Pada 17 Mac 2023 merupakan kali kedua camping di Pantai Telok Bayu, Telok Kumbar, Pulau Pinang. Kali ini camping selama 3 hari 2 malam dan di lokasi yang hampir sama dengan sebelumnya. Ini kerana kawan-kawan camper lain sudah sampai terlebih dahulu sudah park camper masing-masing di situ.
Lokasi yang kami camp itu agak dekat juga dengan tandas yang diusahakan oleh individu secara persendirian, bukan yang disediakan oleh pihak Majlis Kerajaan Tempatan. Untuk sekali mandi dikenakan bayaran RM1.00 sementara menggunakan tandas 50 sen.
Para camper jika hendak menggunakan tandas pada waktu malam kenalah beritahu pengusaha berkenaan kerana dia akan kuncinya pada waktu malam.


Pantai Telok Bayu yang terletak di bahagian Selatan Pulau Pinang adalah merupakan antara pantai yang menjadi tumpuan orang ramai untuk bersantai dihujung minggu dan juga para campers untuk camping. Walaupun agak sukar untuk mendapat bekalan air dan kemudahan tandas ia masih lagi dikunjungi kerana view yang menarik.
Memandangkan ia berdekatan dengan Lapangan Terbang Bayan Lepas, pengunjung berpeluang untuk melihat kapalterbang mendarat atau berlepas. Pengunjung juga dapat melihat nelayan-nelayan pantai keluar ke laut atau balik dengan bot laju masing-masing.


Pada sebelah petang pula jika cuaca mengizinkan, dapat dilihat matahari terbenam diufuk Barat.

Sememangnya apabila menyebut untuk camping di Telok Bayu akan ada org ceritakan tentang tempat itu yang kononnya keras. Mungkin bagi mereka yang tinggal di situ tahu cerita sebenarnya.
Kami berpeluang sembang dengan pengusaha tandas pada pagi hari ketiga. Dia memberitahu keadaan sekarang tidak lagi seperti sebelumnya. Jika dulu memang ada gangguan-gangguan makhluk alam ghaib tetapi kini ianya sudah berlalu. Mungkin kerana semakin ramai yang mengunjungi pantai pada waktu siang dan bermalam di situ, keadaannya mula berubah.