Kali ini nak cerita pasal cendol.
Cendol adalah merupakan sejenis minuman manis yang menyegarkan kerana ia diminum atau makan dalam keadaan sejuk. Tak pasti pula adakah cendol panas? Jika Cendol Bakar tentu boleh didapati jika penjualnya bernama Bakar.
Asalnya cendol hanyalah mengandungi cendol, kacang merah, jagung dan ais yang diparut. Ia dimaniskan biasanya dengan air Gula Melaka atau gula kabung dan ditambah santan untuk membangkitkan rasa lemaknya.
Ais untuk dimasukkan ke dalam cendol dahulu disagat menggunakan peralatan yang direka khus untuk menyagat ais sama ada untuk cendol, ais kacang (ABC), ais kepal dan sebagainya. Kredit gambar di atas kepada Motormouth from Ipoh- Asian Food and Travel Blog .
Dalam arus perniagaan berdaya maju, penjual cendol mula menambah kreativiti rasa dengan membuat modifikasi, menambahkan pulut dan Cendol Pulut menjadi begitu popular pada sekitar tahun 80an dan seterusnya.
Peniaga tidak berhenti setakat itu, kini Cendol dijual dalam berbagai variasi dengan menambahkan durian, mempelam, tapai dan juga aiskrim.
Atas: Cendol pulut aiskrim di Ady Cendoi Jitra.