KREATIF ATAU JALAN MUDAH?

Nasi Lemak Panas

Gambar ini hanya hiasan

Tak tahulah sama ada kreatif atau ambil jalan mudah dan jimat. Macam Nasi Lemak Pondan tu, namanya pun satu kreativiti yang menarik perhatian orang ramai walaupun ada yang mengutuk. Namun dia telah cipta satu identiti sehingga ada juga yang ujudkan Nasi Lemak Gay yang sebenarnya dia bukan Gay tetapi akronim namanya.

Ramuan dalam sebungkus atau sepinggan nasi lemak basic ialah Nasi Lemak (yang sudah tidak rasa lemaknya lagi), Telur Rebus atau Telur mata, Mentimun, sambal bilis, kacang tanah goreng. Namun setengah penjual Nasi Lemak sudah tidak masukkan kacang tanah goreng dan/atau mentimun. Mungkin nak cut cost lah kot.

Apa yang saya nak tulis dalam posting ini bukan tentang nak cut cost tu. Alkisah maka keluarlah tengah malam nak makan kerana lapar. Makanan paling murah di zaman GST dan nilai Ringgit Malaysia jatuh ini ialan Nasi Lemak. Lain-lain makanan paling murah pun RM4.50.

Nasi Lemak panas kononnya, yang dah suam-suam panas dan hampir sejuk di kawasan Jitra ni dalam RM2.00 sepinggan (basic). Satu gerai ni, ikan bilisnya cukup lembut dan mudah sangat untuk dimakan, berbeza dari ikan bilis di tempat lain. Aku rasa ikan bilis tu bukan sambal ikan bilis yang dimasak atau goreng fresh, tetapi ikan bilis dalam tin. Selalu sangat makan nasi lemak ni memang kita dapat rasa (selalunya) susah sangat nak gigit malah tak dapat gigit langsung. Ikan bilis pun rasa rangup sebab ia digoreng berasingan dari sambalnya.

Ikan bilis tin tentunya lebih murah berbanding ikan bilis “segar” yang digoreng tu. Itulah yang aku nak timbulkan di sini, adakah ianya satu kreativiti atau nak ambil jalan mudah?

Nasi Lemak Telanjang – MAS Bersikap Positif

Saya ingin mengucapkan syabas kepada pihak Malaysian Airlines System kerana mengambil sikap positif terhadap komen terbuka Chef Wan pasal Nasi Lemak yang dihidangkan di dalam penerbangannya. Baca SINI.  Isu ini bermula apabila Chef wan yang dalam penerbangan ke Bangkok dan dalam penerbangan itu menu yang dihidangkan ialah Nasi Lemak. Seperti lazimnya Nasi Lemak pasti ada Telur Rebus, Sambal Ikan Bilis dan Hirisan mentimun. Namun dalam hidangan berkenaan cuma ada Telur rebus, Kacang  Tanah Goreng dan Sambal Ikan bilis sahaja. Itulah yang menyebabkan Chef Wan cakap Nasi Lemak Telanjang itu.

Image

Artikal-artikal berkaitan

Have a nasi lemak ‘telanjang’, bon apetit
MyNewsHub