Peniaga Online Perlu Daftar SSM

Sudah dapat diagak Kerajaan akan mengambil langkah-langkah untuk melindungi pengguna daripada ditipu oleh peniaga online yang semakin meningkat. Kewaipan untuk mendaftar peniaga online ini sebenarnya mempunyai serampang dua mata. Mereka bukan sekadar memilikki perniagaan yang sah dan berniaga dengan lebih jujur tetapi juga mudah dikesan dan dijejaki oleh LHDN.

Peniaga online ni dengan adanya media sosial khususnya Facebook, tumbuh bagai cendawan. Ramai yang ada profile Facebook yang menceburi perniagaan online sama ada memang hendak berniaga atau pun sekadar hendak melupuskan barang lama dan terpakai.

Berita Peniaga Online Wajib Daftar SSM telah disiarkan dalam Sinar Harian setelah perbahasan Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2014 dibentangkan di Dewan Negara. ,