Platform video sharing terbesar di dunia, You Tube kini semakin mendapat perhatian. Ramai org mula nampak You Tube sebagai satu wadah baru hiburan memandangkan ia boleh diakses melalui telefon pintar di mana-mana sahaja yang ada pautan internet.
You Tube bukan sahaja platform untuk berkongsi video tetapi juga merupakan ruang lonjakan ke arah kejayaan. Ramai artis-artis tercungkil bakat mereka setelah video nyanyian mereka dimuat naik ke You Tube. Begitu juga bakat-bakat dalam bidang lain pun secara tidak sengaja tercungkil.
Hari demi hari semakin ramai pula You Tuber pemula lahir mungkin kerana cita-cita yang tersendiri melalui channel You Tube mereka. Suka atau tidak kita harus terima ramai yang mula membuka channel untuk buat duit.
You Tube mula membuka peluang menjana pendapatan mulai 2012 melalui program You Tube Partner Program atau YPP. Apabila YPP dilaksanakan makna ada pula syarat-syarat yang ditetapkan sebelum seseorang You Tuber pemula dapat menjana pendapatan.
YouTube Partner Program ialah untuk membolehkan Content Creator (You Tuber) menjana pendapatan (monetise) melalui penghasilan video serta berkongsi hasil yang diperolehi You Tube melalui siaran iklan pada channel individu berkenaan.
Syarat semasa untuk menyertai YPP adalah seperti berikut:
1. Mendapatkan 1,000 Subscriber
2. Mengumpul 4,000 jam masa tontonan (Watch Hour) yang terkumpul dalam tempoh 12 bulan yang lepas.
3. Video adalah asli iaitu bukan muat naik video dari channel-channel You Tube yang lain. Ia akan dikategorikan sebagai Reused Content.
4. Video tidak ada unsur-unsur kekejaman sama ada kepada haiwan atau manusia.
5. Video tidak mengandungi unsur-unsur “hate speech”, keganasan, promosi produk tembakau dan dadah, DIY senjata dan peralatan yang merbahaya.
6. Video tidak mengandungi content-content berunsur lucah dan bahawan untuk dewasa.
7. Ada akaun Adsense untuk tujuan pembayaran pendapatan.
Untuk mendapat penjelasan lebih lanjut berkaitan larangan-larangan di You Tube sila lawat Community Guideline You Tube