Lembaran baru akan bermula bagi perjalanan antara Alor Setar dan Kuala Lumpur apabila tren laju ETS akan mula beroperasi mulai 10 Jun 2015 sempena Aidil Fitri. Walau bagaimana pun operasi sebenar akan dilancarkan pada bulan September 2015
Rajah di bawah adalah jadual perjalanan percubaan sempena Aidil Fitri
Perjalanan antara Kula Lumpur Sentral ke Padang Besar dijangka memakan masa 4 jam 15 minit dan akan berhenti di stesen-stesen Tanjung Malim, Tapah Road, Kampar, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Parit Buntar, Bukit Mertajam, Butterworth, Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Star, Arau dan dari Padang Besar di Arau – Alor Setar – Bukit Mertajam – KL Sentral station. Tambang sehala dari Kuala Lumpur Sentral ke Padang Besar adlah seperti dalam jadual di bawah.
ETS yang bergerak menggunakan kuasa letrik akan menggunakan dua hala yang mampu mencapai kelajuan 160 kpj
KTM telah membeli 10 set tren dari CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co (CSR Zhuzhou ZELC), dari China. Walau bagaimana pun tren buatan China ini masih menunggu kelulusan SPAD dari segi keselamatan.
Bila beroperasi kelak buat permulaan adalah dijangka 4 perjalanan sehari (pagi, tengahari, petang dan malam) boleh dilakukan dengan menggunakan empat set tren yang sudah sampai.
MAKLUMAT LANJUT