Ngauman Harimau Tidak Nyaring?

Selesai sudah pusingan pertama Separuh Akhir Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 dengan dua perlawanan dilangsungkan, satu di Manila dan satu lagi di Kuala Lumpur.

Filipina yang pada awal penglibatan mereka dalam bolasepak adalah pasukan belasahan telah dapat mengekang negara Gajah Putih Thiland dari mencipta langkah awal untuk ke Final. Mereka seri 1 sama.

Harimau Malaya pula dijinakkan seketika di gelanggang sendiri oleh Vietnam setelah dikalahkan 2-1 dalam perlawanan yang dicemari insiden yang tidak diingini. Ada penyokong Vietnam cedera dalam insiden di tempat penonton.

Walaupun Harimau Malaya masih berpeluang untuk melangkah ke perlawanan Akhir, namun laluan mereka dipenuhi belantara dan duri, Harimau Malaya perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 di Hanoi nanti. Vietnam pula ada kelebihan 2 gol di tempat lawan. Jika seri 2-2 pun langkah Harimau Malaya berakhir di Hanoi.

Gambar di bawah yang saya nampak dan ambil dari satu posting Facebook menunjukkan insiden yang tidak diingini. Gambar-gambar tersebut pula dipetik dari Zing.vn yang bermakna ianya sudah disebarkan di Vietnam dan pastinya menjadi viral di kalangan pengguna media sosial dan peminat sukan di Vietnam.

Harimau Malaya akan bertandang ke Hanoi dan tentunya penyokong mereka juga akan turut serta berada di gelanggang perlawanan. Apa yang mungkin menjadi mimpi yang tidak diingini ialah penyokong Vietnam akan mengambil tindakan balas. Lebih besar kemungkinan jika Vietnam tewas. Harap-harap “the worse will not happen”

AFF Suzuki 2014 Mas VN1 MAS VN2 MAS VN3 Mas VN4

Insiden di Stadium Shah Alam itu tidak sepatutnya berlaku, apa lagi ianya melibatkan sukan bolasepak yang bermula dengan perarakan masuk bendera Fair Play atau semangat kesukanan.

Susulan itu Facebook Harimau Malaya membuat permohonan maaf secara terbuka dan diharap insiden beberapa orang samseng stadium itu tidak menejaskan semangat kesukanan di padang dan di galeri penonton pada 11 Disember kelak.

Aff Suzuki

Individu atau kumpulan yang mencemarkan nama baik negara itu sewajarnya ditangkap dan dihukum. Di zaman media sosial ini, tidak ada apa yang boleh disembunyikan atau didolak dalikkan.

Doa saya Harimau Malaya akan kembali mengaum di Hanoi nanti dan Piala AFF Suzuki 2014 mendarat semula di Kuala Lumpur untuk kali kedua (pertama 2010) tanpa sebarang insiden berdarah seperti yang berlaku di Shah Alam.

AFF Suzuki Cup 2014

Graphic Credit

AFF Suzuki Winners

                  Credit Grafik

Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari

It was officially launched by the Prime Minister on 10th April 2014. The Academy located at Sekolah Sukan Negara Gambang will be the new factory to groom new talents into great footballers to don the national colour. Click on image to read more.

Akademi Bolasepak Negara
Click Image For Photo Credit
footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: