Telok Bayu Pulau Pinang

Pada 17 Mac 2023 merupakan kali kedua camping di Pantai Telok Bayu, Telok Kumbar, Pulau Pinang. Kali ini camping selama 3 hari 2 malam dan di lokasi yang hampir sama dengan sebelumnya. Ini kerana kawan-kawan camper lain sudah sampai terlebih dahulu sudah park camper masing-masing di situ.

Lokasi yang kami camp itu agak dekat juga dengan tandas yang diusahakan oleh individu secara persendirian, bukan yang disediakan oleh pihak Majlis Kerajaan Tempatan. Untuk sekali mandi dikenakan bayaran RM1.00 sementara menggunakan tandas 50 sen.

Para camper jika hendak menggunakan tandas pada waktu malam kenalah beritahu pengusaha berkenaan kerana dia akan kuncinya pada waktu malam.

Pantai Telok Bayu yang terletak di bahagian Selatan Pulau Pinang adalah merupakan antara pantai yang menjadi tumpuan orang ramai untuk bersantai dihujung minggu dan juga para campers untuk camping. Walaupun agak sukar untuk mendapat bekalan air dan kemudahan tandas ia masih lagi dikunjungi kerana view yang menarik.

Memandangkan ia berdekatan dengan Lapangan Terbang Bayan Lepas, pengunjung berpeluang untuk melihat kapalterbang mendarat atau berlepas. Pengunjung juga dapat melihat nelayan-nelayan pantai keluar ke laut atau balik dengan bot laju masing-masing.

Pada sebelah petang pula jika cuaca mengizinkan, dapat dilihat matahari terbenam diufuk Barat.

Sememangnya apabila menyebut untuk camping di Telok Bayu akan ada org ceritakan tentang tempat itu yang kononnya keras. Mungkin bagi mereka yang tinggal di situ tahu cerita sebenarnya.

Kami berpeluang sembang dengan pengusaha tandas pada pagi hari ketiga. Dia memberitahu keadaan sekarang tidak lagi seperti sebelumnya. Jika dulu memang ada gangguan-gangguan makhluk alam ghaib tetapi kini ianya sudah berlalu. Mungkin kerana semakin ramai yang mengunjungi pantai pada waktu siang dan bermalam di situ, keadaannya mula berubah.

Sambut Ambang Tahun Baru 2023 di Campsite

Setelah sekian lama tidak menyambut tahun baru, pada peralihan tahun 2022 ke 2023, aku dan family menyambutnya di hutan. Kami camping di Hujan hujan Campsite, Gua Kelam, Perlis.

Ketika itu kami menyertai campmeet iaitu Hooligan Camp mulai 31 Disember 2022 dan Checkout pada 1 Januari 2023. Ia merupakan kali kedua aku menyertai campmeet di mana ramai campers berkampung. Kali pertama ialah ketika menyertai Penang Camper Rally di Pantai Robina Eco Park, Telok air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang.

Berkhemah di Hujan hujan Campsite ni sebenarnya kali kedua di mana yang pertama ialah semasa Nature & Bushcraft Adventure anjuran Tourism Malaysia Northern Region dengan kerjasama Tourism of Perlis dan diuruskan oleh unicastana holidays, Perlis. Ketika itu cuma overnight satu malam sahaja sebab aktiviti seterusnya ialah menikmati sunrise di Wang Kelian Viewpoint.

Perjalanan ke Campsite memang mencabar khususnya bila hampir-hampir hendak sampai ke simpang masuk. Jalan mendaki sehingga campervan buruk aku terpaksa guna gear satu je untuk naik. Selepas itu dari simpang masuk sebelum sampai kawasan landai pun jalannya menurun agak curam juga. Ini kerana semasa balik ada tempat yang terpaksa guna gear satu dan lebih mencabar ianya selekoh yang curam. Apa pun Alhamdulillah selamat semuanya.

Hooligan Camp memang meriah. Dikhabarkan hampir 400 campers yang turut serta, ada yang datang sejauh Pantai Timur dan Selatan tanah air. Mereka terdiri dari camper biasa, motor camper can campervan. Cuma yang tidak kelihatan ialah camperhome.

Hujan Hujan Campsite ni adalah di bawah kendalian Gua Kelam. Jadi sesiapa yang hendak camping di situ hendaklah menghubungi Pengurusan Gua Kelam di pejabatnya.

Kalau anda hendak lihat suasananya boleh pergi ke YouTube Channel saya.

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: