Tiga Bas Ekspress Kemalangan Di Pahang Dalam Seminggu

Tiga kemalangan melibatkan bas berlaku dalam beberapa hari ini dan yang agak pelik sikit ialah semuanya di negeri Pahang. Terkini semasa saya buat posting ini melibatkan sebuah bas dua tingkat yang membawa pelancung yang pulang bercuti di Pulau Redang mengalami kemalangan di Lebuhraya Kuantan- Segamat berhampiran Ladang Sungai Jernih yang mengorbankan satu nyawa. Baca seterusnya DI SINI.

Bas dua tingkat terbabas

Sebelum itu pada 19 April sebuah bas yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur mengalami kemalangan di Km 116 LPT berhampiran Temerloh. Bas yang membawa 28 orang penumpang itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan berpusing beberapa kali sebelum terbalik. Lihat GAMBAR DI SINI.

thumb_7a8c thumb_7eb2

Pada hari Sabtu 19 April sebuah bas dua tingkat mengalami kemalangan di Km 11 Jalan Bentong-Raub di Bukit Lebu yang mengorbankan 3 orang penumpang. Yang pelik sikit pasal kemalangan ini ialah bagaimana bas tersebut boleh membawa sehingga 68 orang penumpang. Baca seterusnya DI SINI