Mengemis Pun Boleh Kaya

Baru-baru ini terbit satu berita bagaimana seorang lelaki pendatang asing memperolehi sampai RM11,000 sebulan hasil dari mengemis dengan menyamar sebagai seorang wanita.

Jumlah itu adalah sesuatu yang sukar diperolehi oleh majoriti pekerja biasa apa lagi mereka yang bekerja makan gaji.

Ia menunjukkan betapa pemurahnya rakyat Malaysia untuk bersedekah khususnya kepada peminta sedekah.

Post ini saya nak share satu imej yang viral kat Whatsapp tentang tiga orang rakyat India yang hidup mewah dengan memilikki harta yang banyak hasil daripada mengemis.

img-20161016-wa0041

Kekayaan seperti yang mereka bertiga itu memilikki sememangnya sukar bagi pekerja makan gaji untuk dicapai.