Bila Tidak Ada Letrik Boleh Pula Membaca

Tadi tulis tentang masalah terputus bekalan letrik. Petang jam 4.00 baru ada semula. Entahlah kerana kita dah biasa dengan ada kemudahan asas itu, bila ada kembali bekalan rasa lega sangat. Bagaikan mendapat tenaga baru pula.

Tapi posting ni bukan nak tulis pasal letrik lagi tetapi sesuatu yang berkaitan dengan tidak ada bekalan letrik. Itu pun selepas laptop kehabisan bateri.

Bulan lepas semasa menghadiri Majlis Sepetang Bersama Blogger #SBB2014 anjuran Denaihati, dapatlah goodies bag yang salah satu isinya ialah sebuah buku yang merupakan koleksi hasil penulisan Denaihati – Denaihati Hudipkan Untuk Memberi.

Tentu ramai bloggers yang dapat buku itu sudah baca selepas balik dari majlis di Saloma Bistro itu. Memang biasalah perangai manusia ni, apabila mendapat sesuatu yang baru pasti akan dilayan dengan penuh minat. Aku pun apa kurangnya, dalam tren lagi dah dok belek buku tu. Tapi perangai manusia ni juga hangat-hangat tahi ayam. Tak payahlah nak berikan maknanya sebab semua orang tahu apa maksudnya peribahasa itu.

Dah baca beberapa mukasurat dan selepas itu letakkan penanda dan tutup buku. Baru hari ini buka kembali sebab dah tak boleh guna komputer kerana tidak ada bekalan letrik.

Sambil membaca buku Denaihati buatlah sedikit sebanyak catatan. Buku tersebut dibahagikan kepada Tujuh Bahagian dan aku baru sahaja habiskan 3 Bahagian sahaja dan memberi tumpuan pada Bahagian Blogging. Banyak panduan diberikan oleh Denaihati kepada mereka yang hendak menjadi blogger yang berjaya. Adalah beberapa tajuk yang sesuai dibaca oleh blogger baru dan juga blogger lama.

Denihati
Denihati

Antara lain ini tips yang berikan oleh Denaihati bagaimana beliau lakukan:

  1. Tulis apa yang terlintas
  2. Susun ayat dan baris
  3. Betulkan ejaan
  4. Ubahsuai kata kunci untuk SEO
  5. Bold kada kunci
  6. Masukkan 3 link berbeza
  • Link pada entri lama
  • Link pada blog/website
  • Link kepada rakan blogger
  1. Selidik fakta yang ditulis
  2. Kategori dan tag yang sesuai
  3. Tajuk entri yang sesuai
  4. Semak ejaan, susun ayat dsb.
  5. Tulis bukan kerana SEO tetapi mengikut peraturan SEO

Disamping itu ada juga diberikan tips-tips yang merupakan ciri-ciri seorang blogger yang berjaya seperti berikut:

  1. Sentiasa ubah ikut peredaran masa
  2. Maksimumkan media sosial
  3. Mempunyai produk sendiri
  4. Tidak terlalu mengharpkan  rakan iklan
  5. Ubah cara berfikir
  6. Yakin diri
  7. Usaha cara bijak
  8. Kreatif
  9. Lain dari yang lain
  10. Belajar daripada mereka yang berjaya
  11. Tawakal
  12. Rajin membaca

Kepada anda yang tidak berkesempatan hadir Majlis #SBB2014 itu masih boleh memilikki buku tersebut di KEDAI DENAIHATI. Hendak berjaya kena banyak belajar disamping mengasah bakat yang Allah kurniakan kepada kita.

Cukup dulu setakat ini perkongsian apa yang aku baca tadi tu. Selepas ini tidak tahu bila pula nak buka buku itu. Nak kena tunggu bekalan letrik terputus pula barangkali.

Entering 2013 With #SBB2013

It has been a bit slow for me and now it is already reaching the end of January. My blogging activity doesn’t seem to kick of to a faster pace.

All of a sudden an email prompted me to click and log in to my Facebook account mentioning about a blogger event “Sepetang Bersama Blogger” or #SBB2013. It will be organised by Denaihati. com. This will be my first appointment with them.

A bit too late because it has passed the closing date. However I tried my luck to inquire whether i can still register. The first response was “sorry, closed” Well, it not be my fortune to be part of the event.

After lunch, I check my FB inbox and found that my request had been approved due to another earlier participant couldn’t make it to the event. So, I sent in my particulars and will be attending the event after all.

Such event is a place for young, new and aspiring bloggers to meet and get to know experience bloggers, famous bloggers, well-known bloggers and learn from their experience. It is also an opportunity to widen your network because opportunities in blogging depends much on networking.

I learn it through experience. If you had been reading blogs about bloggers attending events and walk away with doorgifts and souvenirs, it means those bloggers get invited by friends. If you do not have friends (and I mean good friends) chances of your being invited is as good as zero.

Another factor getting invites is traffic. You must build traffic so that event organisers might trip upon your blog while searching for blogs. More traffic means wider market for them.

 

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: