Hujung Minggu Youtuber Tamtam ajak pergi buat shooting kat Daerah Yan. Perancangan kilat. So bertolaklah pada itu menuju ke Yan dan destinasi pertama ialah ke Pulau Bunting. Pulau Bunting ni lain tau dengan Pulau Dayang Bunting di Langkawi
Pulau ini adalah pulau paling ke utara sekali diantara pulau-pulau yang terdapat di pesisir pantai Yan dan satu-satunya pulau yang dihubungkan ke daratan dengan sebuah jambatan sepanjang 2.3 kilometer yang siap dibina pada tahun 2005 setelah dimulakan pada tahun 2002.
Jambatan Pulau Bunting pada Koordinat: 5°52′43.7″N 100°20′45.8″E / 5.878806°N 100.346056°E / 5.878806 mempunyai kelebaran 13 meter. Pada bahagian tengahnya terdapat bahagian yang ditinggikan dari paras laut menggunakan kaedah arch cable-stayed sepanjang 80 meter setinggi 30 meter dari paras permukaan laut. Jambatan ini di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan dibina oleh Gamuda Berhad.
Pulau Bunting masih belum berpenghuni sebab itulah pada ketika jambatan dibina media mengelarkannya sebagai Bridge to Nowhere.
Kini jambatan tersebut telah disambungkan ke laluan utama seperti Jalaranraya Persekutuan Route 1 yang juga disambungkan ke Lebuhraya PLUS.
Pihak yang berkenaan seperti Pejabat DUN Sungai Limau dan Majlis Daerah Yan mempunyai perancangan untuk membangunkan Pulau Bunting sebagai salah satu lagi produk pelancungan untuk Daerah Yan. Usaha telah bermula dengan satu program gotong royong yang telah dilaksanakan untuk membersihkan sampah-sampah yang ditinggalkan oleh pengunjung yang tidak bertanggungjawab.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Bunting ialah memancing, sukan rekreasi air, island hopping, mandi manda dan hiking menjelajah pulau.
Semoga dalam masa terdekat Pulau Bunting akan dapat dibangunkan sebagai sebuah destinasi Pelancungan Rekreasi untuk Daerah Yan khususnya dan Kedah amnya.