Tiga Peristiwa Dalam MAS

Ini bukanlah sesuatu yang menjejaskan nama baik MAS tetapi apa yang berlaku telah meningkatkan imej kru penerbangan. Mungkin peristiwa ini boleh memberikan sedikit keyakinan kepada penumpang dan bakal penumpang MAS bahawa malang itu boleh berlaku dalam mana-mana penerbangan sahaja dan bukan MAS sahaja.

Peristiwa pertama aku baca dari blog rakan blogger placesandfood tentang seorang penumpang dalam penerbangan MH125 dari Kuala Lumpur ke Perth telah pengsan dalam penerbangan. Anda boleh baca apa yang diceritakan oleh blogger tersebut tentang bagaimana tindakan profesional cabin crew berhadapan dengan situasi sedemikian berkat latihan yang mereka telah lalui, “Ini bukan cobaan…….Ini betul-betul…..” sekadar nak petik dailog dari salah sebuah filem Allahyarham P. Ramlee.

Peristiwa kedua berlaku dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke London, di mana seorang penumpang telah minum hingga mabuk. Turut serta dalam penerbangan tersebut ialah Datuk Bandar London. Apa yang berlaku ialah seorang penumpang telah mabuk dan kru kabin telah dapat mengawal lelaki itu yang kemudiannya diserahkan kepada pihak polis selepas mendarat.

Peristiwa ketiga melibatkan seorang rakan sekampung, Allahyarham Ahmad Omar, yang meninggal dalam penerbangan dari Dubai ke Kuala Lumpur. Allahayrham telah pergi ke Dubai untuk menghadiri persidangan Asian Paralympic Council. Jenazah Allahyarham selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Mesjid Al Ghufrah, Akar Peluru, Alor Setar, Kedah.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman. Al Fatihah

photo credit to http://eng.mynewshub.cc/
                                       photo credit to http://eng.mynewshub.cc/

Anda boleh baca cerita selanjutnya DI SINI

Doa blogger ini semoga MAS akan terus terbang dan menjadi duta negara mengibarkan jalur gemilang.

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: