Kotak Susu Sebagai Beg Sekolah?

Hari ini viral pula satu gambar seorang pelajar skolah rendah yang mengalas kotak susu di sekolah. Jika tahun lepas pada awal masa sesi persekolahan dibuka banyak dikongsi gambar murid-murid yang tersangkut kepala di kerusi.

susu kotak

Memandangkan banjir besar baharu sahaja surut di Kelantan yang menyebabkan ribuan penduduk kehilangan harta benda, maka gambar kanak-kanak membawa kotak susu seperti mengalas beg teru sahaja dikaitkan dengan Manek Urai, kawasan yang paling teruk dilanda banjir.

Namun ada juga pihak yang berjaya memberikan pencerahan tentang gambar tersebut,

Ianya berlaku di sebuah sekolah di kawasan Pedalaman Sabah semasa cikgu mengagihkan susu lebihan sebelum sekolah bercuti panjang. Kreativiti murid ini mengikat tali rafia pada kota susu agar senang di bawa telah menjadi saah anggap. Pasti kali pertama nampak gambar tersebut kita akan rasa kasihan dengan keadaan keluarga murid tersebut yang tidak mampu memperlengkapkan keperluan sekolah anaknya.