Dah lama juga tidak naik bas ekspress tetapi baru-baru ini berpeluang menggunakan perkhidmatannya untuk ke Kuantan dari Jitra.
Bas ekspress sekarang jauh beza dari segi fizikalnya, apa lagi dengan adanya bas bertingkat atau ramai orang cakap bas dua tingkat. Dulu pada tahun 90an pernah naik bas ekspress dan bumbungnya bocor apabila hujan lebat. Pada tahun 70an bas ekspress masih banyak yang pakai aircond ori. Tingkap turun ke bawah jika tidak panas melekit dalam bas. Rating yang saya beri ini adalah berdasarkan real experience saya semasa perjalanan tersebut.
Hari itu naik bas Cosmic untuk ke Kuantan. Ia merupakan bas bertingkat berstatus Bas Eksekutif dengan muatan 38 orang penumpang. Memang cukup selesa kerana reclining seatnya yang luas. Pendek kata kalau ditambah dengan overhead compartment untuk beg-beg kecil, boleh dianggap sebagai aircraft on the road.
Setiap tempat duduk tepi tingkap disediakan pula power outlet dan penumpang boleh charge peralatan elektronik masing-masing dalam perjalanan.
Dari segi keselesaan aku boleh bagi 5 Bintang untuk bas Cosmic plate KDS 9999 ini.
Satu lagi ciri sebuah perkhidmatan yang baik ialah stafnya. Bagi aku pemandu basa yang aku naiki itu sungguh mesra dan friendly. Pernah juga dulu naik bas ekspress di mana pemandunya agar kasar dan minta berhenti hendak ke tandas pun dia merungut. Ini jenis pemandu bas yang kejar trip.
Bas Cosmic yang aku naiki itu juga memenuhi syarat SPAD dan kerajaan dari segi pelesenan. Semasa dalam perjalanan ke Kuantan itu ada pihak trafik membuat sekatan pemeriksaan berhampiran RnR Sungai Buloh. Aku nampak banyak bas yang ditahan untuk pemeriksaan masih tersadai di ruang letak kenderaan tetapi bas Cosmic yang aku naiki itu hanya berhenti tidak sampai 5 minit pun dan diarahakan oleh pihak polis trafik bergerak. Oleh kerana duduk di tingkat atas dan kerusi paling hadapan, aku nampak apa yang berlaku antara polik trafik dan pemandu ketika itu.
Tambang pun kira berbaloi jugalah di mana antara Jitra – Kuantan ialah RM 67.00 yang aku beli di Kompleks Shahab Perdana, Alor Setar. Tetapi dalam perjalanan balik tambangnya RM70.00. Tidak pasti mengapa ada perbezaan.
Apa-apa pun aku boleh bagi 4 Bintang pada perjalanan aku dengan bas Cosmic itu.
Atas: senarai tambang baru bas ekspress yang diluluskan kerajaan. Bawah notis perjalanan Cosmic Ekspress dari Terminal Kuantan Sentral