Bertolak Ke Los Angeles

Bertolak ke Los Angeles dengan penerbangan Malaysia MH094 pada 30 April 2002. Departure dari KLIA pada jam 3.15 petang. Dalam penerbangan duduk sebelah seorang pegawai dari Petronas yang akan ke Houston, Texas untuk menghadiri satu seminar mengenai petroleum. Cakap-punya cakap rupanya dia juga orang Kedah. Orang kampong, beb.

Penerbangan transit di Taiwan. Sebelum keluar ke terminal untuk transit, semua penumpang telah diberikan arahan untuk membawa turun semua hand carried luggage dan menunjukkan pasport masing-masing. Di pintu keluar kapalterbang ialah pegawai imigresen US yang memeriksa semua pasport kami.

Tiba di LAX (Los angeles Airport) pada jam 9.40 malam (6.35 petang waktu USA). Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Amerika. Telefon ke Hotel Furama kerana telah membuat tempahan melalui internet. Senang sekali pengangkutan ke hotel kerana ada transport datang untuk mengambil dan bawa ke hotel. FOC. Kadar hotel melalui internet ialah US 59.00.

Besoknya kembali semula ke airport untuk bertolak ke Colorado Springs dengan penerbangan American Airlines. Pemeriksaan semasa check-in memang ketat sekali. Maklumlah baru saja lepas 911. Masa masuk aku belikan kad internet dengan tujuan untuk mengakses internet menggunakan laptopku.

Dalam bilik menunggu bertemu dengan Dr. Wahab yang akan bersama-sama menghadiri konferens di Colorado Springs. Masa nak masuk pemeriksaan keselamatan ketat. Lepas melalui mesin scanner, kasut pula kena buka dan discan sekali lagi.

Penerbangan ke Colorado Springs mengambil masa 45 minit dan dapatlah tengok pemandangan USA dari udara.

Bersambung…….

2003 – Los Angeles USA

Rancanganku untuk ke Los Angeles ialah pada tahun 2001 untuk menghadiri satu Konferense Sukan di Salt Lake City, Utah. Salt Lake City adalah merupakan tempat yang akan menjadi hos Sukan Olimpik musim sejuk. Konferens itu dianjurkan oleh International Council for Coaching Education dan United States Olympic Committee.

Sememangnya ia merupakan pertama kali akan akan ke luar negera dengan biayaan kerajaan. Pada ketika itu aku sedang bertugas dalam Sukan Sea di Kuala Lumpur. Aku mendapat tiket untuk penerbangan ke USA pada 9 September 2001 dan tiba-tiba malamnya berita tentang serangan terhadap Twin Tower yang dikenali sebagai 9/11. Penganjur pun menangguhkan konvensyen seperti yang dirancang ke satu tarikh yang baru.

Kalau rezeki memang tak ke mana. Konvensyen itu diadakan juga pada tahun 2002 tetapi venuenya diubah ke USOC di Colorado Springs , Colorado. Dulu adik aku belajar di Colorado tetapi di Denver.

Selepas peristiwa 9/11 kemasukan warga asing khususnya dari Timur Tengah dan Asia Tenggara menjadi lebih sukar lebih-lebih lagi jika yang beragama Islam. Walaupun aku telah memperolehi Visa untuk memasukki ke USA tetapi selepas peristiwa itu travel agent yang menguruskan perjalanan kami menasihatkan untuk memohon semula visa melalui Wisma Putra. Aku urus visa untuk kali kedua dan kali ini melalui Wisma Putra dengan mendapat surat resmi mereka. Kali ini Visa yang diperolehi ialah Visa Class R2 iaitu berstatus Diplomatic.

Bertolak ke Los Angeles

Bersambung……