Mee Udang Di Jitra

Mee Udang ni memang boleh didapati di banyak tempat dan pastinya lain lokasi lain juga rasanya. Tapi apa yang pastinya udang yang dimasukkan mestilah udang yang fresh.

Mee Udang Sungai Dua dah rasa. Mee Udang Kuala Sepetang pun dah rasa. Malam tadi rasa pula Mee Udang di Jitra.

Bila sebut udang pastinya ia dikategorikan makanan yang mahal, jadi tak hairanlah sepinggan Mee Udang pun mahal juga.

Mee Udang kat Jitra ni harganya RM8.00 sepinggan tapi rasanya memang sedap. Aku nak cerita hal teknikal tentang makanan ni, aku bukanlah Food blogger.

Gerai Mee Udang ni terletak bertentangan dengan SMK Jitra dalam Bandar Jitra.

Mee Udang Iwan Jitra