Anugerah Astro Arena 2012

Image

Baru minggu saja selesai Anugerah Sukan Negara, atlet kebangsaan akan diraikan lagi dalam satu majlis anjuran Astro Arena pula. Majlis akan diadakan di Rennaisance Hotel, Jalan Ampang sebagai menghargai jasa dan komitmen atlet-atlet mengharumkan nama dan imej negara di persada antarabangsa.

Majlis akan diadakan pada 24 April 2012 dan diserikan oleh kehadiran YB Dato’ razali Hj Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. 

Pengundian sudahpun dibuka dan para peminat boleh melawat ASTRO ARENA untuk mengundi. Pengundian akan ditutup pada 22 April 2012.  

Petang tadi pula aku terima undangan untuk ke majlis itu melalui email. Inilah kali pertama mendapat undangan untuk program oleh Astro. Terima kasih Astro Arena. 

Image