Kad Mesra Hilang Lagi

Rasanya kali kedua aku kehilangan kad Mesra Petronas. Sekali sedar bila nak isi petrol cari kad tidak ada. Cuba recall bila last isi petrol. Hanya dua stesen Petronas je yang selalu aku isi minyak, Satu di Puncak Jalil dan satu lagi di Lebuhraya Bukit Jalil atau Teknologi Park. Kalau hilang pun di salah satu dari dua tempat ini.

Kemungkinan besar ialah semasa isi minyak, bagi kad dan lupa hendak ambik balik. Kali pertama pun macam tu juga. Ia berlaku di Stesen Petronas di RnR Simpang Pulai masa dalam perjalanan balik ke Alor Setar.

Sebulan selepas itu aku terima SMS dari pihak kad Mesra mengucapkan terima kasih kerana aku claim mata ganjaran dengan mengisi petrol bernilai RM140 di Petronas Simpang Pulai. Banyak tu RM140. Tangki minyak kereta pun aku isi RM80 dah melimpah. So dah confirm yang kad aku itu dijumpai oleh seseorang yang memandu kenderaan ber CC besar sebab jumlah petrol yang dibelinya.

Kali ini aku terus call pihak Kad Mesra untuk memaklumkan kehilangan itu dan dengan mudah saja, aku di maklumkan kad sudah kena block. Begitu pantas tindakan mereka dan aku diminta memohon kad baru. Selepas sebulan buat permohonan untuk pindahkan mata ganjaran lama ke kad baru. Tak banyak songeh sangat.