Hangat Artis Kpop Peluk Gadis Melayu Bertudung

Meriah di mediasosial hari ini khususnya di facebook tentang beberapa orang gadi Melayu bertudung sanggup dipeluk dan dicium oleh artis Kpop di pentas dan disaksikan oleh penonton. Terbaik juga bila ada yang merakamkan aksi mereka untuk dijadikan bukti betapa tidak sopannya aksi dalam majlis yang merupakan sesi perjumpaan artis Kpop B1A4 dengan peminat. Berikut beberapa gambar yang dimuatnaik ke Facebook dan mengundang kritikan hebat dan ada yang pedas dari netizen.

kpop kpop2 kpop3 kpop4 kpop5 kpop6

Sepanjang yang saya mampu baca komen-komen, tidak seorang pun yang meyokong perbuatan tidak sopan gadis-gadis tersebut yang 100% memakai tudung dan ghalibnya pasti Melayu beragama Islam.

Sedih tengok betapa pelahapnya gadis-gadis Melayu ini yang terkinja-kinja keseronokan dapat dipeluk oleh artis Kpop dan lebih-lebih lagi dicium walaupun sekadar cium dahi. Itu yang gambar terlepas di internet, Yang mungkin berlaku lebih dari itu hanya mereka yang hadir sahaja mengetahuinya.

Yang berlaku sudah berlaku, Nasi sudah jadi bubur dan ianya bukan sedikit menjejaskan moralitii dan imej anak gadis Melayu bertudung lebih-lebih lagi pada pandangan orang bukan Islam.

Siapa bersalah. tida ada guna kita menuding jari kerana sudah pasti yang bertangungjawab terhadap perbuatan tidak sopan ini ialah pihak penganjur. Mereka harus bertanggungjawab sepenuhnya. Artis Kpop itu walaupun telah membuat satu kesalahan terhadap budaya Melayu tetapi bagi mereka ia mungkin bukan satu kesalahan di Korea. Mengapa pihak penganjur tidak   buat briefing terlebih dahulu tentang etika dan budaya masyarakat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu.

Ia mungkin tidak menjadi apa-apa isu besar jika yang naik ke pentas itu gadis bukan Islam tetapi bercium untuk ditonton di khalayak ramai bukanlah budaya Malaysia tanpa mengambil kira bangsa da agama.

Apa yang berlaku itu juga ialah apa yang dibimbangi oleh beberapa pihak yang berkaitan dengan agama Islam termasuk parti politik, khususnya PAS apabila berkaitan dengan artis luar negara yang kurang atau mungkin tidak memahami budaya negara ini.

Tentu yang menjadi harapan orang ramai skearang ialah pihak Jabatan agama atau Jakim mengenalpasti gadis-gadis yang berlaku tidak sopan itu dan dipanggil untuk diberikan kaunseling. Nampak kecil tetapi ianya cukup parah.

Baca juga di Sinar Harian dan Astro Awani

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: