Perkembangan terbaru di You Tube ialah adanya Tab baru yang dinamakan Reels. Ia adalah sama dengan Stories di Facebook dan Instagram dan Whatsapp.
Buat masa ini, ianya masih dalam Beta dan boleh digunakan oleh Creator yang layak. Kelayakan untuk menggunakan Stories ialah 10k Subs. Apabila seseorang Creator mencapai jumlah subs tersebut, ia akan mengambil masa sehingga 4 minggu sebelum Tab Stories muncul dalam channel.
Stories akan membolehkan Creator membuat video pendek sehingga 30 saat sebelum menambah filter, musik, teks dan sebagainya termasuklah stiker “You tube-y”. Lihat contoh REELS.
Apabila seseorang Creator berkongsi Storynya yang belum anda tonton, akan muncul lingkaran berwarna pada foto profilenya. Tap gambar profil untuk menonton. Tap kiri atau kanan peranti untuk skip story. Tekan skrin berterusan untuk pause.
Sekarang You Tube bukan sekadar sumber hiburan tetapi semakin menjadi sumber rujukan untuk membuat sesuatu. Kalau kita tanya macam mana nak buat sesuatu, kemunginan besar jawapan yang kita akan dapat ialah “Ko tengok kat You Tube” atau “Dalam You tube ada tu“
Memang benar, apa yang anda ingin ketahui kebarangkalian besar jawapannya ada dalam You Tube. You Tube dah menjadi laman web video yang terbesar di dunia. Berdasarkan ranking Alexa, You Tube menduduki ranking kedua selepas Google dan mengambil alih kedudukan Facebook sebagai laman web paling popular di dunia. You Tube dah menjadi household word dalam kehidupan manusia.
Jika satu ketika dahulu seseorang boleh jadi Instafamous melalui aplikasi Istagram, sekaran ramai boleh jadi You Tuber dan jadi popular melalui laman perkongsian video ini. YouTube adalah merupakan sebuah laman perkongsian video yang berpusat di San Bruno, California. Ia dibangunkan oleh tiga orang bekar pekerja PayPal iaitu Chad Hurley, Steve Chen, and Jawed Karim pada bulan February 2005. Selepas itu Google membeli laman ini pada bulan November 2006 pada nilai US$1.65 billion. Kini YouTube beroperasi sebagai anak syarikat Google.
Hari ini nak jadi seorang You Tuber amat senang kerana majoriti pengguna internet yang ada akaun email Gmail. Apabila anda ada akaun Gmail sudah mudah untuk menjadi You tuber kerana automatik anda akan dapat akaun You Tube jika anda sudah Sign In ke Gmail dan klik pada laman You Tube. Itulah langkah pertama anda untuk menjadi seorang You Tuber.
Semua orang boleh jadi You Tuber sebab hampir semua org ada handphone yang ada fungsi merakam video. Bila anda rakam video di mana anda simpan video-video tersebut? Hanya dalam gallery di handphone? Mungkin anda akan pindahkan ke dalam komputer. Bila storan di handhandphone anda dah penuh, apa anda lakukan? Pastinya memadam mana-mana file yang dianggap tidak perlu. Bagaimana jika phone anda hilang? Segala isi dalam handphone juga akan turut hilang. Sayangkan, galeri anda yag penuh dengan memori indah, hilang terus.
Jadi cara yang paling selamat ialah dengan memuatnaik video-video anda ke internet dan ia akan kekal sehingga anda padam akaun anda di internet. Video yang anda rakam mungkin mengandungi ilmu, pengalaman dan teladan yang berguna untuk orang lain. Ilmu yang berguna akan menjadi jariah, walaupun anda sudah tidak ada lagi di alam dunia.
Apakah habit anda untuk melabel bagasi khususnya jika anda hendak menaiki kapalterbang untuk ke destinasi anda. Ada orang yang bimbang jika bagasinya hilang semasa bagasi diuruskan oleh pihak lapangan terbang meletakkan info lengkap agar jika bagasi hilang pihak bertanggungjawab boleh menghantar ke alamat yang terdapat pada tag bagasi.
Sebenarnya ia merbahaya.
Apa-apa juga maklumat yang membolehkan seseorang/kumpulan yang berniat jahat dapat mengesan lokasi rumah/pejabat anda adalah lead kepada mereka. Malah pernah ada nasihat agar pass check in penerbangan pun perlu tidak wajar dimuatnaik ke media sosial kerana ia boleh mendedahkan maklumat sulit kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Dengan teknologi hari ini, ruang untuk penjenayah melaksanakan jenayah mereka cukup luas dengan lead yang mencukupi.
Baru-baru ini viral di Whatsapp satu mesej dari British Airways menasihatkan semua penumpang penerbangan berhati-hati dengan tag bagasi mereka. Sila baca di bawah:
Mencari ilmu tidak pernah tamat. Ini kerana ilmu yang Allah turunkan tiada hadnya dan terpulanglah kepada makhluknya untuk mengejar ilmu itu atau tida,
Peluang mendapat ilmu baru tersebar dalam group Whatsapp, dan malam itu juga aku menyatakan keinginan untuk mengikutinya. Ilmu barulah katakan dan berkaitan dengan IT pula tu, satu-satu bidang yang memang aku minat walaupun bukan line kerjaya aku sebelum ini. Dari bidang sports beralih terus ke IT
Ilmu baru ini pun berkaitan dengan grafik juga. Dulu dah belajar Adobe Photoshop kemudian pergi pula Adobe Illustrator dan kini belajar menggunakan software 3D pula. Berbanding Photoshop dan Illustrator, 3D printing masih tidak ramai yang mempelajarinya.
Kursus diadakan di Pusat Internet Satu Malaysia di bandar Changloon Kedah. Dekatlah tu dengan Universiti Utara Malaysia.
Hari pertama diperkenalkan software untuk merekacipta model untuk 3D. Software yang digunakan ialah Sketchup Make 2017. Sketchup ni ada dua versi, satu versi Percuma dan datu lagi versi Sketchup Pro. Dah Pro semestinyalah kena beli lesennya.
Sampai di PI1M dengan penuh semangat nak belajar ilmu baru, tapi nampak mcm tidak ada orang je. Baru tahu rupanya peserta yang hadir hanya 4 orang sahaja. Aku seorang sahaja lelaki. Betapa ruginya bagi mereka yang tidak mahu merebut ilmu baru, apa lagi ianya disediakan secara Percuma. Inilah sikap orang Melayu, tidak mahu mengambil kesempatan.
Hari pertama belajar basic menggunakan Sketchup dengan membuat projek pertama keychain.
Design pada kompuer adalah seberti berikut sementara foto kedua merupakan printout- 3D tu.
Hari Kedua belajar dan melihat demonstrasi printer 3D, antara printer yang ada di pasaran. Inilah bentuk printer berkenaan
Di bawah ini ialah “ink” untuk printer 3D. Kalau sebut ink tentu kita bayangkan cecair berwarna. Untuk 3D printing “ink”nya adapah jaluran plastik yang akan dicairkan dan membentuk corak berasaskan 3 Dimensi, # Dimensi maksudnya ada width, length dan height.
Projek untuk hari kedua ialah membuat rumah. Haha, aku dah nampak satu peluang baru untuk buat part time ni. Dulu masa belajar Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator, aku memang dah nampak peluang buat part time dalam designing. Bolehlah buat design beberapa banner dan poster untuk sebuah kedai printing di Jitra ni secara part time.
Sementara tunggu instructor tiba, aku pun mainlah Sketchup dan inilah hasilnya. 3D design sebuah rumah setingkat.
Aplikasi komputer ni akan pudar dari ingatan kita jika tidak buat latihan. So bila dah balik rumah mengadaplah komputer dan trylah latih guna ilmu yang dipelajari. Inilah hasilnya. Dua hari punya kerga.
Hahahaha, boleh cari makan tak? Shhhhh, 30% kot adalah copy n paste. Aku cuma design mansion 3 tingkat itu sahaja. Errrrr, bukan mansion tu, Actually pagar dan laman saja. hahahahaha. Insyaallah dengan latihan yang bersungguh-sungguh aku akan berjaya merekacipta.
By the was yang ini aku buat sendiri 100% kecuali grill sebab grill tu aku beli (baca sebagai download) dari 3D Warehouse yang support Sketchup
Dah lama juga tidak update blog ini. Sejak dok tumpu terhadap bisnes baru, letak tepi dulu blog ini. Tetapi berkaitan dengan bisnes yang baru itu juga mendorong untuk tulis posting ini.
Begini, bila bisnes online di era digital, salah satu musuh utama ialah scammer. Ada sahaja yang mengambil kesempatan. Samada untuk scam peniaga atau peniaga yang tipu pengguna. Dua-dua dikira scam.
Ceritanya begini.
Aku telah post satu iklan di Mudah.my utuk salah satu produk yang dipasarkan.
Sehari selepas iklan itu naik, ada dua mesej masuk. Kedua-dua mesej itu meminta info mengenai produk berkenaan. So aku chatlah dengan “prospek” memberi penerangan. Tak lama kemudian kononnya nak “close sales” . Memanglah seronok bila “prospek” dah setuju untuk membeli.
Walaupun seronok kerana nak dapat close sales, tetapi ada sesuatu yang membuatkan aku rasa macam tak kena dengan prospek aku. Nanti aku ceritakan. So aku terus whatsapp ke nombor phone yang dia berikan dalam Mudah/my itu.
Berikut screen capture chat aku dengan dia. Aku sengaja letak Nama dia dan No phone untuk perhatian peniaga online yang lain.
Walaupun dia hantar message kat Mudah.my dan aku cuba respons message itu tetapi aku dimakluman yang aku tidak dapat reply message itu kerana nombor dia kena suspend. Ini mula membuat aku tertanya-tanya dan sebab itulah aku whatsapp kepada nombor yang dibeirkan.
Bestlah kalau orang dari Netherlands pun nak beli barangan dari aku. Dia memberitahu bahawa dia NOW in Netherlands tetapi kemudiannya And currently in Malaysia. So suspicious kedua yang aku dapat rasa telah muncul.
So selepas dia menyatakan intention of buying, aku pun cari pula kos postage menggunaka Pos Laju.
Tadi dia cakap “And currently in KL” so aku tanyalah alamat dia di KL agar pengedar kami di KL boleh uruskan dan mungkin dia boleh beli secara COD. Jika nak courier pun lagi murah dan mungkin juga boleh same day delivery.
Dia masih berkeras nak beli secara online juga. OKlah, customer is always right.
So dia minta nombor akaun untuk bank in. Aku tidak berikan nombor akaun syarikat kerana suspicious yang aku sebut awal-awal tadi. Aku bagi nombor akaun yang dah tak boleh withdraw apa-apa lagi sebab tinggal duit buku sahaja. Kalau bagi nombor akaun syarikat nanti ada saki baki duit nak buat modal, habis dicekaunya.
Bila buka email, adalah satu email dari Barclays Bank, yang kononnya membuat transfer dari akaun MUHAMMAD SYADZWAN. Orang Melayu rupanya. Baca screen capture yang aku post juga di bawah ni.
Aku pun tak pernah terima duit dari akaun luar negara jadi tak tahulah bagaimana “nak proses” seterusnya. Jadi aku cakap nak minta pihak bank uruskan. Bukan apa, aku nak mula letak jerangkap samar. Dia tak bagi aku check dengan bank tetapi suruh aku refund je ke dalam satu akaun Maybank yang pastinya di Malaysia kot. Aku check nombor akaun tersebut. Memang betullah nama dan nombor akaun itu.
Memang itu salah satu Modus Operandi scammer. Jika aku refund duit lebihan itu sebelum duit masuk ke dalam akaun, burnlah duit itu. Dia ingat aku ni sebodoh itu nak bagi duit kat dia buta-buta. Aku pun penyumbang dalam penulisan Kurikulum Sports Management untuk topik Teknologi Dalam Sukan. Virus dan Internet scam ini adalah salah satu sub topiknya.
Bila aku cakap nak pihak bank verify, Itulah ayat terakhir yang aku tulis kerana dia dah tak berikan respons lagi.
Berikut ialah screen capture yang konon dari Barclays Bank berkaitan transaksi tersebut.
Aku diarahkan untuk REFUND ke dalam akaun MAYBANK atas nama NANCY JOSEPHAT
Aku test dan check kat Maybank2U akaun berkenaan dan mmg betul tu nombor akaun yang aku diarahkan untuk bank in. Tetapi aku berhenti setakat itu sahaja untuk buat pemindahan.
Kesimpulannya, jika Barclays ada agen bank tempatan mengapa perlu mereka transfer terus dari sana, sebaliknya boleh mengarahkan Maybank mengeluarkan RM70 sebagai bayaran pembelian.
Kepada peniaga online berhati-hatilah dengan berbagai taktik penipuan scammer untuk mendapatkan duit dari anda.
Peniaga-peniaga khususnya company yang buat pengiklanan di Mudah.my berhati-hatilah dengan nombor 0189036702.
Semakin banyak orang memperkatakan tentang Bitcoin sekarang. Dulu masa mula-mula ia dikeluarkan pada tahun 2009 rasanya ramai yang akan memandang serong sebagai satu lagi bentuk scam yang akan menjerat ramai orang khususnya di internet.
Bitcoin yang dikeluarkan pada Januari 2009 dan sehingga Mac 2010, tidak ada apa-apa nilai dalamnya kerana tidak ada perdagangan dalam pasaran. Ia hanya digunakan sebagai satu hobi sahaja tanpa apa-apa nilai di dalamnya
Hanya pada 22 Mei 2010 seorang yang bernama Laszlo Hanyecz membuat transaksi pertama di dunia menggunakan Bitcoin (BTC) apabila beliau membeli dua biji pizza di Jacksonville, Florida sebanyak 10,000 BTC. Pada ketika itu nilai 1 BTC baharu bernilai USD 0.003 dan pada masa posting ini ditulis (31 Julai 2017) nilainya sudah menjadi USD 2,721.98 dalam Cryptocurrency market. Jika sesiapa yang hari ini memegang 10 Bitcoin yang pada masa beli Julai 2010 dengan nilai hanya USD 0.07 cent, hari ini bernilai USD 272,198.00. Tukarkan je ke matawang MYR.
Walaupun ia baru muncul pada tahun 2009 tetapi kewujudan bentuk matawang krypto sudah bermula dan digunakan sebelum itu lagi seperti ecash dan hashcash.
Kryptocurrency ialah matawang dalam bentuk digital yang dicipta menggunakan kod open source dengan ciri-ciri keselamatan dan dalam banyak perkara adalah anonymous. Ianya lahir daripada hasil terciptanya teknologi pada masa Perang Dunia Kedua, iaitu satu keperluan komunikasi yang selamat. Cryptograhpy berkembang diera digital menggunakan elemen teori matematik dan sains komputer sebagai satu bentuk komunikasi, informasi dan matawang dalam talian.
Persoalan sekarang sejauh mana Cryptocurrency akan menjadi matawang antarabangsa di era digital? Sejauh mana ianya selamat digunakan sebagai nilai pertukaran kerana cryptocurrency ini adalah matawang yang amat rapuh. Kemajuan teknologi dan ilmu internet biasa sahaja mengundang hacker untuk menceroboh ke dalam sistem dan menghancurkan segala data yang ada menjadikan cryptocurrency ini tidak bernilai.
Cryptocurrency pada mata kasar kita hanyalah halimunan. Kita tahu ianya ada tetapi tidak dapat disentuh, dirasa dan dilihat seperti matawang Fiat yang kita sedang gunakan sekarang. Cryptocurrency tidak bersandar pada apa-apa berbanding matawang Fiat yang bersandar kepada Emas.
Walaupun sejak ianya dicipta hingga ke hari ini, Cryptocurrency tidak bersandarkan kepada apa-apa logam bernilai, tetapi pada suku pertama tahun 2017, 1 BTC sudah pun melepasi harga 1 auns emas buat pertama kalinya.
Apa pun mahu tidak mahu kita mungkin “dipaksa” menggunakan cryptocurrency sebagai medium jual beli dan kegiatan ekonomi pada masa depan. Asasnya kita lihat pada evolusi matawang sejak ianya lahir dari sistem perdagangan “barter” kemudian penggunaan logam sebagai medium pertukaran sehinggalah terciptanya matawang Fiat iaitu matawang kertas. Apabila teknologi semakin berkembang dan era digital dibangunkan, maka wang Fiat semakin diambilalih oleh kad plastik iaitu penggunaan kad kredit dan kad debit. Jadi tidak salah jika kita hendak katakan bahawa lambat laun wang plastik ini pun akan diambilalih oleh matawang Crypto. Ini berdasarkan semakin banyak urusan perniagaan sudah menerima Bitcoin sebagai menggantikan wang Fiat.
Keyakinan penggunaan matawang crypto ini akan menjadi kenyataan ialah berasaskan hari ini banyak urusan perniagaan sudah tidak lagi melibatkan pertukaran wang fizikal dari satu tangan ke satu tangan, sebaliknya menggunakan medium internet untuk melakukannya tanpa melihat dan memegang sebarang wang dalam bentuk fizikal. D Jepun, pada bulan Januari 2017, NHK melaporkan bahawa terdapat peningkatan 4.6 kali berbanding tahun 2016 dari segi kedai-kedai dalam talian menerima Bitcoin.
Cuma mungkin sebelum matawang crypto dapat digunakan, modalnya masih lagi memerlukan wang fizikal untuk membelinya sebelum ia membiak dalam pasaran Cryptomarket yang akhirnya menjadikan matawang fizikal tidak diperlukan lagi oleh seseorang.
Apa yang kita harapkan sekarang kerajaan negara-negara di dunia akan menjadikan penggunaan matawang Crypto sebagai satu legal tender seiring dengan mata kertas. Ini kerana matawang Crypto tidak boleh dicetak sesuka hari seperti matawang kertas yang boleh dicetak apabila lebih banyak wang diperlukan dan mengakibatkan berlakunya inflasi.
Berapa banyak Bitcoin kah yang boleh dimasukkan ke dalam pasaran? Mengikut satu informasi dalam internet akan ada hanya 21 juta Bitcoin dan apabila jumlah itu sudah dicapai, plat mencipta Bitcoin akan musnah dengan sendirinya. Apakah ni bermaksud ia akan mengawal inflasi masa depan?
Once it was released into the wild, the bitcoin currency ecosystem operated on a public, inalterable schedule. We know exactly how many bitcoins there are in existence today (12,446,725) and how many there will eventually be in total: when the 21 millionth bitcoin is minted, the plates automatically self-destruct.Mar 5, 2014
Dalam pasaran Cryptocurrency hari ini sudah terdapat ratusan cryptocurrency yang membolehkan pengguna membeli Bitcoin.
10 Cryptocurrency yang popular (semasa blog post ini ditulis 31 Julai 2017) ialah:
Sementara itu di negara kita antara yang populas ialah Bitcoin, Ethereum dan Dogecoin. Namun ada satu lagi Cryptocurrency yang dijangka menambah arus dalam pasaran Cryptocurrency ialah LCFHC yang berpusat di Shenzen, China yang akan mengeluarkan LCF Coin atau Phoenixcoin. Buat masa ini mereka belum lagi membuat apa-apa pelancaran dan dicadangkan pada bulan September 2017.
Baca juga maklumat tentang Cryptocurrency DI SINI.
Dalam post ini saya kongsikan tips untuk menguatkan signal telefon bimbit. Eh, bukan saya yang buat tapi saya jumpa kat You Tube. Bolehlah kalau nak cuba.
Di bawah pula tips untuk menukarkan signal 3G ke 4G pada peranti Android. Pertuakran hanya sementara kerana ia akan kembali ke 3G jika anda reset phone. Satu lagi kekurangannya ialah anda tidak akan dapat menerima panggilan telefon atau SMS.
#YouCanDuit nak galakkan masyarakat negara ini mencari pendapatan tambahan diera IT dan ICT.
#YouCanDuit bukan sekadar nak galak rakyat, khususnya orang Melayu, cari DUIT tetapi faksafah di sebaliknya (pada pandangan saya) ialah “Killing Two Birds With One Stone” Ceh!!!! kena minta izin kan?
Mengapa saya kata begitu? Pertama membuka peluang kepada rakyat, khususnya orang Melayu cari “duit poket” tambahan. Kedua “memaksa” rakyat tanpa mengira usia untuk mengenali, mempelajari dan menggunakan IT/ICT.
Di zaman mendatang, IT/ICT akan menjadi satu perkara yang wajib diketahui oleh setiap orang. Malah sekarang pun semakin banyak aktiviti harian dah menggunakan teknologi IT/ICT.
Jika rakyat tidak mula berjinak dengan IT/ICT dari sekarang, bila lagi?
Kita dah nampak, Atuk, Nenek, Opah, Wan kita semakin ramai dah pandai menggunakan telefon bimbit. Ini satu kemajuan peribadi bagi mereka kerana mahu tidak mahu kena ikut arus perkembangan teknologi. Sama jugalah dengan teknologi komputer ni. Akan tiba satu hari, jika usia dunia panjang, semua aktiviti harian menggunakan hujung jari untuk berfungsi.
#YouCanDuit adalah inisiatif#MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation) anak syarikat di bawah #MCMCuntuk menjana transformasi ekonomi digital untuk rakyat.
Pada 1 dan 2 April 2017 #MDEC telah mengadakan satu karnival #YouCanDuit bertempat di Dewan Seri Mentalon, Alor Setar dan dihadiri oleh ribuan rakyat dari segenap lapisan untuk mengetahui apa itu #YouCanDuit.
Karnival dua hari diisi dengan penerangan-penerangan untuk mengalakkan rakyat tentang cara-cara menjana pendapatan tambahan menggunakan platform PERCUMA yang disediakan oleh #MDEC iaitu #eRezeki dan #eUsahawan. eReseki untuk menjana pendapatan sampingan sementara eUsahawan untuk mentransformasikan usahawan-usahawan offline kepada usahawan online sejajar dengan perkembangan dan kemajuan teknologi eCommerce kini dan masa akan datang.
Kehangatan karnival #YouCanDuit diserikan dengan penampilan beberapa artis yang berjaya dalam bidang keusahawanan iaitu Datuk Rosyam Nor, Mok Cun (Erma Fatimah), Rozita Che Wan dan Fizo Omar.
Jika anda baru mengetahui tentang program ini setelah terjumpa blog ini, masih boleh daftarkan saja online di eRezeki dan eUsahawan. Kerajaan berkehendakan seberapa rmai mungkin rakyat Malaysia menyertainya kerana peluang mencari pendapatan tambahan terbuka luas bagi mereka.
Jika difikirkan buat apa lah lagi aku buang masa hadir kelas-kelas yang berkait dengan Facebook sedangkan aku dah mula gunakan Facebook sejak tahun 2007 lagi, dua tahun selepas Mark Zuckerberg ujudkan aplikasi ini secara tak sengaja hasil dari putus cinta.
Ramai yang beranggapan mereka yang sudah berusia 6 series ni patut dok rumah dan jaga cucu atau pergi dok masjid dan bersedia untuk ke alam seterusnya. Lagi pun Facebook ni tidak baik, dipenuhi dengan fitnah memfitnah, caci mencaci, benci membenci, menimbulkan perasaan buruk sangka, lubuk maksiat, dan macam-macam lagi keburukan.
Itulah manusia, ramai yang hanya berfikiran negatif dan kalau kita membaca artikal-artikal di akhbar, majalah atau mendengarnya di radio atau menonton di TV, yang sering kita dengan ialah media sosial khususnya facebook ni ialah cerita berkaitan yang negatif sahaja. Media sosial sebenarnya membawa lebih banyak kebaikan berbanding keburukan. Bergantunglah pada niat dan cara penggunaannya untuk tujuan apa. Jika menggunakan untuk kebaikan, jadilah ia baik, jika guna kemarah kejahatan dan negatif jadilah ia tidak baik.
Pada 27 Jun 2016, aku berpeluang hadir ke satu majlis menimba ilmu bagiamana menggunakan Facebook untuk pemasaran perniagaan. Walaupun aku pun menjadi tenaga pengajar untuk kursus berkaitan media sosial dalam sukan termasuklah penggunaan Facebook, tetapi aku masih menganggap diriku tidak sempurna lagi dengan penggunaan Facebook.
Bagi mereka yang tidak tinggal di luar Lembah Klang, peluang menimba ilmu seperti ini jarang-jarang diperolehi. Aku dapat merasakan kesan kekurangan peluang itu selepas berhijrah balik ke Kedah. MisalnyaDenaihati Network sering menganjurkan kursus-kursus berkaitan media sosial tetapi peluang untuk hadir tipis kerana jarak dan masalah-masalah sampingan yang lain. Jadi bila ada kesempatan seperti yang diberikan oleh KEDA itu, cepat-cepat aku merebut peluang. Tidak rugi menimba ilmu, jika tidak dapat digunakan untuk diri sendiri pun, boleh kongsi dengan sahabat handai dan masyarakat dan jika mereka menggunakan ilmu yang baik yang aku kongsikan itu, untuk tujuan yang baik, adalah ganjaran berterusan selepas mati kelak.
Banyak perkara baru yang dipelajar dalam kursus selama 6 jam itu yang dikendalikan oleh seorang pakar perniagaan online dan offline yang telah meraih beberapa anugerah kejayaan sehingga mendapat pengiktirafan KEDA dan untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya dengan pengusaha sedia ada dan pengusaha baru teknik-teknik pemasaran online menggunakan Facebook.
Seramai 40 orang peserta telah hadir dalam kursus yang diberikan secara percuma oleh pihak KEDA (Kedah Economic Development Authority)
Sebahagian dari peserta yang merupakan usahawan baru dan lama, tekun mendapatkan ilmu pemasaran menggunakan Facebook
Peserta telah diajar teknik-teknik dan bagaimana menggunakan tips and trick dalam Facebook untuk memasarkan produk perniagaan masing-masing. Peserta juga didedahkan dengan cara-cara dan langkah penggunaan poster, imej dan video dalam membantu memperkenalkan produk masing-masing di Facebook. secara percuma.
Salah satu lagi cara marketing menggunakan Facebook ialah dengan peniaga menyediakan sedikit peruntukan untuk pemasaran menggunakan Fbads. Peserta yang hadir beruntung dapat mempelajari teknik FBads secara percuma kerana kursus-kursus seperti itu selalunya mengenakan yuran penyertaan hingga ratusan ringgit.
Selaku peserta saya mengucapkan terima kasih kepada KEDA atas usaha mereka menganjurkan kursus tersebut dan juga penceramah En Mohd Fairose bin Mohd Yaakob atau lebih dikenali sebagam Tam Tam yang pernah menjadai usahawan burger online pada satu ketika dahulu. Beliau juga seorang pengusaha syarikat percetakan yang berjaya di kawasan Sungai Petani. Kedah dan kejayaan beliau memasarkan syarikat percetakan beliau secara online menggunakan marketing Tips & Trick di Facebook melayakkan beliau menjadi sifu kepada usahawan-usahawan baru (dan juga lama).
Kepada mereka yang bercita-cita untuk menjadi usahawan khususnya di negeri Kedah bolehlah menadaftar dalam Direktori Usahawan anjuran KEDA secara e-Daftar di USAHAWANKEDA
Dalam perniagaan, jika seseorang itu hendak berjaya kenalah ada mentor untuk membimbing. Tak kiralah siapa mentor anda, setiap dari mereka ada kelebihan dalam bidang masing-masing.
Sebagai langkah permulaan kepada bakal usahawan ataupun usahawan yang sedia ada jom lik page USAHAWAN KEDA di Facecook.
Sejak siaran televisyen disiarkan di negara kita, hingga hari ini pengguna masih lagi menonton siaran berbentuk analog.
Apa itu analog? Ia adalah satu cara bagaimana isyarat dihantar menggunakan gelombang magnetik dari pemancar kepada pengguna. RUJUK Kebanyakan gajet elktronik di rumah kita menggunakan gelombang analog untuk berhubung. Antaranya termasuklah alat kawalan jauh, radio analog, telefon dsb.
Bagi pengguna televisyen tanpa ASTRO sekarang kita sedang menikmati siaran dalam bentuk analog secara Free To Air merupakan siaran TV Teresterial.
Apabila zaman berubah dengan meningkatan teknologi, maka terhasillah pula gelombang analog yang pada satu hari kelak mungkin menjadikan penggunaan gelombang analog sebagai obsolete.
Apa itu gelombang digital? Ia merupakan hasil teknologi yang dapat mengubah signal menjadi kombinasi urutan bilangan 0 dan 1 (juga dengan biner), sehingga tidak mudah terpengaruh oleh derau, proses informasinya pun mudah, cepat dan akurat, tetapi transmisi dengan signal digital hanya mencapai jarak jangkau pengiriman data yang relatif dekat. Biasanya signal ini juga dikenal dengan signal diskrit. RUJUK.
Kelebihan gelombang digital ialah:
Ia mampu mengirim isyarat dengan kecepatan cahaya dan isyarat dhiantar dengan kelajuan yang tinggi.
Penggunaan yang berulang-ulang terhadap informasi tidak mempengaruhi kualiti dan kuantiti informasi yang hendak disampaikan.
Informasi yang dihantar mudah diproses ke dalam bentuk lain untuk tujuan penyimpanan atau mengolah kemudian.
Mampu memproses informasi dalam jumlah yang sangat besar dan dapat dikirimkan secara interaktif.
Contoh penggunaan digital kini ialah komputer, video, kamera, pencetak, peralatan menyukat dan sebagainya.
Dalam bidang penyiaran ramai diantara kita sudah mengalami pengunaan digital dalam hidup dan siaran ASTRO itu adalah dipancarkan secara digital. Sebab itu kadang-kadang apabila berlaku gangguan pada siaran TV kita akan nampak kesan seolah-oleh kotak-kotak kecil pada skrin TV yang merupakan pixel. MEASAT juga telah menggunakan gelombang digital dalam menyiarkan siaran radio mereka.
Pada tahun 2015 satu pengumuman telah dibuat bahawa kerajaan akan mula menukar siaran TV daripada analog kepada digital dan pada tahun 2018, siaran TV analog akan ditamatkan terus. Kita juga telah mendengar pengumuman bahawa mulaj Jun 2016, siaran yang disebut sebagai MyTV akan mula menyiarkan saluran TV terestrial iaitu RTM1 &2, Siaran TV dari Media Prima dan juga Berita BERNAMA dalam bentuk digital.
Rajah di bawah menunjukkan bagaimana TV Digital berfungsi
Siaran TV terestrial secara digital ini akan dikendalikan oleh MYTV Broadcasting Sdn. Bhd. yang telah diberikan lesen untuk menyediakan infrastruktur dan fasiliti jaringan bagi menyiarkan perkhidmatan Digital Terrestrial TV (DTT)
Bagaimana siaran Digital berbeza dari siaran Analog. tonton video di bawah
Tonton video di bawah
Sebagai persediaan untuk menerima siaran secara digital, pengguna hendaklah menggunakan peralatan yang dinamakn sebagai decoder. Decoder ini akan menukar isyarat yang diterima dari pemancar sebelum menghantar isyarat tersebut ke peti televisyen anda. Tak perlu tukar peti televisyen sedia ada walaupun ianya bukan TV flatscreen. Tonton klip video di bawah cara untuk sambungkan decoder ke peti TV lama anda.
Sebenarnya ramai diantara kita sudah pun menikmati siaran digital walaupun tidak melanggan ASTRO. Ramai sudah membeli set decoder untuk mendapatkan siaran satelit seperti Skybox, Android box Mbox dan sebagainya. Beza siaran MyTV dan decoder untuk dapatkan siaran satelit ialahnya ia tidak memerlukan sambungan internet untuk mendapat siaran dan ianya pula adalah percuma. Pengguna hanya perlu membeli set top box atau decoder itu sahaja tanpa membuat apa-apa bayaran bulanan.
Walaupun siaran MyTV masih dalam fasa percubaan, tetapi pengguna sudah boleh membeli decoder MyTV sama ada secara online mahupun di kedai-kedai eletronik. Pastikan anda hendak membeli set yang betul kerana jika anda membeli set untuk MyTV dan bukan untuk TV satelit.
Decoder untuk MyTV hanya menggunakan antenna tulang ikan yang sedia ada di rumah atau antenna mudahalih di dalam rumah. Ia tidak memerlukan piring seperti piring ASTRO itu.
Rajah di bawah bagaimana menyambung alat decoder ke antenna dan ke TV. KREDIT Baca juga cara-cara memilih antenna yang sesuai dan cara meletakkan antenna DI SINI.
Di bawah ialah set decoder yang digunakan dalam ujian siaran
Di bawah satu contoh decoder yang terdapat di pasaran
Peta di bawah menunjukkan stesen-stesen pemancar yang digunakan sewkatu Fasa ujian siaran MyTV.
Pengguna ada masa sehingga tahun 2018 untuk mendapatkan set decoder digital sebelum siaran secara analog ditamatkan sepemuhnya. Sekiranya tidak TV anda tidak akan mendapat siarang dan hanya warna hitam sahaja akan dipaparkan. Tapi mungkin pada masa itu TV pun sudah ada built in decoder kot untuk menerima siaran digital. Dalam kemajuan teknologi ini semua boleh.
Dengan digital TV gambar yang dipaparkan pada layar TV akan menjadi lebih jelas dan tajam dan mana-mana kawasan yang tidak berupaya menerima siaran analog sebelum ini mungkin akan dapat menerimanya.