Nasi Lemak macam juga Roti Canai yang bukan lagi sekadar menu sarapan pagi tetapi telah naik statusnya sebagai makanan sepanjang hari. Tak kira pagi, petang, malam atau tengah malam, nagi lemak adalah antara menu kegemaran. Salah satu sebab ialah ianya murah berbanding makanan lain yang rata-rata bermula dari RM4.00.
Aku tak tahulah berapa harga makanan bergoreng di KL dan tempat lain sekarang. Di Jitra ni pun harga makanan bergoreng ni dah bermula dengan RM4.00. Susah sangat nak cari yang harganya masih RM3.00 atau RM3.50.
Sarapan malam aku sekarang ialah Nasi Lemak panas. Ye ke sarapan malam? Boleh tak ganti perkataan supper?
Kalau sebelah pagi memang ramai penjual Nasi Lemak dan jika awal, ianya memanglah masih panas dan segar. Rata-rata harganya sama ada telur dengan bilis, Ikan, daging atau ayam dijual dengan harga RM1.00 sahaja sebungkus. Apa yang beza ialah kuantiti. Ada yang sekali makan boleh kenyang sampai tengahari dan ada juga dua bungkin baru sama dengan sebungkus di tempat lain.
Tadi aku dah sebut pasal Nasi Lemak untuk sarapan malam, sudah pastinya Nasi Lemak Panas lebih enak berbanding Nasi Lemak bungkus. Sememangnya sebelah malam sukar sikit hendak mencari Nasi Lemak Panas.
Kat Jitra ni setahu akulah ada dua tempat yang jual Nasi Lemak Panas. Tetapi masalahnya nasi lemak panas yang ada tu pun dah jadi Nasi Lemak sejuk. Dah tak panas lagi.
Apa boleh buat, tak ada pilihan dah untuk dapatkan makanan murah tengah-tengah malam.

Sepinggan Nasi Lemak biasa iaitu Telur rebus separuh sejemput ikan bilis keras dan sambal harganya RM 1.00 di Medan Selera Seafood Harmoni di Pekan Jitra Lama. Satu lagi tempat yang dulu selalu pergi untuk Sarapan Malam ialah di Taman Suria, persimpangan masuk Kampung Gelam. Sama juga Nasi Lemak panas yang dah sejuk.
Di Taman Suria tu ada tambahan dua atau tiga keping papadom. Sambalnya tidak banyak kecuali request sambal lebih. Sini tidak ada telur rebus tetapi telur goreng mata lembu atau dadar. Di kedu-dua tempat tidak ada mentimun yang melengkapkan resipi Nasi Lemak.
Di Medan Selera Bandar Darulaman Jaya ada satu gerai Nasi Lemak Kukus. Tak pernah makan lagi di situ sebab setiap kali pergi Nasi sudah habis. Lagi pun slot yang dia orang berniaga tu, pembuat airnya lembab sangat-sangat. Dua kali pergi makan di situ sudah cukup untuk buatkan tak nak pergi lagi kat slot hujung paling dekat dengan Yawata tu. Kali pertama pergi, sampai habis makan, tidak ada sesiapa pun datang ambik order air. Kali kedua dah order air, hingga habis makan air tak sampai-sampai.
Like this:
Like Loading...