Walaupun hanya haiwan tetapi bila menjadi peliharaan kita, rasa sayang padanya tetap ujud. Haiwan juga adalah makhluk Allah yang dicipta untuk bersaing hidup dengan manusia. Kucing adalah menjadi haiwan peliharaan ramai kerana ia mempunyai sifat manja disamping boleh menjadi benteng mengawal tikus rumah.
Sudah lama juga tidak pelihara kuching. Kali terakhir rasanya masa zaman persekolahan lagi dan apabila mula merantau pada tahun 70an, sehingga tahun ini baru mendampingi kuching semula.
Kuching adalah haiwan kegemaran Rasulullah jadi memeliharanya menjadi sunnah kerana mengikut kegemaran Baginda.
Kesemua kuching yang dipelihara adalah kucing yang dibuang orang yang dipungut dan bawa balik ke rumah. Dua ekor dipungut di sebuah gerai tepi jalan dan sempat peliharan sehingga besar tetapi akhirnya mati dengan simptom keracunan.
Kucing ini dinamakan Mora yang akhirnya hilang dan mati entah di mana.
Ini pula di namakan Avi yang mati depan mata
Kedua-dua Mora dan Avi cukup aktif dan gurauan mereka seolah-olah bergaduh.
Inilah keadaan Avi disaat-saat hampir mati
Selepas kematian dua ekor kucing itu, aku menerima pula anak kucing ini pada 19 Jun yang telah dibuang di sebuah mesjid. Ianya masih menyusu rasanya.
Tidak sampai sebulan selepas memeliharanya, kucing ini juga mati pada 28 Jun 2015
Gambar pada saat-saat sebelum anak kucing ini mati.
Kini tinggal dua ekor lagi anak kucing yang dipungut pada
Seperti tiga ekor sebelum ini, kedua-dua ini juga sangat aktif dan aku harap tidak berakhir seperti yang sebelum ini.
Selepas post di Facebook ada seorang friend memberitahu bahawa sekarang ada virus Canine Parvovirus Infection. Aku buat google search dan mendapati simptomnya adalah sama seperti yang aku highlight di bawah walaupun simptom itu berdasarkan pada anjing. Namun virus ini dipercayai berasal dari kuching dan amat kebal namun jika terkena najisnya, ia hendaklah dicuci dengan peluntur domestik.
The major symptoms associated with the intestinal form of a canine parvovirus infection include severe, bloody diarrhea, lethargy, anorexia, fever, vomiting, and severe weight loss. The intestinal form of CPV affects the body’s ability to absorb nutrients, and an affected animal will quickly become dehydrated and weak from lack of protein and fluid absorption. The wet tissue of the mouth and eyes may become noticeably red and the heart may beat too rapidly. When your veterinarian palpates (examine by touch) your dog’s abdominal area, your dog may respond with pain or discomfort. Dogs that have contracted CPV may also have a low body temperature (hypothermia), rather than a fever. – PETMD