannya sama seperti rokok yang telah difatwakan sebagai haram.

Saya suka membaca komen Sdr Peter Zammy dalam post yang berkaitan di Facebook. Berikut saya copy apa yang beliau tulis:

Ada 2 istilah “haram” yg kita kena faham.
1. Haram dari sisi agama islam.
2. Haram dari sisi undang2 pemerintah.

Contoh haram dari sisi agama islam.
— Haram disisi agama bermaksud melakukan sesuatu perbuatan yg mengundang dosa. Meninggalknnya dpt pahala.

Contoh haram dari sisi undang2 pemerintah.
— Haram disisi undang2 bermaksud melakukan sesuatu perbuatan yg ditakrifkn sebagai jenayah oleh kerajaan dan boleh diambil tindakan undang2.

***Kedua2 perkara ni mungkin boleh berkaitan dan mungkin tidak.

Contoh haram disisi agama tetapi halal disisi undang2 kerajaan.

1. Rokok dan arak difatwakan haram oleh majlis fatwa kebangsaan, jadi jika pelaku tersebut ialah orang islam, maka dia berdosa.
– (Fatwa Kebangsaan 1984-arak)
– (Fatwa Kebangsaan 1995-rokok)

2. Rokok dan arak dikira halal disisi kerajaan yg membolehkan ia dijual dlm negara dgn cukai. sesiapa yg menghisap dan meminumnya tidak akan diambil tindakan undang2.( kecuali mabuk ketika memandu)

Contoh haram disisi agama dan haram disisi undang2 pemerintah.

1. Dadah telah difatwakan haram utk digunakan (selain tujuan perubatan) atau diedarkn oleh majlis fatwa kebangsaan, jadi jika pelaku tersebut ialah orang islam, maka dia berdosa.
(Fatwa Kebangsaan 1982-dadah)

2. Dadah diwartakan haram utk dihisap atau diedarkn oleh kerajaan, jadi pelaku perbuatan tersebut dianggap jenayah dan boleh diambil tindakan undang2.

Kesimpulan,
1. Fatwa yg dikeluarkn oleh majlis fatwa kebangsaan adalah hanya sebagai panduan kepada umat islam.
2. Penguatkuasaan undang2 dlm kerajaan pemerintah bukan dlm bidang jabatan agama islam negeri atau kebangsaan.
3. Sekarang ni anda tau kenapa karpal singh kata negara ni adalah sekular bkny islam khasny konteks undang2 kerajaan.

Jadi terpulanglah kepada perokok dan pengemar shisa dan vape kerana ia tidak lagi dikategorikan sebagai haram yang sama statusnya dengan penyalahgunaan dadah.

Sememangnya akan kedengaran komen-komen, “banyak lagi benda yang haram masih dilakukan oleh orang Islam kenapa tak heboh pun?”.

Apa-apa pun kita dengar dulu lagu ini

dan yang ini