FIESTA BERENDOI BALING

Pada tahun 2014 saya telah berkesempatan untuk bersama rombongan FAM Trip Tourism Malaysia ke Negeri Sembilan dan menyaksi satu adat yang berkaitan dengan keagamaan dalam Masyarakat Melayu iaitu mencukur jambul bagi bayi yang baru dilahirkan.

Tahun 2016 saya dapat menyaksikan pula Berendoi adalah merupakan antara budaya Melayu yang semakin ditinggalkan oleh masyarakat atas beberapa sebab.

Berendoi berasal dari perkataan “endoi” yang merupakan buaian yang digunakan untuk menidurkan bayi atau kanak-kanak.

Menurut Wikipedia, berendoi diktakan berasal dari negeri Perlis di sekitar tahun 1930an dan ianya berkembang sehingga ke Kedah memandangkan kedua-dua negeri itu berjiranan. 

Peralatan untuk endoi ialah buaian yang digantung di tengah-tengah rumah, satu jag air dan juga sirih pinang yang diletakkan di dalam tepak sireh. Upacara berendoi ini boleh diadakan pada siang atau malam hari.

Satu kumpulan endoi biasanya berjumlah empat atau lebih. Upacara berendoi akan dimulakan dengan bacaan Maulud dan lagu yang didendangkan ialah Selawat Nabi sebelum diikuti dengan lagu-lagu lain. Isi lagu-lagu berendoi berupa puji-pujian kepada nabi dan juga nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa. Jumlah lagu yang didendangkan pada setiap kali persembahan bergantung pada kehendak tuan rumah.

Untuk pakaian persembahan, selalunya kaum lelaki memakai baju Melayu, bersongkok putih atau berserban dan berkain. Jika kumpulan berendoi itu terdiri daripada kaum wanita sahaja, maka pakaiannya adalah seperti mana yang lazim dipakai oleh wanita hari ini, iaitu berbaju kurung dan bertudung. Berendoi berfungsi alat hiburan dan pengajaran serta nasihat supaya anak mendengar nasihat ibu bapa. Nasihat bercorak agama disampaikan melalui lagu-lagu Nabi Muhammad dan Rukun Islam yang menceritakan sejarah nabi dan kehidupan nabi.

Setengah ibu bapa mengadakan upacara berendoi ini bersama-sama dengan acara aqiqah dan cukur jambul.

Sempena Hari Ibu 2016, Pergerakan Puteri UMNO Baling telah menganjurkan satu Fiesta Berendoi dan Sambutan Hari Ibu di Dewan Kenangan Baling, Kedah. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Pelancungan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermeiyati bt Samsudin.

Berendoi

Seramai lebih daripada 100 orang bayi dari seluruh Daerah Baling telah dikumpulkan dan dirai dalam Fiesta tersebut.

Semasa Fiesta Berendoi tersebut selain dari berendoi beramai-ramai, juga diadakan pertandingan menghias pulut kuning untuk kaum ibu. Pulut kuning juga adalah salah sajian istimewa bagi orang-orang Melayu khususnya ketika ada acara yang berkaitan dengan adat istiadat.

Pulut kuning  dimasak dengan sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna dan biasanya ia dimakan dengan gulai ayam, atau daging pada hari-hari istimewa, seperti hari perkahwinan, dan lain-lain keramaian.

Pada suatu masa dahulu, ia merupakan kemestian bagi upacara menyembah acak, tetapi kini tidak dilakukan lagi.

pulut kuning

Memandangkan sambutan yang diberikan oleh masyarakat sekitar Baling, acara seperti Fiesta Berendoi ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu produk tarikan pelancung ke Daerah Baling. Ia bolehlah digandingkan dengan populariti Kolam Air Panas Ulu Legong di mana terdapat banyak homestay di situ. Mengikut YDP Majlis Daerah Baling, hasil daripada tiket masuk ke Kolam Air Panas Ulu Legong itu sahaja dapat mengatasi hasil cukai pintu yang dibayar oleh penduduk daerah tersebut.

Jika ianya dirancang dan dimasukkan ke dalam kalendar pelancungan, besar kemungkinan bukan sahaja menambahkan produk pelancungan malah dapat mengekalkan budaya Melayu yang semakin ditinggalkan ini.

 

Pelancungan Di Baling

Baling bukan hanya sekadar sebuah pekan kecil berhampiran sempadan Kedah-Perak dan Thailand tetapi pekan ini menyimpan satu sejarah yang harus diingati oleh generasi sekarang dan akan datang. Perjanjian Baling, yang dadakan pada 28-29 Disember 1955 itu, di mana pihak kerajaan Persekutuan Tanah Malayu yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra mengadakan Perundingan Damai dengan Parti Komunis Malaya, diketuai oleh Chin Peng untuk pihak PKM meletakkan senjata dan menyerah kalah. Perjanjian itu diadakan di Baling English School yang sekarang ialah Sekolah Kebangsaan Tunku Putra Baling.

 

Kini lokasi perjanjian itu di Sekolah Kebangsaan Tunku Putra dijadikan sebagai salah satu lokasi pelancungan yang perlu dilawati apabila sampai ke Baling.

Saya share satu posting You Tube untuk tontonan anda

Saya menulis posting ini setelah bersama-sama dengan Tourism Kedah yang telah mengatur satu lawatan media tetapi kemudiannya tepaksa dipinda jadual atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.  Walau bagimana pun untuk mengetahui tentang tempat-tempat pelancungan yang terdapat di Daerah Baling anda boleh membaca blog blog sahabat media saya Ruggedmom .

Lawatan Media oleh Tourism Malaysia Kedah adalah bersempena Fiesta Berendoi dan Sambutan Hari Ibu Daerah Baling yang diadakan di Dewan Kenangan Tun Abdul Razak, Baling.

Kami bertolak dari perkarangan pejabat Tourism Kedah di Alor Setar, pada sebelah petang 30 Mei 2016 dan tiba di Baling lebih kurang dua jam kemudian dan terus ke Ulu Legong Hotsprings 

Sewaktu di Ulu Legong Hotsprings Timbalan Menteri Pelancungan dan Kebudayaan Malaysia, YB Datuk Mas Emeiyati bt Samsudin telah diberi taklimat oleh  Tuan Pegawai Daerah merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Baling Y.H Dato’ Dzohir Bin Md. Zain   tentang perancangan pembangunan pelancungan di daerah tersebut oleh Majlis Daerah Baling.

Ulu Legong Hot Springs MDB

NID:SIZE:743K
Bawah : Kadar Bayaran masuk ke Ulu Legong Hotsprings.

NID:SIZE:1.02M

Ulu Legong hotsprings ni biasanya dikunjungi ramai pada waktu malam dan ada juga yang membawa portable tent mungkin utuk overnight. Erm, siapa nak mandi dalam air panas di bawah terik matahari kan?

Tuan YDP telah menerangkan secara panjang lebar akan perancangan untuk memajukan Daerah tersebut dalam bidang pelancungan. Satu-satunya produk pelancungan yang tidak terdapat di negeri lain di Malaysia ialah Terowong Komunis yang dibina semasa zaman darurat dan boleh menembusi sehingga 2 kilometer ke dalam negeri Thailand. Beliau merancang untuk menjadikan terowong tersebut sepertimana terowong komunis yang terdapat di Vietnam yang menjadi salah satu tempat tumpuan pelancung. Produk ini diletak di bawah Military Tourism.

terowong komunis baling
Foto ini diambil dari Facebook Kupang Baling Kedah

terowong komunis MDB

Terowong Komunis tersebut akan digandingkan juga dengan satu lagi kawasan prospek pelancungan iaitu Gua Jepun. 13001095_1691375287792620_6269089896107460009_n gua Jepun MDB

Kredit: Gambar di atas dipetik dari Laman Web Majlis Daerah Baling memandangkan perancangan kami untuk ke lokasi telah dibatalkan di saat-saat akhir.

Lagu Untuk Negeri Ku – Discover Kedah 2016

Dosciver Kedah 2016

Tiba-tiba terasa nak kumpul lagu-lagu yang berkaitan dengan negeriku Kedah Darulaman.

Tahun 2016 adalah tahun melawat Kedah melalui Discover Kedah 2016. Mai no, melawat negeri Kedah. Macam-macam ada. Lagu-lagu ni boleh buatkan anak-anak Kedah yang berada di perantauan rasa rindu kat kampung.

Lagu pertama yang saya nak share dengan pelawat blog saya ini ialah Hijau Kuning nyanyian Allahyarham M Sharif

Lagu loghat Kedah pun tak kurang juga menghiburkan. Salah seorang penyanyi local yang agak popular ialah DJ Ed. Banyak lagu nyanyian yang dimuatnaik ke You Tube. 

Lagu ini untuk menjemput anda ke negeri Kedah nyanyian DJ Ed. 

Lagu-lagu nyanyian yang dalam loghat Kedah bertujuan menghiburkan disamping dalamnya ada diselitkat nasihat-nasihat. Salah satu lagu berunsur sindiran disamping menjadi nasihat ialah lagu Tok Wan Sayang Cucu.

Mai Oi Cek Mai adalah ucapan alu-aluan bagi masyarakat negeri Kedah, khususnya mengalu-alukan jemputan semasa kenduri kendara.

Ni pula kisah suami dengan isteri. Ada kebenarannya. Jom Dengar. Siapa yang kena?

Anda boleh search You Tube untuk mendengar lagu-lagu lain dalam loghat Kedah sebagai hiburan