Tiba-tiba Me’nate menjadi popular di alam maya kerana Diva AA. Dulu ramai orang tidak tahu dan kenal apa itu Me’nate tetapi kini Azwan Ali telah popularkan jenama itu. Its a blessing in disguise. Walaupun kemunculan jenama itu secara negatif tetapi memberi kesan positif kepada Steak House berkenaan.
Semasa seorang tweeter, Nur Azira Azwa mencadangkan Steak House itu, mungkin Azwan Ali tidak perasan dan keliru yang ada Restoran berjenama seperti Me’nate Steak House dan menyangka wanita yang mencadangkannya cuba “carut” (perkataan kegemaran AA). Bukankah menate tu binatang dalam loghat Kelantan. Tu andaian saya sahaja berdasarkan tweet AA seperti berikut:
Saya berpandangan bahawa Nur Azira Azwa tidak berniat jahat dan mungkin beliau sebagai seorang follower Azwan Ali hendak bantu memberikan cadangan yang membuat AA tersentak dan salah faham dengan perkataan “menate” tu. Mungkin AA ingat Nur Azwa “memaki” sebab ayat AA ada ayat “Slm nak steak la todayyyy. Cari café yang tidak sesak dgn Melayu, jebawook! Any ideas,” Wallahualam.
Saya tidak pernah menjadi pelanggan Me’nate Steak House dan berdasarkan harga pada menunya, sememangnya saya tidak akan mampu untuk menikmati hidangan mereka tetapi saya blog pasal ini untuk menyatakan pandangan saya sahaja terhadap kontroversi yang timbul.
Dalam isu yang panas di bulan Ramadhan ini saya tidak hendak menyalahkan sesiapa tetapi saya pun semasa mula-mula dengar tentang Steak house berkenaan di media cetak dahulu pun bersangka seperti AA juga. Namun isu itu menjadi panas, maklumlah ia muncul di media sosial dan balas-membalas mesej itu yang menjadikan ianya hangat.
