Marshal Bakal Kawal Ketenteraman Di Stadium

Info ini dipetik dari Facebook Johor Southern Tigers

1000 MARSHAL AKAN BERTUGAS DALAM SETIAP PERLAWANAN DI STADIUM LARKIN.

Satu lagi lembaran sejarah bakal tercipta.

Persatuan Bolasepak Negeri Johor akan menubuhkan satu syarikat keselamatan yang akan bertanggungjawab atas keselamatan di dalam dan luar Stadium Larkin sewaktu perlawanan diadakan, mulai musim yang akan datang. Langkah ini diambil kerana DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim amat menitikberatkan aspek keselamatan orang ramai. Seramai 1000 orang marshal akan ditempatkan di sekitar stadium pada waktu perlawanan.

Untuk memastikan setiap marshal merupakan anggota yang berkualiti, mereka dikehendaki mengikuti kursus latihan dan ujian oleh pihak Polis DiRaja Malaysia dan Askar Timbalan Setia Negeri.

Peranan marshal yang bertugas adalah untuk memastikan keselamatan penyokong tuan rumah dan pelawat. Diharapkan dengan adanya langkah sebegini, akan menjadikan setiap perlawanan di Stadium Larkin selamat dan menghiburkan bagi semua penyokong bolasepak.

Stadium Marshalls
Kredit Foto dari Facebook Johor Southern Tigers

Ia merupakan satu langkah yang terbaik bagi sebuah Persatuan Bolasepak untuk membantu pihak keselamatan mengawal ketenteraman setiap kali perlawanan berlangsung. Ia sewajarnya diikuti oleh semua Persatuan negeri, malah FAM sekalipun. Apa yang baik kita patut contohi.

Undian Piala FA 2015

Undian perlawanan bagi pasukan-pasukan yang akan bertanding merebut Piala FA 2015 sudah dijalankan pada 14 Disember 2014 yang lepas dan perlawanan akan dimulakan pada bulan Februari 2015. Ia dijangka ditamatkan sebelum bulan Ramadhan.

34 pasukan akan pertandinga merebut Piala tersebut yang meliputi pasukan negeri-negeri dan kelab-kelab di Malaysia termasuklah padukan Harimau Muda ‘C’.

FA Cup 2015

Piala AFF Suzuki 2014 – Bagaimana Nasib Malaysia?

23 November 2014 pasukan bolasepak kebangsaan akan beraksi dalam perlawanan pertama mereka untuk Kumpulan B dalam kempen Piala AFF Suzuki 2014. Mereka akan bertemu Myanmar di Stadium Jalan Besar, Singapura.

KUMPULAN PIALA AFF SUZUKI 2014
KUMPULAN PIALA AFF SUZUKI 2014 – Kredit Foto Laman Resmi Piala AFF Suzuki 2014
SENARAI PEMAIN UNTUK PIALA AFF SUZUKI 2014
SENARAI PEMAIN UNTUK PIALA AFF SUZUKI 2014 – Kredit Foto Facebook FAM
AFF2
JADUAL PERTANDINGAN – Kredit grafik Lamanweb Resmi Piala AFF Suzuki 2014

22 orang pemain telah dikenalpasti oleh jurulatih Dolah Salleh untuk mengalas cabaran Malaysia. Persoalannya mampukah mereka membawa balik Piala tersebut ke Kuala Lumpur.

Dalam beberapa perlawanan persahabatan untuk menguji kesefahaman pasukan, belum ada yang mencapai kemenangan dan yang paling akhir tewas dengan Vietnam 3-1. Vietnam pula adalah salah sebuah pasukan yang akan bersama-sama merebut Piala AFF Suzuki tersebut.

Apa yang saya jangka nasib Dollah Salleh akan sama dengan bekas jurulatih kebangsaan sebelum ini. Semua jurulatih kebangsaan telah berjaya di peringkat negeri dengan meraih Piala-piala di peringkat kebangsaan dan kemudian dilantik sebagai jurulatih kebangsaan. Selepas Dolah Salleh saya jangka Zainal Abidin pula akan mengikuti jejak mereka jika beliau menjadi jurulatih kebangsaan selepas Dolah Salleh.

Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari

It was officially launched by the Prime Minister on 10th April 2014. The Academy located at Sekolah Sukan Negara Gambang will be the new factory to groom new talents into great footballers to don the national colour. Click on image to read more.

Akademi Bolasepak Negara
Click Image For Photo Credit

Piala Malaysia 2006


16 September 2006
Hari ini Final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil. Finalis ialah Perlis yang akan menentang NS Naza, sebuah Kelab yang telah menunjukkan prestasi yang membanggakan. Perlis sampai ke Final Piala Malaysia buat kali ketiga berturut-turut setelah sampai ke tahap ini sejak tahun 2004 lalu dan pulang sebagai Juara dengan menewaskan negeri jirannya Kedah 1-0. Kemudian pada tahun 2005 Perlis sekali lagi berada di Final tetapi tewas kepada Selangor 3-0. Apakah tahun 2006 ini akan membawa tuah kepada Perlis.

Pada tahun 2004 Perlis bukan sahaja sekadar mencipta sejarah baru bagi negeri Singa Utara itu tetapi cara jaringan gol dilaksanakan. Dalam perlawanan itu gol telah dijaringkan oleh Andrien Jurad Chamrong, yang berasal dari Jitra, Kedah. Gol dijaringkan hasil daripada lontaran masuk terus ke pada penjaga gol dan Megat telah fumble yang menyebabkan bola itu masuk. Bagi saya ia mempunyai pengertian yang lain. Andrien Jurad adalah bekas atlet saya dalam lapangan olahraga dan bolabaling. Jadi Jurad telah mempergunakan kemahiran yang saya ajar dalam bolabaling (saya perasan) semasa beliau mewakili Kubang Pasu pada awal tahun 90an duluuntuk mengalahkan negeri kelahirannya. Namun saya rasa Jurad sendiri tidak menyangka bola itu akan masuk.

Bagi NS Naza, jika berjaya menewaskan Perlis maka ia merupakan pasukan kelab yang kedua menjuarai Piala berprestij bolasepak negara selepas MPPJ melakukannya pada tahun 2003.

Apa yang menarik dalam final Piala Malaysia selain daripada Perlis memasukinya tiga tahun berturut-turut ialah kedua-dua pasukan dilatih oleh Jurulatih tempatan. NS Naza oleh S. Devan sementara Perlis pula Hj. Abdul Rahman Ibrahim. NS Naza membuka tirai Piala Malaysia musim ini dengan kemenangan menewaskan Triple Champion, Selangor 1-0 dengan gol kemenangan dijaringkan oleh Christian Bekamenga dalam minit ketiga. Oleh itu adakah NS Naza akan menutup kempennya tahun ini dengan kemenangan juga? Sama-samalah kita nantikan keputusannya malam ini. Bola itu bulat.

Final kali ini sekali membuktikan bahawa jurulatih tempatan juga mempunyai kebolehan untuk melatih dan membawa pasukannya ke final. Saya masih ingat dapatan Prof Madya Dr. Leonard A de Vries (sekarang Datuk) hasil daripada kajian beliau semasa Sukan Komanwel 98 lalu. Beliau telah mengkaji status jurulatih yang terlibat dengan pasukan negara ke Sukan Komanwel itu. Jurulatih tempatan dan jurulatih luar negara mempunyai pengetahuan Sains Sukan yang sama cuma bezanya antara kedua-dua kategori ini ialah tahap profesionalisme. Oleh itu jika jurulatih tempatan mampu meningkatkan tahap profesionalisme mereka, maka negara tidak memerlukan jurulatih luar negara lagi.

KEPUTUSAN

PERLIS 2 NS NAZA 1
gambar dari Berita Minggu online

Bolasepak Malaysia

Pastinya semua peminat sukan Malaysia terkejut dengan apa yang disarankan oleh YB. Datuk Abdul Gapur Salleh, ahli parlimen Kalabakan, meminta semua pihak dalam pengurusan FAM meletakkan jawatan. Saranan beliau sebenarnya boleh mewakili majoriti peminat bolasepak tanahair yang sudah keciwa dengan mutu pasukan bolasepak negara. Dalam tempoh sebulan ranking negara turun daripada 127 ke tangga 146 . Adakah ranking ini akan terus turun, sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Sokongan penonton terhadap masukan Myteam yang menentang pasukan B20 negara juga satu lagi indikator yang menunjukkan peminat sudah muak dengan mutu pasukan negara. Mereka menyokong pasukan Myteam bukan bermakna mereka “menderhaka” kepada FAM tetapi satu isyarat agar FAM mengembalikan zaman kegemilangan bolasepak negara. Jutaan ringgit wang rakyat dihabiskan untuk membina pasukan kebangsaan tetapia hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

Berikut ialah ranking negara-negara Asean seperti yang dikeluarkan oleh FIFA bagi bulan Julai 2006

Singapura 111
Thailand 113
Indonesia 139
Vietnam 141
Malaysia 146
Myanmar 163
Brunei 178
Laos 182
Cambodia 183
Philippines 192

Harian Metro keluaran Sabtu, 22 Julai 2006 membawa tajuk “Pemain Perlu berubah” oleh Lokman Zainol Abidin sememangnya adalah satu kebenaran. Sikap pemain sendiri yang begitu complacent bila dapat bermain untuk Liga Malaysia lalu membawa balik gaji yang lumayan yang tidak setimpal dengan kemahiran dan tahap permainan mereka. Pendedahan bermain dengan pasukan yang lebih baik di luar negara atau disamping pemain-pemain terbaik boleh membuka minda mereka dan tidak menjadi katak di bawah tempurong. Pemain-pemain negara merasakan mereka sudah menjadi pemain yang terbaik di negara ini dan tempat mereka sudah pasti ada di dalam pasukan kebangsaan.

Kalau kita membawa Plilippe Scolari sekalipun untuk melatih pasukan kebangsaan, belum tentu kita boleh menjadi juara di kalangan negara Asean, jika tidakpun Asia sekiranya sikap pemain masih tidak berubah. Bagi saya pemain kebangsaan kita tidak profesional walaupun bolasepak adalah profesion mereka.

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: