Dah semakin jadi sebutan pula Cendol Pulut Durian sebelah kawasan aku ni. Tak pastilah area lain. Mungkin ada juga. Tapi yang nampak dalam facebook just kawasan Utara Kedah je.
Cendol Pulut Durian ni hanya modifikasi dari cendol pulut, tapi dah ditambah dengan seulas dua durian menjadikan makanan ini mendapat sambutan. Disamping itu ada juga cendol pulut memlepam, tapi mcm kurang disebut-sebut pula. Ada lagi satu modifikasi cendol ni iaitu ada yang tambah dengan tapai. Namun tapai bukan semua orang suka makan, jadi kuranglah sambutannya.
Selepas melihat foto yang dipost oleh seorang kawan tentang cendol pulur curian, timbul rasa teringin nak rasa juga, walaupun harganya mahal sedikit tetapi memang berbaloilah juga.
Mula dulu pergi ke sebuah restoran berhampiran dengan rumah dengan tujuan nak rasa, ambil gambar dan buat posting dalam blog. Tetapi selepas Cendol Pulut Durian itu sampai, tengok presentation dia tidak membangkitkan ummph untuk post gambar itu.
Seterusnya pergi cari di sebuah restoran lain yang agak jauh.
Cendol Pulut Durian ni memang rasanya enak dan menyejukkan apa lagi di musim panas di kawasan Utara sekarang. Walaupun durian itu sendiri panas tetapi cendol, pulut dan ais itu mengimbanginya.
Salah sebuah Restoran yang ada menyediakan Cendol Pulut Durian ialah di Kepala Batas, Kubang Pasu, Kedah. Restoran ni juga menyediakan sajian lain berasaskan pulut seperti pulur durian dan mempelam.