Sebelum ini Kedah telah pun mengisytiharkan Ketum Haram. Ini kerana ketum, walaupun telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Ketum diharamkan kerana menimbulkan kesan ketagihan dan penyingkiran (withdrawal). Baca Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah.
Kini Vape yang menjadi isu mutakhir juga dikategorikan sebagai haram di Kedah. Shisha juga difatwa sebagai haram di Kedah. BACA.
Walaupun telah difatwakan sebgai haram namum memang masih ramai yang akan terus menggunakannya sama seperti rokok yang telah difatwakan sebagai haram.
Saya suka membaca komen Sdr Peter Zammy dalam post yang berkaitan di Facebook. Berikut saya copy apa yang beliau tulis:
Ada 2 istilah “haram” yg kita kena faham.
1. Haram dari sisi agama islam.
2. Haram dari sisi undang2 pemerintah.
Contoh haram dari sisi agama islam.
— Haram disisi agama bermaksud melakukan sesuatu perbuatan yg mengundang dosa. Meninggalknnya dpt pahala.
Contoh haram dari sisi undang2 pemerintah.
— Haram disisi undang2 bermaksud melakukan sesuatu perbuatan yg ditakrifkn sebagai jenayah oleh kerajaan dan boleh diambil tindakan undang2.
***Kedua2 perkara ni mungkin boleh berkaitan dan mungkin tidak.
Contoh haram disisi agama tetapi halal disisi undang2 kerajaan.
1. Rokok dan arak difatwakan haram oleh majlis fatwa kebangsaan, jadi jika pelaku tersebut ialah orang islam, maka dia berdosa.
– (Fatwa Kebangsaan 1984-arak)
– (Fatwa Kebangsaan 1995-rokok)
2. Rokok dan arak dikira halal disisi kerajaan yg membolehkan ia dijual dlm negara dgn cukai. sesiapa yg menghisap dan meminumnya tidak akan diambil tindakan undang2.( kecuali mabuk ketika memandu)
Contoh haram disisi agama dan haram disisi undang2 pemerintah.
1. Dadah telah difatwakan haram utk digunakan (selain tujuan perubatan) atau diedarkn oleh majlis fatwa kebangsaan, jadi jika pelaku tersebut ialah orang islam, maka dia berdosa.
(Fatwa Kebangsaan 1982-dadah)
2. Dadah diwartakan haram utk dihisap atau diedarkn oleh kerajaan, jadi pelaku perbuatan tersebut dianggap jenayah dan boleh diambil tindakan undang2.
Kesimpulan,
1. Fatwa yg dikeluarkn oleh majlis fatwa kebangsaan adalah hanya sebagai panduan kepada umat islam.
2. Penguatkuasaan undang2 dlm kerajaan pemerintah bukan dlm bidang jabatan agama islam negeri atau kebangsaan.
3. Sekarang ni anda tau kenapa karpal singh kata negara ni adalah sekular bkny islam khasny konteks undang2 kerajaan.
Jadi terpulanglah kepada perokok dan pengemar shisa dan vape kerana ia tidak lagi dikategorikan sebagai haram yang sama statusnya dengan penyalahgunaan dadah.
Sememangnya akan kedengaran komen-komen, “banyak lagi benda yang haram masih dilakukan oleh orang Islam kenapa tak heboh pun?”.
Apa-apa pun kita dengar dulu lagu ini
dan yang ini